Friday, December 4, 2009

IBU HADIF GIVE AWAY 'ANUGERAH TERINDAH'




Wahh..contest lagi yer.. Ekceli contest ni dianjurkan oleh Mrs K-Ibu Hadif sempena genap 2 tahun usia perkahwinan Mr & Mrs K pada 23 Disember nanti..
Selamat menyambut Hari Ulangtahun Perkahwinan yang keDua yer..
Untuk contest nie ekin tingin gak untuk join..memang xdinafikan Anak adalah Anugerah yang paling Terindah dan Bermakna dalam hidup seorang Wanita..Yela,amat excited dan teruja dengan kelahiran Fahima pada 10 Julai 2009,.kalu ada yg nak join contest nie gak leh terjah Blog nieh key..


Jom Tgk Syarat-Syarat Penyertaan ConTest..Cam Biasa mesti :
1. Contest ini terbuka kpd Bloggers sahaja.- OKE
2. Wajib menjadi follower Mrs. K dan add blog ini dalam bloglist anda.-DONE
3. Letak banner seperti di atas kat sidebar anda dan link ke giveaway ini.- DONE
4. Tiada had umur anak. Semua boleh join.- OKE
5. Sila upload sekeping gambar anak pertama/sulong anda berumur 1 hari. Letak 2 keping xper ek..hikhik.. Sila nyatakan nama dan umur anak sekarang. - DONE
6. Anak merupakan Anugerah Terindah dari Yang Maha Esa. Nyatakan perasaan anda apabila pertama kali melihat anak dan apakah harapan anda terhadap anak. Entry yang berjaya menyentuh naluri keibuan para juri akan dipilih sebagai pemenang. eceh... - DONE
7. Tak perlu karangan yang panjang.. ayat pendek, simple but nice & sweet.
8. Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke blog Ibu Hadif. (no link back will be disqualified) - DONE
9. Dah siap semua, sila tinggalkan link entry anda di entry giveaway ini. - DONE
10. Pemenang akan ditentukan oleh Juri Profesional yg dilantik sendiri.



Jadi Untuk Contest Baby Cuties ni ekin pertaruhkan gambar fahima yang nie..
fahima dilahirkan tepat jam 1.11am pagi Jumaat.. 

-
-
-
-







NAMA ANAK : FAHIMA ZAHRAA BINTI MOHAMAD FADHIL
TARIKH LAHIR  : 10 JULAI 2009
UMUR : 4 BULAN 23 HARI


Kelahiran Fahima mmg amat dinanti-nantikan ekin n abang memandangkan kami menunggu hampir setahun sebelum ekin disahkan preggy. Terloncat2 kegembiraan bila dapat tahu ekin dah pregnant. Syukur Alhamdulillah tempoh2 kehamilan dilalui dengan gembira dan penuh sabar..


Sehinggalah tiba satu detik ketika kandungan hampir 9 bulan..Ekin mendapat berjaya mendapat tawaran untuk mengikuti Program DPLI (Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah) untuk intake Julai 2009. Tarikh daftar 2 Julai, dan due date ekin 12 Julai 2009. Tp,mana mungkin ekin pergi dalam keadaan ekin sarat..hanya menunggu detik-detik kelahiran bayi yang dah dikandung selama 10 bulan nie.. Ya Allah, waktu tu fikiran berkecamuk..itula tawaran yg ekin tunggu2 selama ni..Dah puas turun naik ke KPT untuk rayuan memandangkan ekin hanya menunggu hari untuk bersalin..walau dah xlarat nak bawak perut ni..digagahi jugak..Tapi amat hampa lagi bila dapat tahu itu adalah intake yang terakhir..tiada lagi intake untuk DPLI tahun hadapan..Kecewanya..Tekanan yang amat..Penah terfikir, kenapa aku mengandung waktu nie?? Bila difikirkan semula..Alangkah berdosanya Ekin pada kandungan nie..Ntahla ekin sendiri rasa ekin xdapat berfikir dengan rasional waktu itu..Apatah lagi ramai rakan2 seangkatan yang berjaya ke DPLI..


Namun..itu cerita dulu...Dalam menghitung hari bersalin..ekin cuba bertenang dan sentiasa berdoa agar dicekalkan hati..Allah itu Maha Kuasa..Maha Esa..Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya..
Syukur Ya Allah..kelahiran Fahima Lebih membawa seribu satu rahmat..Lebih xternilai harganya..memandang wajah Fahima ketika lahir hilang segala penyesalan dulu..Menelek wajah cumel dan mulus Fahima mengingatkan ekin wajah itu xberdosa dan tidak mengetahui apa2..Tetapi adalah Amanah dari Allah untuk dijaga dan dididik menjadi manusia yang berguna.

HARAPAN ibu+bapa untuk supaya Fahima akan menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan di Akhirat, akan menjadi Kakak dan role model @ icon yang terbaik utk adik-adiknya kelak (InsyaAllah). Dan amatlah besar harapan bapa untuk melihat Fahima menjadi seorang Doktor Pakar Sakit Puan satu hari nanti. Sesungguhnya ibu+bapak yang bertanggungjawab untuk memastikan cita-cita kami tercapai..

Mungkin peluang melanjutkan pelajaran akan datang lagi satu hari nanti..Tp kelahiran anak bukan di tangan ekin..Hanya Allah S.W.T yang dapat menentukannya..KERANA ITULAH ANAK ADALAH ANUGERAH TERINDAH...















1 comment:

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

ok dah boleh komen!!

ok dear, gudluck!!
takpe, rezeki Allah ada di mana²..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails