Wednesday, December 23, 2009

Adakah Aku Sudah Bersedia..


Mengikuti perkembangan dunia setiap hari membuatkan Ekin sentiasa bertanya pada diri sendiri di mana tahap aku sekarang..Ya Allah masih banyak kekurangan..Masih banyak Kealpaan, Kelalaian dan masih banyak yang harus diperbaiki..Terlalu banyak sebenarnya..Terlalu banyak untuk dihitung satu persatu..Dirasakan diri ini terlalu kerdil..Dan andaikata nyawaku diambil Malaikat Izrail pada detik dan tika ini..apakah bekalan ku di sana.. Adakah mencukupi? Bagaimana dengan amalanku.. sedekahku.. Solatku..ibadahku..Adakah semuanya diterima oleh Allah?? Tak dapat menjawab persoalan itu.. 

Artikel yang dibaca saban hari sebenarnya mengingatkan Ekin bahawa usia ini semakin bertambah, Kematian semakin menghampiri..Kehidupan makin menjauhi..Hari itu pasti akan tiba..Allah S.W.T pasti akan mengotakan janji2Nya..Hari Kematian pasti akan tiba dan Hari Kiamat pasti akan tiba..Sejenak terlintas di fikiran dosa2ku..pada kedua orang tuaku,pada suamiku,pada rakan2ku..pada semua yang mengenali ku..Terampunkah semua dosa2ku Ya Allah.. Apakah persediaan ku di sana..


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails