Showing posts with label CONTEST. Show all posts
Showing posts with label CONTEST. Show all posts

Wednesday, December 30, 2009

CUTEST BABY 2009 CONTEST by Mama_Aqish

STICKY MODE


Wahh..contest lagi yer.. Ekceli contest ni dianjurkan oleh Mama Aqish dan ditaja oleh bRANDED bABY cLOTHES dan Click2 Shoppe

Untuk Cutest Baby 2009 Contest nie ekin rasa tertarik bangat nak join..
nak gak meyebukkan diri di ruangan contest nieh..Kalau ada rezeki Fahima leh menang,.kalu xmenang pun xper..menang lagi syokkk..hikhik..chaiyok2..kalu ada yg nak join contest nie gak leh terjah Blog nieh key..

Syarat-Syarat Penyertaan ConTest..Cam Biasa mesti :
1. Add @ Link Mama_Aqish & Branded Baby Clothes & Click2 Shoppe di blogroll/bloglist anda.- DONE
2. Anda diWajibkan untuk menjadi Follower Mama_Aqish & Branded Baby Clothes & Click2 Shoppe  DONE
3. Sila Tepek Banner Penganjur Contest & Penaja Contest di Sidebar Blog anda & pastikan ianya Link Back ke contest ni & Blog Penaja - DONE
4. Hanya tajuk "CUTEST BABY 2009 CONTEST by Mama_Aqish" sahaja yang DITERIMA & Sila Pastikan ENTRI Contest Berkenaan adalah "STICKY MODE".... (senang mama nak amik gambo peserta untuk publish) - DONE
5. Contest ni untuk Baby berumur 3 Tahun ke bawah 2006 - 2009 dan Contest Bermula dari 20hb November 2009 sehingga 31hb Disember 2009
6. Upload hanya SEKEPING gambar Baby anda yang Latest sekali....Gambar yang Di EDIT & gambo Studio dilarang sama sekali ok..gambo mesti sendiri snap k..baru adil kan.. - DONE
7. Bila dah siap, tinggalkan URL LINK anda di entri ini. Untuk pemilihan pemenang nanti... & Gambar kesemua baby yang masuk contest berkenaan akan di paparkan pada blog ini...
8. Hadiah untuk pemenang ditaja oleh BRANDED BABY CLOTHES
9. Pemenang akan diadili oleh hakim yang berpengalaman & keputusan adalah muktamad sebarang surat menyurat tidak akan dilayan....
Dan yang paling penting sekali, sila lengkapkan butir2 berikut:
1) Nama Anak Anda beserta Umur & Tarikh Lahirnya



Jadi Untuk Cutest Baby 2009 Contest ni ekin pertaruhkan gambar fahima yang nie..Fahima ni susah sgt nak amik gambar tgh tersenyum..tp gambar nieh amatlah ekin suker..suker..
 


NAMA BABY : FAHIMA ZAHRAA BINTI MOHAMAD FADHIL
TARIKH LAHIR : 10 JULAI 2009
UMUR  : 4 BULAN 23 HARI

NOTTI-FACE GIVEAWAY BY ADWAN ENCEM

Contest lagih...Ye ampunnnn..
Sebenarnya kalu xjoin contest xberasaplah blog ineh..at least bila join contest..berapi la sket dapur blog ekin neh.. Hikhikhik..


Kali nieh contest Notti-Face Giveaway By Adwan Encem dianjurkan oleh

So, gambar yang dipertaruhkan adalah

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

NAMA BABY : FAHIMA ZAHRAA BT MOHAMAD FADHIL
NAMA IBU : SITI NOORASIKIN BT ABDUL HAMID
NAMA BAPA : MOHAMAD FADHIL BIN SALLEH
UMUR : 5 BULAN 22 HARI
TARIKH LAHIR : 10 JULAI 2009


Tuesday, December 29, 2009

Finalist I'm Yours

Result untuk contest I'm Yours lom kuar lagi..tp Untuk Kategori A & C Mutiarazahraa.blogspot telah tercalon untuk Final..Tahniah kepada wakil Mutiarazahraa..hikhik..

Hmmm..sesaja jer nak cita progress fahima skrg neh..Di Usia menjangkau 6 Bulan..Ekin dah mula bagi nestum+Susu Anmum..secara perlahan-lahan..Cuma satu skop nestum shj sehari..Fahima minum jer...Bila da cukup 6 bulan kang baru ibu akan bagi nestum @ bubur nasi okeh dear..Moga membesar dgn sihat... Sian tgk Fahima asyik tengok jer  kalu ekin+abang tengah makan..Macam dia pun nak makan jugak..Tp xboleh lagi ek..


TERER TAK SAYER??/HEHE..






Tuesday, December 22, 2009

Cutest with nice smile baby contest


'Create

       Kali ni Contest yg ekin nak join adalah dianjurkan oleh
Syarat nak join just letak banner dekat blog list sahaja..Jadi, Kalu nak join gak leh terjah kat link di atas okeh..
Xnak buang masa..Ekin Lampirkan Gambar ineh untuk dipertaruhkan



-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-




NAMA BABY : FAHIMA ZAHRAA BINTI MOHAMAD FADHIL
TARIKH LAHIR : 10 JULAI 2009

My Lovely Baby With Pacifier Contest





Contest kali ini dianjurkan oleh PUAN PERTMUFFIN  dan hadiah ditaja oleh
dan Tarikh Tutupnya adalah  pada 30 Disember 2009..
Best bangat hadiah2 yang ditawarkan..hikhikhik..

So, kali neh mencuba nasib lagi dan gambar yang dipertaruhkan untuk contest ineh adalah
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

NAMA : FAHIMA ZAHRAA BINTI MOHAMAD FADHIL
UMUR : 5 BULAN ++
TARIKH LAHIR : 10 JULAI 2009

Monday, December 21, 2009

NANGIS CONTEST BY MUMMY ARIQ


Kali ini contest dianjurkan oleh  Mummy Ariq..
So..Kalu nak join Contest neh leh klik kat atas keh..
layanzzzzzzzzz........




isk..isk..iskk...cian kat Fahima neh..Fahima nangis time nie sebab ekin pakaikan tudung kat Fahima..Kerimasan+Kepanasan..Hikhik..Gambar neh pun diambil masa tgh bosan..xder kejer..Saja jer usik-usik Fahima..Sorry Dear..Love U So Muchhh....... hehe..

NAMA BABY : FAHIMA ZAHRAA BINTI MOHAMAD FADHIL
UMUR : 5 BULAN 22 HARI
TARIKH LAHIR : 10 JULAI 2009

Thursday, December 17, 2009

Fahima Menang Contest!!!

Wahh..Xsangka nyer Ekin..Baru jer berjinak2 dlm contest..Alhamdulillah..Kali ni rezeki menyebelahi Fahima..Fahima menang dalam "Seindah Butterfly" Giveaway Kategory B yang dianjurkan Oleh Puan Butterfly.. Xsangka Fahima leh menang,sebab sumanya ciut-miut..Kalu nak tgk semua senarai Pemenang, boleh klik SINI.

Gambar Fahima yang dipertaruhkan untuk contest tu ialah...



Dan Hadiah yang dimenangi Fahima adalah BUGSLOCK 5 PCS. Terima kasih yer Mamareen yang sponsor Hadiah nie..Banyak kegunaannya nanti..Kalu nak tahu apa Bugslock, leh terjah kat SINI .

Tahniah jugak pemenang-pemenang yang lain dan Thanks again pada penganjur, sponsor dan semua juri..

Wednesday, December 16, 2009

Contest "Ceria Si Ayah Bersama Anak"



Ia datang lagi.. kegilaan menjoin contest..hikhik..
Contest nie dianjurkan oleh Puan Fasha dan di Sponsor oleh Pu3zdini 


Meh join contest ni ramai2 ek..


Ekin pertaruhkan gambar inehhhh...




Nama Bapa : Fadhil
Nama Anak : Fahima Zahraa





Friday, December 4, 2009

ConTest BabY SeriuS



Ya Ampun..ada contest lagi ya yg bisa ibuk sertain..hehe..

Contest kali nieh dianjurkan oleh cik Puan Rifqi Zuhairi 
sempena birthdaynyer yang ke 29..
HEPI SWEET MEWETT 29 BESDAY :-)

Syarat2 penyertaan cam biasa adalah seperti berikut...



1 ) Be my follower and add my blog kat korangnye list... - DONE
2) Tepek banner yang dicipta khas untuk contest ni kat sidebar korang… - DONE
3) Buat entry tajuk macam entry yang I buat ni.. - DONE
4) Contest ini terbuka kepada anak korang yang berusia 1 hari hingga la 3 tahun...- DONE
5 ) Ini paling wajib ni!!!Sila tepekkan pic si comel korang dengan wajah yang serius...letak pic yang sangat2 serius je.mesti ada kan.xkan pic masa senyum n sengih je korang simpan..Letak banyak2 pun xpe,nti yg paling serius i akan amik. - DONE
6 ) Pastu letak la nama penuh anak korang ,tarikh lahir n umur diaorang sekarang.- DONE
7 ) Make sure ur entry link back to mine.. - DONE
8 ) Tarikh tutup penyertaan before 31st December 2009 - OKEY
9) Last skali,tinggalkan korangnye penyertaan kat dalam comment box entry ni k..itu jer...senang je.. - DONE

-
-
-
-
-
-
-



suker betul ekin bila ada gak contest utk baby serius ek..sebabnyer Fahima neh susah sgt nak ambik gambar dia tersenyum..Jadi mmg byk gambar yg serius jer muker..sampai terangkat2la kening Fahima neh kalu dia tgh serius jerk..Cam kening Ziana Zain lak tgk..kehkehkeh..

oleh sebab puan penganjur dah ckp satu gambar jer ekin rasa gambar neh ar paling serius dengan mulut mulusnyer gitukk jerk..hikhik..




NAMA BABY  :  FAHIMA ZAHRAA BINTI MOHAMAD FADHIL
TARIKH LAHIR : 10 JULAI 2009
UMUR  :  4 BULAN 23 HARI


Chaiyok..Chaiyok..Fahima...!!!!









IBU HADIF GIVE AWAY 'ANUGERAH TERINDAH'




Wahh..contest lagi yer.. Ekceli contest ni dianjurkan oleh Mrs K-Ibu Hadif sempena genap 2 tahun usia perkahwinan Mr & Mrs K pada 23 Disember nanti..
Selamat menyambut Hari Ulangtahun Perkahwinan yang keDua yer..
Untuk contest nie ekin tingin gak untuk join..memang xdinafikan Anak adalah Anugerah yang paling Terindah dan Bermakna dalam hidup seorang Wanita..Yela,amat excited dan teruja dengan kelahiran Fahima pada 10 Julai 2009,.kalu ada yg nak join contest nie gak leh terjah Blog nieh key..


Jom Tgk Syarat-Syarat Penyertaan ConTest..Cam Biasa mesti :
1. Contest ini terbuka kpd Bloggers sahaja.- OKE
2. Wajib menjadi follower Mrs. K dan add blog ini dalam bloglist anda.-DONE
3. Letak banner seperti di atas kat sidebar anda dan link ke giveaway ini.- DONE
4. Tiada had umur anak. Semua boleh join.- OKE
5. Sila upload sekeping gambar anak pertama/sulong anda berumur 1 hari. Letak 2 keping xper ek..hikhik.. Sila nyatakan nama dan umur anak sekarang. - DONE
6. Anak merupakan Anugerah Terindah dari Yang Maha Esa. Nyatakan perasaan anda apabila pertama kali melihat anak dan apakah harapan anda terhadap anak. Entry yang berjaya menyentuh naluri keibuan para juri akan dipilih sebagai pemenang. eceh... - DONE
7. Tak perlu karangan yang panjang.. ayat pendek, simple but nice & sweet.
8. Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke blog Ibu Hadif. (no link back will be disqualified) - DONE
9. Dah siap semua, sila tinggalkan link entry anda di entry giveaway ini. - DONE
10. Pemenang akan ditentukan oleh Juri Profesional yg dilantik sendiri.



Jadi Untuk Contest Baby Cuties ni ekin pertaruhkan gambar fahima yang nie..
fahima dilahirkan tepat jam 1.11am pagi Jumaat.. 

-
-
-
-







NAMA ANAK : FAHIMA ZAHRAA BINTI MOHAMAD FADHIL
TARIKH LAHIR  : 10 JULAI 2009
UMUR : 4 BULAN 23 HARI


Kelahiran Fahima mmg amat dinanti-nantikan ekin n abang memandangkan kami menunggu hampir setahun sebelum ekin disahkan preggy. Terloncat2 kegembiraan bila dapat tahu ekin dah pregnant. Syukur Alhamdulillah tempoh2 kehamilan dilalui dengan gembira dan penuh sabar..


Sehinggalah tiba satu detik ketika kandungan hampir 9 bulan..Ekin mendapat berjaya mendapat tawaran untuk mengikuti Program DPLI (Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah) untuk intake Julai 2009. Tarikh daftar 2 Julai, dan due date ekin 12 Julai 2009. Tp,mana mungkin ekin pergi dalam keadaan ekin sarat..hanya menunggu detik-detik kelahiran bayi yang dah dikandung selama 10 bulan nie.. Ya Allah, waktu tu fikiran berkecamuk..itula tawaran yg ekin tunggu2 selama ni..Dah puas turun naik ke KPT untuk rayuan memandangkan ekin hanya menunggu hari untuk bersalin..walau dah xlarat nak bawak perut ni..digagahi jugak..Tapi amat hampa lagi bila dapat tahu itu adalah intake yang terakhir..tiada lagi intake untuk DPLI tahun hadapan..Kecewanya..Tekanan yang amat..Penah terfikir, kenapa aku mengandung waktu nie?? Bila difikirkan semula..Alangkah berdosanya Ekin pada kandungan nie..Ntahla ekin sendiri rasa ekin xdapat berfikir dengan rasional waktu itu..Apatah lagi ramai rakan2 seangkatan yang berjaya ke DPLI..


Namun..itu cerita dulu...Dalam menghitung hari bersalin..ekin cuba bertenang dan sentiasa berdoa agar dicekalkan hati..Allah itu Maha Kuasa..Maha Esa..Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya..
Syukur Ya Allah..kelahiran Fahima Lebih membawa seribu satu rahmat..Lebih xternilai harganya..memandang wajah Fahima ketika lahir hilang segala penyesalan dulu..Menelek wajah cumel dan mulus Fahima mengingatkan ekin wajah itu xberdosa dan tidak mengetahui apa2..Tetapi adalah Amanah dari Allah untuk dijaga dan dididik menjadi manusia yang berguna.

HARAPAN ibu+bapa untuk supaya Fahima akan menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan di Akhirat, akan menjadi Kakak dan role model @ icon yang terbaik utk adik-adiknya kelak (InsyaAllah). Dan amatlah besar harapan bapa untuk melihat Fahima menjadi seorang Doktor Pakar Sakit Puan satu hari nanti. Sesungguhnya ibu+bapak yang bertanggungjawab untuk memastikan cita-cita kami tercapai..

Mungkin peluang melanjutkan pelajaran akan datang lagi satu hari nanti..Tp kelahiran anak bukan di tangan ekin..Hanya Allah S.W.T yang dapat menentukannya..KERANA ITULAH ANAK ADALAH ANUGERAH TERINDAH...















Thursday, December 3, 2009

"Seindah Butterfly" Giveaway - Kategory A



kali nie contest untuk ekin ngan abang lak ek..
Contest ni di anjurkan oleh Cik Puan Butterfly.. :-) sempena

2nd Wedding Anniversary pada 15 Disember 2009

Selamat Pulang ke Tanah Air..

&

ditaja oleh EILA

...SYARAT2 SAH PENYERTAAN...


Seperti biasa...

•Jadik FOLLOWER blog ni dan blog sponsor - DONE
•Masukkan kami lam BLOGLIST kowang - DONE
•Letak BANNER yg Puan Mai dah tulun buat diatas kat entry dan sidebar blog kowang dan link ke entry ni - DONE
•Buat entry lam blog kowang dgn hanya menggunakan tajuk "Seindah Butterfly" Giveaway Kategori A - DONE
•Upload hanya SEKETUL gambar kawen kowang yg sgt sweet... - DONE
•Pastu cerite kisah menarik petame kali bertemu ngn hasben/wife kowang ker atau tatkala cinta stat berputik ker, ok! (mane yg lbh menarik) - DONE
•Makesure insan lam gambar adalah hasben/wife anda, ok!! - WOKEH
•Kowang jugak dipersilakan untuk menerjah blog sponsor dan di entry anda nnt bgtau 3 shawl yg kowang minat. Mane tau powan eila terharu lalu diberinye ketiga2 itu kepada pemenang
•Tinggalkan link entry kowang lam comment box entry ni.. - DONE
•Sy akan tinggalkan jejak di entry anda, I'Allah..
•Tarikh luput : 06 / 12 / 2009

-
-
-
-
-
-

ekin pertaruhkan gambar nih..Layan jerla ek...


Pertama kali pertemuan ekin & abang adalah di majlis kenduri Tahlil seorg kawan ekin..pada masa sama kawan abang jugak..Lucu jugak memikirkan waktu tu ekin menaiki motosikal dgn sorang kawan ekin..dalam keadaan hujan + pakai baju hujan + motorsikal brek x makan ( brek xleh control) ..dapat bayangkan situasi ekin cmna waktu tuh? Motorsikal ekin hampir terbalik dek xleh brek.. Dan ekin brek motor betul2 di depan pintu masuk rumah kawan..sikit lagi mmg terbabas dalam rumah terus.. Al maklum,waktu tu hujan ekin xnampak pun dalam rumah ramai org..sebab waktu kami sampai dah lewat petang..Jadi tetamu dah ramai yg balik.. Lepas tongkatkan motor,siap leh touch up bedak lu sebelum masuk rumah.. Bila jer masuk rumah..Ya Allah..malunyer muka..ramai lagi dalam rumah tuh..semua lelaki lak tuh..dekat 10 org..dan semua dok pandang ekin+member..Aduii..Dah merah muka nih..Salah sorang nyer la Abang..hikhikhik..Abang ckp Mula tgk ekin..dia kata LOQLAQ betui budak neh.. ( Bahasa Orang Penang )
xperlah..LoqLaq2 pun akhirnya kami sah diijabkabulkan pada 20 Oktober 2007.
Moga Jodoh Berkekalan Dunia & Akhirat. AMIN


Vogue Pregnant Mummy Give Away



Nampaknyer..makin menjadi-jadi ekin dok terjah contest nieh..
Kali ni Puan Notti Netti yang anjurkan sempena Wedding Anniversary tuan empunya Blog nie yang ke 5 pada 18 Nov yang lalu.. Sempat ag nak join..besok closed datenyer..hikhik..
Heppy Annversary Dan Selamat Menyambut Org Baru..

Syarat-Syarat wajibs contest ialah :-
1. Must be my follower and add my blog at ur blog list (it a must eh)-Done
2. Tepek banner peruts I yang chomels itew di side bar uols (supaya menjadi tatapan dan rangsangan untuk uols mengandung lagi cam I)-Done
3. Buat entry tajuk macam entry yang I buat nie (Ayat mummy Ayu...aku tak paham) - Done
4. Ini paling penting!!!! Sila tepekkan gambo anda ngandung yang paling VOGEEE THE VASSS (satu jerkkkkk ye kalau uols ada 3 or empat orang anak, just pilih satu gambar ngandung u yang paling cun yer.......jangan lebey2 daripada gambar I hehehehhe - (tipu jerkkkk- lagi vogue lagi I sukak) - Done
5. Bagi taulah details about ur gambo tu, jangan harap I leh telek kat tok bomoh lakss.....exp, nama penuh, berapa bulan ngandung time gambo diambil (jangan letak belon dalam baju udah), ceritalah sikit kalo dah bersalin-anak apa dll lah...jangan risau...I suka baca cerita uolsssss tanpa jemu.... - DONE
6. Make sure gambar tu bukan dalam lingkungan 7 thn sebelum diambil yer (Tak wajib sangat gambar baru - kang uols terpaksa ngandung lak just nak masuk contest nie) - OKE
7. Make sure ur entry link back to mine.
8. Tarikh tutup penyertaan before 4 Dec 09 sebab past tu I nak gie beranak. (Kang ada yang sambil meneran, sambil update contest nie....) - OKE
9. Last sekali sila tinggalkan ur penyertaan kat dalam comment box entry nie. - DONE
10. Paling last sekali......selamat menchoba and semoga berjaya....Idup Ibu ngandung!!!! :))))


Untuk itu,,ekin pertaruhkan gambar nieh...
-
-
-
-
-
-
-




NAMA : SITI NOORASIKIN BT ABDUL HAMID
8 MONTH ++ PREGGY
TARIKH BERSALIN : 10 JULAI 2009
BABY : FAHIMA ZAHRAA BINTI MOHAMAD FADHIL
WEIGHT : 3.45 KG (NORMAL)

** HARAP DITERIMA YERK PENYERTAAN INIH..TQ

 






Thursday, November 26, 2009

I'M YOURS

CONTEST..CONTEST..CONTEST...





Hik..Hik..ekceli,. Baru nak berjinak-jinak ngan contest di alam blogger..dan baru berkenalan dgn empunya tuan blog nie Lyafrina yang buat contest ni sempena Hari Ulangtahun Perkahwinannya yang ke 3 dan Hari Lahir Suaminya yang ke 25..Happy Anniversary..Moga tabah Menghadapi Ujian dariNya..Sebagai hamba yang amat kerdil..kita hanya mampu berusaha dan redha dengan dugaanNya.. 

Syarat-Syarat penyertaan:

1. Just be my Follower (http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/) & add my link at your sidebar..


2.Haruslah Add Banner diats di sidebar & di Link-kn dgn http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/2009/10/contest-im-yours.html


3.Buatkan satu entry bertajuk " Im Yours"


4.Just upload


a) Pic anda+suami (gmbar y paling romantik bg anda),-Done


b) pic di hari p'kahwinan anda(pic y unik)-Done


c)Pic suami anda (Pic b'sahaja, melucukan.dll)(UP TO U nak pilih kategori a @ b @ c...@ ksemua ktegori.. )-Done


5. Last, ceritakan serba sedikit perihal anda & suami anda/suami anda.. X perlu pnjang2... Just simple2 jer.-Done

(cth: pgorbanan suami y xdpt anda lupakan, peristiwa romantik y xdpt dlupakn, k'istimewaan , kali ptama dilamar/mluahkan cinta dll)
~~ape2 sjer y tlintas dhati anda~~


6. Dah siap...just tgalkan link n3 anda di ruangan komen..-Done


7. Tarikh pyertaan diterima 18.10.2009 - 26.11.2009 (4.45ptg)-Done

 

-HADIAH MISTERI MENANTI ANDA-


( Hadiahnya dah di dalam fikiran...dirancang... Tp SURPRISEeeeeee)
- JURI YANG DIPILIH BUKAN DI KALANGAN BLOGGER, X TLIBAT DGN DUNIA BLOGGER...BARU ADIL KAN...-

Picture yang ekin pertandingkan untuk contest nie ialah...

a) Picture suami+ekin di hari perkahwinan



ngeee..gambar nie nampak cam biasa tp sebab gambar nie la ekin selalu kene gelak..kat 'part' mana harap faham la yerk...Abg ckp gmbar ni dia paling suker..hiiiiii.....

b) Picture Unik di hari perkahwinan


gambar nie ekin rasa unik gak sebab abang selamber jer ek,xpandang ekin pun..boleh plak bersembang ngan pengapit dia jerk time nih..padahal dia yg panggil ekin time tuh.. eiiiii...

c) gambar bersahaja suami anda+melucukan..


disebabkan abang ni xtersangatla suka mengambik gambar..tgkler muka yg seposen kat belakang tuh..kita jer yg beria2 ek..


ini satu lagi gambar abang yg rasa xpatut betul..di koreknya idung Micheal Jackson tu apsal rrr???..waktu ni abang g company trip di Hong Kong..Mendiang Micheal masih ada time nie..

Kesimpulannya  :

Suami ekin ni bukan seorang yang romantik pun..dan xpandai nak beromantik2..
tp yang pastinya dia amat caring..dan suka buat lawak jer jugak..
cam contoh baru2 ni kami sekeluarga diserang sakit mata..abng yg xhenti2 letak ubat kat mata ekin nih..mata dia,dia letak sendirik..hikhikhik..
Apa yg pasti..Ekin tahu abang sanggup buat apa jer demi orang2 yang dia sayangi..


Thanks Lyafrina anjur contest nih....Harap diterima yerk..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails