Wednesday, December 16, 2009

Penawar Duka Laraaa..

Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajarnya-pelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.
Abu berdiri dan berkata, "Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya".
"Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi?", tanya cikgu.
Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata,
"Nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel".
"Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia.
Siapa lagi?"
Seman berdiri dan berkata, "Saya Seman bin Leman, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya...".

Bengap vs Bahlul
Pada suatu hari, seorg budak bernama gigi busuk bersiar- siar,sampai di satu lorong, dia terkejut lalu melompat. lalu dia menoleh ke belakang dan terpandang satu objek hitam lantas dia menghampirinya ...sambil membelek objek tesebut, 'macam tahi" katanya dalam hati...dengan rasa tidak puas hati... dia mencubit sedikit dan merasanya ... ehmm tahi betul rupanya ... "mujurlah aku tak terpijak" katanya sambil berlalu pergi ...
 
Pekak
Kalleng:Doktor saya rasa saya dah pekak..kentut saya pun saya tak dengar..

Doktor:Nah minum ubat ni.
Kalleng:untuk apa doktor?
Doktor:Kuatkan kentut

Konflik Suami vs isteri
Rumahtangga Minah dan Wahid selalu mengalami krisis. Tidak kira siang atau malam, mereka akan bertengkar. Setiap pertengkaran pastinya menggangu jiran tetangga.

“Kalau aku mati, aku akan menjadi hantu dan mengorek tanah di depanku untuk keluar mencekik engkau,” terdengar pekikan si Wahid. Jiran yang mendengar terkejut besar dengan ugutan si Wahid terhadap isterinya kerana diketahui Wahid mempunyai ilmu hitam yang sangat luar biasanya.
Beberapa hari berlalu. Wahid ditemui mati akibat mangsa langgar lari. Walaupun benci, tetapi sebagai isteri Minah tetap menguruskan pengebumian suaminya dengan baik. Seminggu selepas itu, jiran tetangga amat kehairanan melihat Minah yang langsung tidak merasa takut dengan ugutan suaminya dahulu.
“Engkau tidak takut dengan sumpah suami kau dulu?” tanya jirannya.
“Tidak!” jawab Minah.
“Biarkan saja dia mengorek tanah. Aku dah tanam dia mengadap kebawah!”

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails