Tuesday, March 30, 2010

Tag Dari Umi Dania..

En3 kali ni nak jawab Tag dari Umi Dania...

SIAPAKAH ANDA DIRUMAH?
Seorang ibu kpd Fahima Zahraa yang manja sgt dan isteri kepada Mohamad Fadhil yang amat sporting...;-)

SIAPAKAH DIRI ANDA DISAMPING RAKAN?
Seorang yang mudah mesra..xkisah sapa jer..suka berkongsi masalah ngan rakan dan akan cuba untuk membantu mengikut kemampuan diri..anything..can share with me...Peace...;-)

5 BENDA YANG ANDA IDAMKAN TAPI MASIH BELUM TERCAPAI?
1) Nak melakukan sesuatu perubahan besar pada diri..Lebih mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa..Insya'Allah satu hari nanti...Mudah cakap..lebih ke arah keagamaan.. Sesuatu yang mudah untuk berkata-kata tetapi amat sukar nak laksanakan..

2) Nak bawak mak+ayah g jalan2 (InsyaAllah bakal terlaksana nanti)

3) Inginkan keluarga yang bahagia+anak2 lagi 2,3 orang..kihkihkih...anak2 yang bijak,soleh dan solehah..Doaku setiap hari..

4) Nak beli kereta sendirik...

5) Nak pekerjaan tetap..Dalam line yang diceburi sekarang..Akan cuba untuk terus bertahan dalam bidang yang diceburi sekarang...:-)


SIAPAKAH NAMA PASANGAN ANDA?
Mohamad fadhil Bin Salleh

CERITAKAN 5 PERKARA YANG PALING ANDA SUKA TENTANG PASANGAN
ANDA?
1) Terlalu Baik..amat caring..

2) Amat menghormati ibunya(Jadi suami juga amat menghormati seorg wanita)

3) Xsuka keluar rumah..Jadi banyak habiskan masa kat rumah jer..tgk robot..:-)

4) Selalu mengingatkan ekin kalu ada terbuat salah..

5) Suka mengemas rumah+ekin xyah kemas dah...:-)


BILA TARIKH COUPLE
uhhh...ingat2 lupa dahh ni..(teruk tul..)kalu xsalah Januari 2004

KENANGAN PAHIT ANDA BERSAMA RAKAN ANDA
Yang mana satu ek..Bila time dulu mmg dirasa pahit..Tp skrg bila dikenangkan adalah kenangan manis..
Rasanya bila ada sesetengah rakan yang bila kesusahan mencari..Tp kadang kala lupa bila senang... (Tapi xsemua)


LAGU TEMA CINTA ANDA
xingat la tajuknya..banyak sangat..Tapi rasanya DEALOVA kot...

APA PERUBAHAN YANG ANDA INGIN LIHAT PADA PASANGAN ANDA
Kurangkan menonton rancangan Kartun di hujung minggu..hahahahaah...(kalu beli robot xleh nak kata apa dah..)- Harap- encik suami baca tag ni ek..


TAG kpd 4 RAKAN LAIN

Nisa Hamid
Ana Nisa'
Maslina Mansor-life
sue

Saturday, March 27, 2010

Aku Hamba Yang Hina..

Ya Rabbi..

Mengapa kadang kala aku jadi lupa padaMu..Mengapa kadang kala aku jadi lalai pada perintahMu..Mengapa kadang kala aku jadi alpa pada kurniaanMu...

Sedangkan ku tahu..semuanya hanyalah pinjaman sementara dariMu..

Hinanya aku..kerdilnya aku di sisiMu..ya Rabbi...Sesungguhnya..Engkaula yang Maha Memberi dan Maha Pengasih...

Ku bersyukur dengan hidayahMu..Ku bersyukur dengan Nikmatmu...AMIN...

Allah Sedang Mengujiku..Ku Pasrah dengan KetentuanMu..Ya Rabbi..

Sabar dengan ujian.

Abdul Kadir bin Abdul Aziz bertanya kepada Imam As Syafiee r.a. “manakah yang lebih utama : sabar atau diuji atau diberi keteguhan hati?” Jawabnya, “ Diberi keteguhan hati adalah darjat nabi-nabi. Dan tidak ada keteguhan itu melainkan sesudah diuji. Apabila sudah bersabar maka teguhlah hati. Tidaklah engkau lihat bahawa Allah Taala menguji Nabi Ibrahim a.s. kemudian Ia memberikannya ketetapan hati dan menganugerahinya kerajaan, maka ketetapan hati itu adalah darjat yang paling utama.”

Syeikh Mustafa Sabri iaitu ulamak sewaktu pemerintahan Othmaniah berkata:

“Barang siapa yang berasa aman dari cubaan Allah nescaya akan hina.”

Maryah Jameelah seorang islam yang dahulunya seorang wanita kafir Yahudi berkata:

“Menurut ajaran Islam hidup ini bukalah satu perjalanan yang penuh kesenangan akan tetapi ia adalah satu peperiksaan. Setiap minit kita diuji dan apa sahaja penderitaan dan bala yang menimpa kita bukanlah bencana yang mutlak akan tetapi hanya salah satu dari ujian tersebut. Allah SWT tidak menjadikan kita untuk bergembira dan bersuka ria akan tetapi untuk melihat kita sama ada berjaya atau gagal dalam peperiksaan ini yang mana keputusannya tidak kita ketahui hinggalah ke hari akhirat”.

Rasulullah pernah bersabda:

“Apabila Allah kasihkan seseorang, Allah mengenakan dengan suatu cubaan sehingga Allah mendengar rengekan permintaan yang bersungguh-sungguh.”

(Dari Masnad Firdaus oleh Dailami)

Berkata Abul Asy’ats ash Shan’aani r.a. bahawa Nabi saw bersabda:

Allah telah berfirman:

“Apabila Aku menguji salah seorang dari hamba-hamba Ku yang mukmin, lalu ia memuji Ku atas apa yang telah Aku ujinya, nescaya Aku akan perintahkan kepada Malaikat Ku agar ‘Kamu catatkan pahala-pahala dari amalannya, seperti yang biasa kamu catatkan sebelum ini’”.

(Riwayat Ahmad, Hakim dan Abu Nu’aim)

Berhubung ujian Allah, hayatilah firman Allah dalam surah-surah berikut bermula dengan surah Al Ankabut: 2-3:

2- Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

3- Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.

Al Baqarah: 155- Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.

Al Kahfi: 7- Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.

Al Kahfi: 31- Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami) dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.

Hud: 7- Dan Dialah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa, sedang ArasyNya berada di atas air. Dia menjadikan semuanya itu untuk menguji kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan demi sesungguhnya! ...

Al An’aam: 165- Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Perlulah diingat juga bahawa bukan semua ujian itu adalah pahit, getir dan memberatkan malahan Tuhan juga menguji hambanya dengan kemewahan dan kemuliaan serta kekuasaan dan sebenarnya ujian berbentuk ini adalah lebih berat sebagaimana Firman Allah:

Al Fajr: 15- (Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (dia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: Tuhanku telah memuliakan daku!

Al Fajr:16- Dan sebaliknya apabila dia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (dia tidak bersabar bahkan dia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: Tuhanku telah menghinakan daku!

Al Anbiyaa’: 35- Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.

Allah berfirman lagi di dalam surah Al Baqarah: 214.

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).

Ingatlah bahawa apabila seseorang tidak suka mendekatkan diri kepada Allah, maka akan diseret supaya ingat kepada Allah dengan musibah.

Dalam banyak hal, setiap ujian adalah juga merupakan bala / musibah sebagaimana yang dinyatakan Allah dalam surah Al Baqarah: 49.

Ertinya: Dan (kenangkanlah) ketika Kami selamatkan kamu dari Firaun dan orang-orangnya, yang sentiasa menyeksa kamu dengan seksa yang seburuk-buruknya; mereka menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu; sedang kejadian yang demikian itu mengandungi bala bencana dan cubaan yang besar dari Tuhan kamu.

Bala bencana / musibah yang menimpa manusia pula adalah tidak lain tidak bukan berpunca dari kesilapan kita sebagaimana yang dinyatakan Allah dalam surah An Nisaak:111.

Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu dosa maka sesungguhnya ia hanya mengerjakannya untuk (menjadi bala bencana yang) menimpa dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Dan seperti yang Allah nyatakan di dalam surah Thaahaa: 124,

Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta.

Dan seperti di dalam surah Al An’fal: 25

Ertinya: Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum) dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.

Dan Allah menekankan lagi betapa setiap kesalahan di dunia akan di balas setimpal dengannya sebagaimana firman Allah swt berikut dalam surah Ghafir: 40-:

Ertinya: Sesiapa yang mengerjakan sesuatu perbuatan jahat maka dia tidak dibalas melainkan dengan kejahatan yang sebanding dengannya dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh dari lelaki atau perempuan sedang dia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga; mereka beroleh rezeki di dalam Syurga itu dengan tidak dihitung.

Dan surah Yunus: 27: Ertinya:

“Dan untuk orang-orang yang melakukan kejahatan (syirik dan maksiat), balasan tiap-tiap satu kejahatan mereka ialah kejahatan yang sebanding / setimpal dengannya serta akan ditimpakan kehinaan; ........”



Nikmat Hidup di Syurga...

Di mana kah kita nanti?????


Setelah Allah SWT menerangkan perbuatan para pendusta, berikutnya Dia menerangkan pula dengan lebih lanjut kemenangan yang diperolehi oleh orang yang bertaqwa, iaitu syurga yang digambarkan kewujudan dan isinya. Dia menerangkan bahawa syurga tidak lain adalah kurnia Allah SWT.

Perkara ini merupakan pendorong hasrat yang tinggi dan mengajak mereka agar lebih bersungguh dalam melakukan amal kebajikan dan menambahkan kedudukan yang dekat kepada Allah SWT dan ketaatan kepada-Nya.

Ayat ini juga merupakan gambaran penderitaan bagi orang yang tersesat lagi pendusta.

Firman Allah SWT: Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, disediakan syurga tempat mereka beroleh apa yang mereka ingini.

Ibn Abbas dan al-Dahhak berkata: Iaitu, dalam keadaan suci sedangkan Mujahid dan Qatadah berkata: Mereka selamat dari api neraka.

Firman Allah SWT: (Mereka akan beroleh) taman-taman bunga dan kebun-kebun buah-buahan, terutama anggur. Dan perawan-perawan yang sebaya umurnya.

Inilah sebahagian kenikmatan syurga dengan makanan dan bidadari. Al-Maraghi berkata: Bernikmatan dengan bidadari menggambarkan kesenangan seseorang di dunia yang memperoleh kelazatan walaupun kita tidak mengetahui hakikatnya di akhirat kelak dan kita wajib beriman dengannya.

Jelas kenikmatan di sana melebihi kelazatan yang terdapat di dunia. Ini merupakan bentuk kesenangan di hari akhirat.

Firman Allah SWT: Serta piala atau gelas yang penuh dengan minuman. Ibn Abbas berkata: Ia terisi penuh dan berturut-turut dan Ikrimah berkata: Ia menjadi jernih.

Firman Allah SWT: Mereka tidak mendengar di dalam syurga itu perkataan yang sia-sia, dan tiada pula perkataan yang dusta.

Ibn Kathir berkata: Dalam syurga tiada perkataan yang tidak bermanfaat, malahan pula dusta dan dosa. Syurga merupakan tempat yang terjamin keselamatannya penuh dengan nikmat yang tidak terkira.

Firman Allah SWT: Sebagai balasan dari Tuhanmu, iaitu satu limpah kurnia yang dikira cukup (menurut yang dijanjikan-Nya).

Syed Qutb berkata: Kita dapat melihat keindahan pengungkapan dan irama dalam pembahagian di antara jaza' (balasan) dan ata' (kurnia).

Keindahan itu dapat dilihat lebih kurang pada semua bunyi di akhir ayat. Inilah ciri yang nyata dalam keindahan seluruh juzuk ini.

Firman Allah SWT: Tuhan yang mentadbirkan tujuh petala langit dan bumi serta apa yang ada di antara keduanya, Tuhan yang Maha Pemurah, tidak ada sesiapapun diberi kuasa berkata-kata dengannya (untuk memohon pertimbangan tentang balasan atau pengurniaan itu).

Ibn Kathir berkata: Allah SWT menjelaskan berkenaan dengan Keagungan dan Kemuliaan-Nya. Dialah Rabb yang hakiki sama ada di bumi atau di langit dan semua makhluk tidak mampu berbicara kecuali dengan izin-Nya.

Firman Allah SWT: (Tambahan pula) pada masa Jibril dan malaikat-malaikat yang lain berdiri bersaf-saf (menunggu perintah Tuhan), tidak ada yang berani berkata-kata (memohon pertimbangan) melainkan yang telah diizinkan baginya oleh Tuhan Yang Maha Pemurah, serta ia berkata benar.

Ulama tafsir khilaf berkenaan dengan maksud roh di sini antaranya:

lRoh-roh manusia seperti riwayat al-Aufi dari Ibn Abbas.

l Anak cucu Adam AS seperti pendapat al-Hasan dan Qatadah.

lSalah satu daripada makhluk Allah dalam bentuk seperti manusia tetapi bukan malaikat dan manusia. Keadaan mereka juga makan dan minum. Inilah pendapat Ibn Abbas, Mujahid, Abu Salih dan al-A'mash.

lIaitu Jibril a.s seperti pendapat Sya'bi, Said bin Jubair dan al-Dahak.

lPara malaikat yang mulia dan hampir dengan Allah SWT seperti kata Muqatil.

lIaitu al-Quran. Inilah pendapat Ibn Zaid.

lSalah satu malaikat dengan ukuran sebesar seluruh makhluk.

Ibn Kathir mentarjihkan pendapat kedua iaitu: Anak cucu Adam AS.

Firman Allah SWT: Itulah keterangan-keterangan mengenai hari (kiamat) yang sungguh tetap berlakunya, maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil jalan dan cara kembali kepada Tuhannya (dengan iman dan amal yang soleh)!

Hari Kiamat pasti berlaku dan hendaklah seseorang itu beramal soleh dan dapat mendekatkan kepada Allah SWT dengan memperolehi kemuliaan dan pahala, di samping itu dapat menjauhkan dari seksaan azab neraka.

Firman Allah SWT: Sesungguhnya (dengan keterangan-keterangan yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat (masa datangnya), Iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya; dan orang yang kafir akan berkata (pada hari itu): "Alangkah baiknya kalau Aku menjadi tanah (supaya Aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)".

Ibn Kathir berkata: Pada hari itu orang kafir berangan-angan dengan menyatakan jika mereka dijadikan sebagai tanah dan bukannya makhluk yang wujud di muka bumi.

Ini kerana setelah diperlihatkan kepada mereka azab dari Allah SWT dan perbuatan buruk mereka yang telah dicatatkan oleh malaikat yang mulia.

Penutup

Alhamdulillah, selesailah sudah surah al-Naba' yang mengandungi kandungan rukun iman berkaitan hari akhirat.

Di samping itu, dijelaskan perihal natijah golongan yang derhaka dengan sepedih-pedih balasan. Semoga Allah SWT memelihara kita semua daripada seksaan-Nya.

Begitu juga digambarkan dengan terang sifat yang diperolehi dan diraih oleh penghuni syurga dengan pelbagai kenikmatan. Semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita keredaan-Nya dan syurga-Nya.

- UTUSAN


Wednesday, March 17, 2010

Anakku Sayang....

Baru kul 5 pagi sebenarnya neh..Fahima xnak tido lak dari kul 3 lebih pagi tadi..asyik dok merengek..dah sapu minyak (mungkin kembung)..dah letak bedak agnesia..(mungkin gatal pasal ruam)+malam nie agak panas sikit...dah bagi susu, dah tukar pampers..ntah xtahu napa lagi...


Ginilah tugas+tanggungjawab seorang ibu..berjaga malam demi anak..Mesti mak dulu pun camnie kan...Fahima dok bermain tu kat 'mini playground' dia kat umah nie...Sambil mak dia dok buka blog..:-) bapaknya nyenyak tido..(xnak ganggu, sok pagi2 nak g keja...)


Terfikir di sanubari..besarnya pengorbanan ibu+ayah.. Xkisahla ibu & ayah kandung @ ibu mertua..Akanku balas jasa kalian walau xmungkin dapat ku balas kesemuanya...


note : Di kala ini amat merindui ibu+ayah di kampung...


Sunday, March 7, 2010

Guru Jutawan Akhirat...

Buku ni amat perlu dibaca oleh semua insan yang bergelar guru..dipinjamkan jer dari unit kaunseling sekolah..Banyak Info..dan rasa amat bertuah sekali jika seseorang itu mendapat peluang untuk bergelar seorang Guru..Satu pekerjaan yang amat mulia..

Ilmu yang dicurahkan akan melahirkan anak bangsa yang berjaya..Xkan terhakis ilmu itu walau secunit bahkan akan terus berkembang dan berkembang..Alangkah banyaknya pahala bagi mereka yang berbakti di dalam bidang perguruan,pendakwahan dan sebagainya..

Ntahla..setelah begelar guru walau sekadar hanya GSTT..inilah yang ekin rasakan kerjaya yang amat serasi dengan jiwa ekin..Amat berharap sangat agar dapat terus berada di lapangan ini..Berkomunikasi dengan pelbagai lapisan pelajar,ibubapa, rakan-rakan sejawat dan sebagainya..

Dan pengalaman amat sedih bila berjumpa dengan ibubapa yang mencurahkan rasa hati mereka pabila anak mereka melakukan kesalahan disiplin..Rasa marah pada anak2 didik ekin sebab xlangsung hargai pengorbanan ibu+bapa mereka.. Jiwa remaja mereka begitu memberontak..Sukar nak difahami...

Tapi itulah cabaran yang perlu dihadapi...

 





Thursday, March 4, 2010

x aci tau...

Fahima skrg neh dah pandai sebut BAPAK......... huhu...napa xsebut ibu dulu.....
nak majuk la camnih...(cehh..macam fahima faham..)

Punyala sonok bapak dia..X aci la..ibu yang penat tau...sebutla nama ibu dulu...huhu..

Memang semua baby cmtuh ek????

Satu lagi..Semalam Fahima da pecah rekod naik ke tingkat 2 rumah tanpa bantuan..dan berjaya terus masuk ke bilik utama..sebab nak cari di mana ekin berada..hehe (Ekin nak solat dalam bilik waktu tuh..ayat cam suspen jer..( Bapaknyer tunggu la Fahima kat belakang takut kot2 jatuh..)huhhh..kalu jatuh tangga...mmg kes naya jer...



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails