Friday, December 4, 2009

Jammed oo Jammed....

HHHmmm..lega rasanya bila terbaca artikel nih..at least masalah kami akan dapat diselesaikan xlama lagi.. ('',)




KUALA LUMPUR 1 Dis. - Kementerian Kerja Raya memperuntukkan RM450 juta bagi menyelesaikan masalah kesesakan di pusat bandar ini, jalan susur masuk ke Plaza Tol Rawang, Lebuh Raya Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Jalan Pintasan Rawang.



Menterinya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, RM50 juta daripadanya diperlukan bagi membina jejambat di Jalan Rawang ke Bandar Tasik Puteri berdekatan jalan susur masuk ke Plaza Tol Rawang.Tambah beliau, RM300 juta lagi bagi menyiapkan Jalan Pintasan Rawang bagi menyelesaikan kesesakan di pusat bandar Rawang.



''Kementerian mungkin memerlukan peruntukan tambahan bagi memperbesarkan Jalan Rawang ke Bandar Tasik Puteri sepanjang 1.6 kilometer bagi membolehkan kesesakan dari Rawang ke Bandar Tasik Puteri diselesaikan.



''Kos menaik taraf jalan itu daripada dua kepada empat lorong belum dapat dipastikan kerana ia membabitkan kos pengambilalihan tanah yang memerlukan kelulusan kerajaan negeri,'' katanya.



Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas diberi taklimat mengenai usaha menyelesaikan kesesakan di Rawang terutama membabitkan 37,000 kenderaan yang menggunakan Lebuh Raya PLUS setiap hari di Kawasan Rehat Plaza Tol Rawang dekat sini hari ini.


Shaziman berkata, buat permulaan kementerian meluluskan RM50 juta bagi membina jejambat merentasi susur masuk ke Plaza Tol Rawang yang memastikan 37,000 kenderaan menggunakan jalan tersebut dapat memasuki lebuh raya tanpa masalah serta berhadapan dengan kesesakan.



''Pembinaan jejambat itu dijangka dapat dimulakan pada tahun depan dan disiapkan dalam tempoh setahun,'' katanya.



Sementara itu, katanya, RM300 juta lagi bagi pembinaan Jalan Pintasan Rawang akan dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) memandangkan ia perlu mendapat kelulusan Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dan Kementerian Kewangan.



''Jalan Pintasan Rawang yang dimulakan pada 2005 dengan kos RM203 juta tidak dapat disiapkan sepenuhnya.



''Ini kerana kerajaan negeri telah meminta Kerajaan Pusat membina jalan bertingkat merentasi Taman Warisan Selangor bagi mengurangkan kemusnahan kepada taman tersebut," katanya.





No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails