Tuesday, October 27, 2009

2nD Anniversary ibu+bapa-20 Oktober 2009

Hmmm..sedar xsedar dah 2 tahun usia perkahwinan kami..terlalu cepat masa berlalu.. Fahima pun dah 3 bulan..cepat jer rasa anak ibu ni dah besar skrg..


Mulanya ekin ingat abg mcm lupa jer Anniversary nih..yela dah masuk tahun kedua.. kita jer yg beria2..tp abg xlupa pun..Ternyata jangkaan meleset..hihi.. Kata abang mestilah dia ingat..So..petang tu balik dari keja,,gi amik fahima kat nursery..after solat magrib kitaorg dah siap2 nak g makan kat luar,..Secret Recepi jer..Nampak Fahima dah ngantuk..tp ibu terpaksa bawak jugak..kalu tak mana la nak tinggalkan anak ibu nie..masuk jer dlm keta..terus fahima tido.. Bila dah sampai ke secret recepi dah terjaga anak ibu nie..mulanya mood still ok..tp bila makanan sampai,Fahima da mula merengkek.. Staff secret recepi pun sampai terperasan Fahima dok merengek..xsempat ibu+bapak nak makan2 romantik sikit..hihi..Akhirnya,terpaksala bapak makan sorang2,ibu main2 ngan fahima dulu..pas bapa dah habis makan barulah ibu lak makan... 


Fahima dah 3 month skrg


Hmmm..pejam celik pejam celik anak ibu dah 3 bulan lebey skrg nie..
Tinggal lagi bper hari jer,dah 4 bulan pun anak ibu+bapak nie..
Fahima pun dah kurang meragam..di rumah atau di nursery..emm..senang sikit hati ibu..
yela..ibu+bapak dok jauh dari family..merantau nak cari rezeki di tempat org..
terpaksalah fahima pun join ibu+bapak kat rawang nih..


Weekend lepas..bosan laa..so lepas solat subuh..ibu+bapak ingat nak bwk fahima ronda2
gi taman mainan..fahima pun bangun awal skrg..dah jadi rutin harian hari2 bangun
kul 6.30 untuk hantar fahima ke nursery..
jadi hari sabtu ahad pun fahima tetap bangun awal..


hmm..Fahima xpandai jalan lagipun..cmner la nak main kat playground neh..
Tp xperlah..ibu bawak fahima hirup udara segar pagi2 nih..
OTW balik umah,fahima dah berhingus..sejuk kot..
hikhikhik..cian anak ibu..








Jalan2...

Semalam ekin ngan abg awal2 lagi dah bangun..g bwk Fahima g mainan..then pas balik rumah sempat wat breakfast lu..sebab ada byk plan..mula2 nak pegi kenduri kawan baik ekin masa Politeknik. Radhiah Mardhiah Baharom..Lama giler xjupa ngan Radhiah ..so..sonok sgt dapat jupa dia..dah kawen pun diah..hihi..

pastu balik dari kenduri Radhiah.kitaorg g ke Keramat..hantar bekas2 makanan yang digunakan masa kenduri aritu..huhu..terpaksa pinjam sebab rumah ekin byk kekurangan barangan dapur..hihi.. Pastu sempat singgah ke rumah Zarifah..ni pun member masa kat UMT..dah pregnant 7 bln..layan gambar jap..jgn marah ek..gmbar korang kat cni...sja nak wat khazanah untuk cucu-cicit aku nanti..hehe..





Tuesday, October 20, 2009

Majlis kesyukuran Masuk Rumah+Kelahiran Fahima

Akhirnya pada tanggal 17 Oktober 2009,tercapai gak hajat ekin ngan abang nak adakan majlis kesyukuran sempena masuk rumah..Actually kitaorg dah pindah rumah dari 25 Mei 2009,tp waktu tu ekin dah 7 bulan..dah xlarat nak buat apa2..so,pendamkan dulu jela..lagipun..hari2 keja,pagi dah kuar..balik da petang,xsempat pun nak beramah mesra (cheewahhh) ngan jiran2..So,ambik kesempatan ni untuk berkenalan ngan jiran2..Terima kasih kepada semua yang sudi hadir ke Teratak kami...:-) walaupun ada xcident yg terjadi..kihkih..biarla rahsia..ALS majlis berjalan lancar dan sebenarnya majlis kecil2an jer..


Juga yer seronok bangat sebab mak+ayah+mak mertua+kak nisa & family+abg tan & family+makcik Ani yang sanggup datang dari Penang untuk majlis nie..thanks bebanyak sebab banyak tolong ekin yg xreti byk bender untuk anjur majlis..haaa...baru tahu susah nak buat majlis nie..


so..ader sikit picture yg sempat snap..layanzzzzzzzz....
















Friday, October 16, 2009

Yeahhhh..dah berjaya meniarap!!!

waaa...sonok bangat ekin ngan abg bila tgk fahima dah leh meniarap..kalu nak diikutkan fahima baru 2 bulan lebih skrg nih..baru minggu lepas dok nangis2 xleh pusing badan..arini dah meniarap terus..Chaiyok Fahima chaiyok..ibu ngan bapak sokong dari belakang..tp ibu n bapak xleh tolong tau..kene usaha sendiri..untuk fahima juga..kan laling...











Friday, October 9, 2009

Open House+Wedding Day


Skrg kan still dalam mood raya..so..mmg banyak open house+wedding. Jadi last weekend,ekin ngan abang g wedding day officemate abang kat Shah Alam..Kat Dewan apa ek..dah lupe da..Officemate abang ni India muslim,so amatla meriah majlisnya..Dengan Tarian Baghra,,dan banyak persembahan lain.. Masa tu betul2 tghari..dalam dewan amatlah bising..Fahima dah xsenang duduk..merengek..ekin terpaksa la dukung Fahima lu sementara abang makan. Padahal Fahima ngantok sgt2 dah,tp keadaan bising dan panas dalam dewan tu sampaikan suara Fahima menangis ekin xdapat dengar. Lepas abang sudah makan,ekin pun makan cepat2..sbb nampak Fahima da kerimasan.

Lepas sudah makan,sesi nak beratur bersalam ngan pegantin..adoii..Fahima dah menangis kuat nie..sampai merah muka2..tp suara Fahima xdengar sbb bising sgt2..cepat2 ekin mencelah di barisan org beratur nak bersalam ngan pengantin..dah kesian sgt tgk Fahima..ekin pun xsempat bersalam ngan pengantin..terus keluar dewan..Bila keluar dewan barula dengar suara Fahima menangis..Dengan air mata da penuh..berpeluh..kesian anak ibu. Tunggu bapa dtg amik keta,pas ni nak pegi ke open house lagi..hmm,mintak2 tu Fahima xmeragam..sbb masuk jer dalam keta dia terus tido.

Sampai jer ke open house ex officemate abang kat bukit jelutong , ekin angkat fahima dari tido..blm pun sempat masuk umah..Fahima dah mengamuk sakan..habis satu rumah dengar suara Fahima menangis. Ramaila yang datang amik Fahima nak pujuk..tp xdilayannyer..terus menangis dan terus menangis..ekin dah naik panik tgk Fahima nangis..xbuang masa terus ajak abang balik..xsempat makan pun. Masuk jer dalam keta,pasang aircond-Fahima terus tidor...Hmmm..anak ibu kepanasan+mengantokk sangat2..sian Fahima...





Gambar yang sempat diambil sebelum Fahima mengamukkk...:-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails