Tuesday, December 22, 2009

Memori 2009

Entry neh sajer2 jer Ekin buat..HHhhmm..Tahun 2009, banyak betul yang berlaku..Suka,duka,Manis,Masam..Akhirnya dah sampai ke hujung tahun..Sekejap ja masa berjalan..Tahun 2010 bakal menjelma..dan tahun depan usiaku juga sudah 27 tahun...hahhh?? 27 ???? rasa cam baru 2,3, hari lepas jer amik S.P.M..Doh ler berangan..SPM dah lepas 10 tahun sudaaa...

Dan yang pastinya 2009 ini kenangan yang paling indah adalah Ekin dah pun bergelar seorang ibu..Dan ramai jugak kengkawan seangkatan yang juga menjadi Ibu di tahun 2009 ni..Antaranya Kak Os, Kak An, Syafaah, Maslina, Zahirah, Quezila, Masitah(E),Fizah, Kak Zureen(Owner Nursery Fahima), Kak Ita dan yang terbaru Effa.. Tahniah semuanyer..Adalagi kengkawan yang juga menjadi ibu+bapa tahun 2009 tp Ekin pun xingat semuanya.. :-) meh layan sekali imbas gambar baby2 kengkawan yang ada dlm simpanan ekin.. LAYANNNNZZZZZZZZ.........


Baby Maslina

Baby Quezila

Baby Zaihirah


Baby Ekin


Baby Effa

Seangkatan la anak-anak kita semua nie ek..Ada yang dah boleh merangkak, ada yang meniarap,yang lom lepas pantang pun ada (penghujung 2009)..Tapi yang pastinya semuanya baby 2009.Moga membesar dengan sihat+bijak+soleh+solehah..AMIN

My Lovely Baby With Pacifier Contest





Contest kali ini dianjurkan oleh PUAN PERTMUFFIN  dan hadiah ditaja oleh
dan Tarikh Tutupnya adalah  pada 30 Disember 2009..
Best bangat hadiah2 yang ditawarkan..hikhikhik..

So, kali neh mencuba nasib lagi dan gambar yang dipertaruhkan untuk contest ineh adalah
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

NAMA : FAHIMA ZAHRAA BINTI MOHAMAD FADHIL
UMUR : 5 BULAN ++
TARIKH LAHIR : 10 JULAI 2009

Monday, December 21, 2009

NANGIS CONTEST BY MUMMY ARIQ


Kali ini contest dianjurkan oleh  Mummy Ariq..
So..Kalu nak join Contest neh leh klik kat atas keh..
layanzzzzzzzzz........




isk..isk..iskk...cian kat Fahima neh..Fahima nangis time nie sebab ekin pakaikan tudung kat Fahima..Kerimasan+Kepanasan..Hikhik..Gambar neh pun diambil masa tgh bosan..xder kejer..Saja jer usik-usik Fahima..Sorry Dear..Love U So Muchhh....... hehe..

NAMA BABY : FAHIMA ZAHRAA BINTI MOHAMAD FADHIL
UMUR : 5 BULAN 22 HARI
TARIKH LAHIR : 10 JULAI 2009

Chotti..Chotti..Chotti..

Bosan rasanyer dok umah cuti 3 hari Sempena Awal Muharam..Tp,syok jugak at least leh rehat kat umah..Hari Jumaat jiran sebelah rumah buat Majlis Masuk Rumah..Dan Sabtu kitaorg g jalan2 kat KLCC jer..







 Meh nak cita sket progress Fahima skrg neh..uiii..Fahima dah boley merangkak pada tanggal 3 Muharam 1431 Hijrah..Di usianya menjangkau 5 bulan 21 hari. Sebenarnya Fahima dah boley angkat punggung dan tangan dr 5 bulan..Tp itu xdikira yer..Sebab Fahima xboleh nak balancekan badan lagi..Tp Hari Ahad yg lepas Fahima da boleh imbangkan badannyer..Eiiii..bagusnya anak ibu...(hik..hik..kene la puji)..







Dan dengan xsemena-mena..disebabkan keboringan yang melampau pada hari Ahadnyer..Dah xtau nak buat apa..jadi Fahima menjadi mangsa..hikhikhik...Ini telah terjadi pada Fahima pada Hari Ahad yg lepasss...






Hikhikhik..ini time angin Fahima pun oke lagi..Tp selepas itu..Fahima dah meraung kemarahan..sebab rimas kene pakai tudung dek ibu dia neh..Xder keja sunggoh....

Thursday, December 17, 2009

Doa Akhir Tahun & Awal Tahun Hijrah

SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARAM 1431H

DOA AKHIR TAHUN


Sempena akhir tahun hijrah pada petang 17 Disember 2009 (30 Zulhijjah 1430), kita dianjurkan supaya berdoa pada waktu asar. Dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib. Dengan izin Allah, orang yang berdoa akan mendapat perlindungan Allah dari fitnah dan tipu daya syaitan dari semua dosa selama setahun yang lalu.


Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah cucurkan Rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian.
Ya Allah wahai Tuhanku, perkara-perkara yang telah aku lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini maka aku belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tidak meredhainya dan Engkau tidak melupakannya (Tuhan yang tidak bersifat lupa) dan Engkau berlembut tidak mengazabku malah memberi peluang supaya aku bertaubat selepas aku melakukan maksiat itu. Maka aku memohon keampunanMu.
Ya Allah, ampunilah aku dan mana-mana perbuatan yang telah aku lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dan yang telah Engkau janjikan pahalanya. Maka aku mohon diperkenankan perbuatan (amal bakti) yang telah aku lakukan itu dan Engkau tidak menghampakan harapanku. Ya Allah yang Maha Pemurah .
Semoga Allah cucurkan Rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian.

DOA AWAL TAHUN



Dibaca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib 17 Disember 2009 iaitu bersamaan dengan 1 Muharram 1431 Hijrah.


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Fahima Menang Contest!!!

Wahh..Xsangka nyer Ekin..Baru jer berjinak2 dlm contest..Alhamdulillah..Kali ni rezeki menyebelahi Fahima..Fahima menang dalam "Seindah Butterfly" Giveaway Kategory B yang dianjurkan Oleh Puan Butterfly.. Xsangka Fahima leh menang,sebab sumanya ciut-miut..Kalu nak tgk semua senarai Pemenang, boleh klik SINI.

Gambar Fahima yang dipertaruhkan untuk contest tu ialah...



Dan Hadiah yang dimenangi Fahima adalah BUGSLOCK 5 PCS. Terima kasih yer Mamareen yang sponsor Hadiah nie..Banyak kegunaannya nanti..Kalu nak tahu apa Bugslock, leh terjah kat SINI .

Tahniah jugak pemenang-pemenang yang lain dan Thanks again pada penganjur, sponsor dan semua juri..

Wednesday, December 16, 2009

Penawar Duka Laraaa..

Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajarnya-pelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.
Abu berdiri dan berkata, "Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya".
"Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi?", tanya cikgu.
Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata,
"Nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel".
"Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia.
Siapa lagi?"
Seman berdiri dan berkata, "Saya Seman bin Leman, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya...".

Bengap vs Bahlul
Pada suatu hari, seorg budak bernama gigi busuk bersiar- siar,sampai di satu lorong, dia terkejut lalu melompat. lalu dia menoleh ke belakang dan terpandang satu objek hitam lantas dia menghampirinya ...sambil membelek objek tesebut, 'macam tahi" katanya dalam hati...dengan rasa tidak puas hati... dia mencubit sedikit dan merasanya ... ehmm tahi betul rupanya ... "mujurlah aku tak terpijak" katanya sambil berlalu pergi ...
 
Pekak
Kalleng:Doktor saya rasa saya dah pekak..kentut saya pun saya tak dengar..

Doktor:Nah minum ubat ni.
Kalleng:untuk apa doktor?
Doktor:Kuatkan kentut

Konflik Suami vs isteri
Rumahtangga Minah dan Wahid selalu mengalami krisis. Tidak kira siang atau malam, mereka akan bertengkar. Setiap pertengkaran pastinya menggangu jiran tetangga.

“Kalau aku mati, aku akan menjadi hantu dan mengorek tanah di depanku untuk keluar mencekik engkau,” terdengar pekikan si Wahid. Jiran yang mendengar terkejut besar dengan ugutan si Wahid terhadap isterinya kerana diketahui Wahid mempunyai ilmu hitam yang sangat luar biasanya.
Beberapa hari berlalu. Wahid ditemui mati akibat mangsa langgar lari. Walaupun benci, tetapi sebagai isteri Minah tetap menguruskan pengebumian suaminya dengan baik. Seminggu selepas itu, jiran tetangga amat kehairanan melihat Minah yang langsung tidak merasa takut dengan ugutan suaminya dahulu.
“Engkau tidak takut dengan sumpah suami kau dulu?” tanya jirannya.
“Tidak!” jawab Minah.
“Biarkan saja dia mengorek tanah. Aku dah tanam dia mengadap kebawah!”

Mini Pizza...

Hikkss..Pizza lakk..
Sempoi jer pizza neh..Just letak sosej+Sos Cili+Keju Mozarella
Yummmmyyy...Buat breakfast weekend..
kalu nak lagi sodap leh tambah mushroom @ lada benggala..
mcm pizza hut..Ikut Citarasa masing2..

Sharing Recipi, Amik dari Yatie's Cooking.Blogspot.com


UNTUK MEMBUAT DOH:
300gm tepung gandum
11gm yis segera (selalunya yis satu peket memang 11 gm)
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam
1 sudu mkn marjerin ( tak dak marjerin kat rumah, Yatie guna butter)
1 cawan air suam (mesti suam fungsinya untuk mengaktifkan yis)
1/2 cawan minyak

CARA-CARA:
Gaul rata semua bahan untuk doh sehingga lembut. Bagi sesiapa yang ada mesin pembuat roti senang. Masukkan semua & putar. Bagi yang tak ada tu, uli jangan tak uli. Sekurang-kurangnya 30 minit.
Ketepikan adunan & pastikan ditutup dengan kain lembab. Biarkan sehingga adunan naik 2x ganda.
Setelah adunan naik, tumbuk-tumbukkan adunan supaya keluar angin. Rasa-rasa kalau ada geram atau marah kat sesiapa, inilah masanya. Bahagikan adunan kepada ketulan-ketulan. Ini kena ikut saiz yang diingini. Bulat-bulatkan ia dan canai menjadi leper seperti terdapat dlam gambar paling atas. Biarkan doh selama 10 minit barulah dibakar dalam oven 190C (kalau oven saya) selama 10 minit.
Keluarkan dan dibubuh inti-inti mengikut selera masing-masing. disini yatie letak sos, daging hancur, cendawan & cheese.....Masak sekali lagi sampai cheese cair..



Contest "Ceria Si Ayah Bersama Anak"



Ia datang lagi.. kegilaan menjoin contest..hikhik..
Contest nie dianjurkan oleh Puan Fasha dan di Sponsor oleh Pu3zdini 


Meh join contest ni ramai2 ek..


Ekin pertaruhkan gambar inehhhh...




Nama Bapa : Fadhil
Nama Anak : Fahima Zahraa





Monday, December 14, 2009

CC TERIMA KASIH..

Hhmmm..inila hasilnya bila g berguru kat kak Lynn baru2 neh...Bagi ekin mmg ada peningkatan sgt bila buat kek..Boleh dikata berjaya gak..sebab kek yang ekin buat pas g belajar dah tak kempissss...hikhikhik..
Kek pun jadi gebu jer..Cuma ada beberapa yang kene adjust sikit..
Mungkin suhu oven yang xsama mcm suhu oven Kak Lin.. Apapun..Layan lu gambar ekk.. 
Cupcake neh untuk Nursery Nur Zaheera sebenarnya..Saja untuk makan2..Terima Kasih sebab sangat sabar melayan Fahima..Yang suka nangiss...hukhuk..
P/S Buat kak na..tgk lu ..nanti akanku bagi kalian try gak..hehe..


Baru kuar dari oven


Dah siap letak Ganache..Nak mula decorate

Taraaa.. Dah Siap..
Inila cup cake yang Ekin sediakan untuk Taska Nur Zaheera
tempat jagaan Fahima..
Harap suker.. :-)

Ekin buat 2 jenis topping..Buttercream n Ganache


Yang Ni untuk makan2 di ofis



Xla kemas sgt..Tangan Dok Ketaq lagii..hihi..

Hujan meteor geminid hiasi langit awal pagi 13 & 14 Disember 2009


Akhir2 ni byk peristiwa luar biasa yang  berlaku..Betapa ianya menunjukkan kekuasaan Allah S.W.T.. Subbahanallah..Maha Besar ALLAH..

Hujan meteor menghiasi pusat kaji bintang Beijing, China pada 1998. Fenomena serupa dijangka berlaku pada esok atau Isnin jika melihat ke arah sebelah timur terutama awal pagi.


Oleh RAMLI ABDUL SAMAD
Satu daripada fenomena cakerawala menarik sepanjang tahun ini ialah hujan meteor geminid. Meteor adalah tahi bintang. Tahi bintang boleh kelihatan saban malam ketika ruang angkasa tidak dilindungi awan atau diganggu oleh cahaya lampu.
Tahi bintang ini kelihatan sekali sekala, tidak kelihatan seperti datang menurun dalam jumlah yang banyak. Jika anda ingin melihat tahi bintang dalam jumlah yang banyak, buatlah perancangan dan persediaan pada awal pagi esok atau Isnin ini sekitar jam 2 pagi hingga ke fajar menyinsing.
Itulah waktu kemuncak hujan meteor geminid yang pasti akan berlaku seperti diduga oleh ilmuwan astronomi. Di seluruh dunia, berjuta-juta peminat astronomi sama ada di kalangan amatur atau profesional akan turut mendongak ke langit ke arah Timur menghadap gugusan Gemini bagi menyaksikan satu sajian alam semesta yang menawan ini.
Tahi bintang geminid boleh dilihat di pelosok mana saja, dari kedua-dua hemisfera selatan dan utara dunia. Sebenarnya meteor geminid sudah boleh kelihatan mulai selesai waktu senja tetapi kekerapannya atau pesta tahi bintang geminid akan berlaku selepas tengah malam dan memuncak pada waktu pagi.
Pada awal pagi, tarikh berkenaan dijangkakan kita boleh melihat sekurang-kurangnya 100 tahi bintang dalam tempoh waktu sejam. Fenomena ini bagaikan menghiasi ruang langit yang gelap itu. Ia kelihatan indah dan fenomena ini dikatakan sebagai suatu sajian cakerawala paling menarik bagi menutup tirai fenomena astronomi untuk 2009.
Kita akan dihidangkan satu pertunjukan bola api kecil yang menyeberangi langit. Bagi tahun ini ia berlaku ketika anak bulan belum muncul, bererti tiada sinaran bulan yang boleh menjejas penglihatan kita terhadap fenomena itu.
Tahun lalu, kemuncak hujan meteor geminid terjadi pada saat serentak purnama penuh. Sajian hujan meteor geminid ini akan mengatasi hujan meteor perseid dan leonid yang berlaku masing-masing pada Ogos dan November lalu.
Apa yang sebenarnya berlaku tatkala fenomena ini? Apabila bumi berputar dan menghadap buruj Gemini, maka akan kelihatan tahi bintang turun bagaikan hujan yang terang lagi jelas seakan-akan bersumber daripada gugusan itu, lantas namanya meteor geminid.
Tahi bintang berupa kerlipan cahaya yang terang itu berhayat tidak sampai dua saat. Ia bergerak dengan kelajuan sekitar 35 kilometer sesaat. Kelajuan meteor geminid menembusi atmosfera bumi dikategorikan sebagai meteor yang berkelajuan sederhana.
Jika tahi bintang itu sampai ke daratan bumi, ia menjadi meteorit. Jika kita halusi cahaya meteor geminid terpantas, ia kelihatan berwarna kuning dan biasanya pula berwarna kebiruan. Jaluran cahaya itu adalah akibat serpihan daripada objek langit, digelar 3200 phaethon, juga dinamakan sebagai komet purba yang sudah mati memasuki atmosfera bumi.
Pergeseran itu menyebabkan terjadinya jaluran cahaya di angkasa bumi. Serpihan itu yang terdiri daripada ais atau debu tidak tahan lama. Ia terbakar dan meninggalkan kesan jalur cahaya yang indah dilihat.
Meteor geminid dikesan sejak 150 tahun dulu dan dipercayai setiap tahun ia akan bertambah jelas dengan syarat cuaca ketika melihatnya adalah gelap gelita. Pada tahun ini, objek 3200 Phaethon berada pada jarak 18 juta kilometer dari bumi, jarak terdekat pernah ia hampiri. Objek langit 3200 Phaethon adalah sebesar saiz bumi.
Jadi bersedialah menunggu detik awal pagi 13 dan 14 Disember ini. Pada waktu itu nanti, hujan meteor geminid pasti terjadi. Hujan meteor geminid adalah peristiwa yang terjadi setiap tahun dan dianggap paling memberikan pertunjukan yang memuaskan.
Jika ditakdirkan malam 12 Disember hingga Isnin ini bercuaca baik, maka anda boleh melihat hujan meteor geminid dan menikmati pengalaman bahawa anda benar-benar melihat hujan meteor.

Sumber  :  Dari Blog My ADHA

Friday, December 11, 2009

Alahai Bondaku...

Syurga itu di telapak kaki ibu........
Mesti kalian tahu lirik lagu Syurga di telapak kaki Ibu..nyanyian Aishah kan..Cedeh jer lagu..
ala..tiba2 jer ekin teringat lagu tuh ..sbb dok tingat kata2 mak semalam..Alahai ibuku merajuk lagi...hehe..Hati nya mudah terasa skrg..

Apapun ekin dah ckp ngan mak..Dek sebab ekin xckp byk ngan mak masa mak col sebab mengantuk sgt..Pastu ekin xcol mak 2 hari jer..Terus adik kata mak da merajuk.. Huhu..

p/s Jagala hati ibu... :-)


Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT)

Ekin lupa untuk update pasal GSTT nih..ekin dah apply lama untuk GSTT..sebelum tarikh iklan lagi.. dari bulan September..Then,hari Selasa sampai surat panggilan Temuduga..Temuduga hari Rabu..Ntahla, interbiu oke jerk..macam borak-borak..Xder la menaruh harapan yang tinggi sangat..takut nanti frust lagi..Macam DPLI aritu..Ekin hanya mampu berdoa dan berserah.Moga dihujung sana ada mentari yang bakal menyinar... huwaaa...bersajakk plakk.. :-) kalu dapat ok gak..Syukur Alhamdulillah..
AMIN...

Bilakah Penantian akan Berakhir...

Ceeehhh..ayat cam sedih jerrr..Huhukkk.. Yela makin lama rasa makin bosan ar dgn keja nihh..rasa cam nak benti jer..Mentang2 majikan,,suka hati jer nak arah itu ini...Apa salahnya duduk jer kat rumah..berehat..kan senang..hikhikhik..(Mati la kalu tahu ngutuk kat sini ekk..) Biarla Blog eden,eden punyer sukalerr..MMg nak lepaskan kat sini gak..Hati tgh xketentuan nehh..

HHhmm..bila difikirin..sampai bila la aku akan begini ekkk..yela..makan gaji..bila la nak boleh capai target..umo dah dekat 30 neh..Cakap pasal target ek before 30 at least aku nak ler...
i.   beli keta sendirik..sendiri punyer bukan share ngan en Fadhil erk..
ii.  Keje tetap - skrg pun keje tetap tapi arrrrhhhh malas ckppp..
iii. Gaji byk ribu sket boleyyyy...hihihi..xyah lebey2..yeker??hikhik..kalu lebey lagi la nak..TAMAK nyer.... 
iv. Nak bagi sesuatu yang special la utk parent..Walau diaorg xmengharapkan apa2..Dah ada dlm fikiran cuma xtahu kesampaian atau tak..Yela, diaorg pun meniti hari2 tua..Harap dapat menggembirakan diaorg..huhuhu..
iv. nak gak ada bisnes sendirik- jadi bos lak..Tp kalu la aku jadi Boss aku layan staff baik punyer..InsyaAllah.. Dalam otak dah ada perancangan neh...Harap2 jadi kenyataan laa..

Tp apapun ekin tetap bersyukur dengan apa yang dah ada sekarang..Alhamdullilah dah lengkap rasanya semua.. Cuma nak perabihkan hutang laaaa sampai tua....
HUWAAAAA....... 

Thursday, December 10, 2009

Fahima vs ibunyer...

Hikhikhik..balik kampung waktu Raya haji..ekin sempat la geledah album2 lama..kot2 jupa gambar ekin masa kecik..yeaaa...dah jupe pun..tapi gambar pun dah bertompok2..xperla..asal nampak sikit gambar pun jadila..

jadi bila direnung2 gambar ekin waktu kecik..Hmm ramai ckp Fahima pun cam ekin ler..hahaha..cuma mulut mungkin ikut bapanya.. (xperla..tu namanya mix ibu+bapa).. Dan mata Fahima mix sepet+layu (bapa).. hahahaha..Maaf yer Fahima ibu bukan gelakkan Fahima. Ibu bersyukur atas segala-galanya..Asalkan fahima membesar dengan sihat..Itu sudah memadai bagi ibu+bapa..Sayang ibu+bapa pada Fahima mengatasi segala-galanya..:-)


Monday, December 7, 2009

Adventures Konvoi..

Gara-gara Abang kene outstation kat JB Hari Isnin..terpaksa ekin choose samada nak datang keja atau tak, ataupun datang keje dgn keta atau Motosikal..Hmmm..pikir punya pikir..kalau naik keta area opis nie susah nak parking..jauh parking nak kene jalan,. Bukan per..sebab skrg tinggal di Rawang..jauhler nak ke KL..Nak amik cuti..cuti pun dah habis, Nak bawak keta ala malasnya dgn jammed..At last, ekin decide naik moto jela..Hah..lama gak xmerempit nie..since kawin..jarang amat bawak motor..besh jugak sekali sekala merempit erk.. Yela..bayangkan bawak moto dari Rawang ke KL..dekat lebey stgh jam gakler bawak moto tadi.. huhh..mau kematu punggong ku inih..Konvoi ngan Adie..opismate abang & neighbours kitaorg jugak..THanKs YerK...letih gak bwk moto arini maybe sebab dah lama xbwk moto nih..kebas tgn2 pulas minyak..

Mulanya tadi hantar Fahima ke Nursery dgn kete..balik umah terus panaskan enjin moto lak..kuangkuangkuang...waaahhh..adventures gakss naik moto kat KL nih..Tp..ekin mmg suka mencilok2..kalu bawak moto..Hmmm..xsedar diri..aku nih mak budak dah..bukan nye bujang lagik... :-P Kene la bawak bersabar sket eh...


Nasi Ayam SEMPOIII...

Kuang kuang kuang..special ker E3 nih??
hahaha..sajer jer buat tajuk gempak..sebenarnya xplan pun nak buat Nasi Ayam arini..Tp memandangkan tghari japlagi abang nak ke JB..jadi apa la salahnya masak special sikit kan..huhu..kene tinggal ngan Fahima..xper..sehari jer.. :-P

Tgk dalam freeze ayam ada..kiub pati ayam pun ada..ala kira cukup la bahan2 nka wat nasi ayam sempoi nih..Cuma abang g kedai beli salad dan timun jer..oppss bila balik umah baru perasan tomato man xder..xper ar..gasak jer apa yg ada.. Untuk breakfast ekin dah buat cucur udang cicah kuah kacang..pas makan pagi terus masak nasi ayam lak..kang abang xsempat makan lak..

hmmm..akhirnya masak kul 11.30 dah ready semua..Mujur Fahima pun xbyk ragam ek arini..Main jer sorang2 dia kat depan TV..Abang lak dok berkebun kat belakang..Yang pasti nya ekin  sorang jer nih kenyang jer dok kat dapur..Yolah..sambil masak sambil makan..hahahahaha...Konon jer nak merasa tp sedar sedar satu pinggan gak..hikhik..







Basic Cupcakes Class

Ekceli ekin mmg suka makan kek..tambah2 kek coklat..tp bila buat selalu xbpa nak jadi..padat semacam ja..Bila dalam oven naiknya bukan main tinggi..tp pas kuar oven..kempis terus kek ituh...huhuhu..Itu ler sebabnya selalu asyik order jer atau beli kat kedai..Tp skrg nih..bila dah jadi ibu..rasa mcm ..i need to do something..kan besh kalu besday anak sendiri nanti ekin leh buat sendiri jer..xyah beli2 dari kedai..

Tambah pulok dgn trend skrg cupcakes la paling famous kan..So,,ekin terjah2 blog jupa Blog Myhadiah.com.. Tuan rumah Blog nih nama nyer Nor Haslinda.. atau Kak Lin.. ekin terus jer join kelas Basic Cupcakes pada 5 Disember baru nih..

THanKs yEr Kak LiN..





                                                       

                    

                    

Friday, December 4, 2009

Jammed oo Jammed....

HHHmmm..lega rasanya bila terbaca artikel nih..at least masalah kami akan dapat diselesaikan xlama lagi.. ('',)




KUALA LUMPUR 1 Dis. - Kementerian Kerja Raya memperuntukkan RM450 juta bagi menyelesaikan masalah kesesakan di pusat bandar ini, jalan susur masuk ke Plaza Tol Rawang, Lebuh Raya Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Jalan Pintasan Rawang.



Menterinya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, RM50 juta daripadanya diperlukan bagi membina jejambat di Jalan Rawang ke Bandar Tasik Puteri berdekatan jalan susur masuk ke Plaza Tol Rawang.Tambah beliau, RM300 juta lagi bagi menyiapkan Jalan Pintasan Rawang bagi menyelesaikan kesesakan di pusat bandar Rawang.



''Kementerian mungkin memerlukan peruntukan tambahan bagi memperbesarkan Jalan Rawang ke Bandar Tasik Puteri sepanjang 1.6 kilometer bagi membolehkan kesesakan dari Rawang ke Bandar Tasik Puteri diselesaikan.



''Kos menaik taraf jalan itu daripada dua kepada empat lorong belum dapat dipastikan kerana ia membabitkan kos pengambilalihan tanah yang memerlukan kelulusan kerajaan negeri,'' katanya.



Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas diberi taklimat mengenai usaha menyelesaikan kesesakan di Rawang terutama membabitkan 37,000 kenderaan yang menggunakan Lebuh Raya PLUS setiap hari di Kawasan Rehat Plaza Tol Rawang dekat sini hari ini.


Shaziman berkata, buat permulaan kementerian meluluskan RM50 juta bagi membina jejambat merentasi susur masuk ke Plaza Tol Rawang yang memastikan 37,000 kenderaan menggunakan jalan tersebut dapat memasuki lebuh raya tanpa masalah serta berhadapan dengan kesesakan.



''Pembinaan jejambat itu dijangka dapat dimulakan pada tahun depan dan disiapkan dalam tempoh setahun,'' katanya.



Sementara itu, katanya, RM300 juta lagi bagi pembinaan Jalan Pintasan Rawang akan dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) memandangkan ia perlu mendapat kelulusan Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dan Kementerian Kewangan.



''Jalan Pintasan Rawang yang dimulakan pada 2005 dengan kos RM203 juta tidak dapat disiapkan sepenuhnya.



''Ini kerana kerajaan negeri telah meminta Kerajaan Pusat membina jalan bertingkat merentasi Taman Warisan Selangor bagi mengurangkan kemusnahan kepada taman tersebut," katanya.





Teori Hari Kiamat ????

Petikan Dari Akhbar KOSMO


RAMALAN tarikh kiamat bukan perkara baru. Sudah acap kali penduduk dunia dimomokkan dengan ramalan hari kiamat berlaku pada tarikh tertentu, namun ternyata nafas dunia belum terhenti. Seorang petani di New England pernah meramalkan kiamat berlaku pada 23 April 1843 sehingga memiliki pengikut yang digelar The Millerites. Tarikh 1 Januari 2000 juga tidak terkecuali antara yang pernah diramalkan.



Terdahulu, riuh pada tahun 1806 apabila seorang penternak di Leeds, Britain mendakwa seekor ayam betinanya mengeluarkan telur bertulis 'Christ is coming' dan masyarakat dunia menjangkakan itu petanda kiamat hampir tiba. Pengasas gereja Mormon pernah menggemparkan dunia apabila memberitahu kiamat bakal berlaku sebelum tahun 1891.

Tahun ini, ramalan kedengaran lagi. Kali ini berdasarkan teori 'pengakhiran kalendar' kaum Mayan, Mexico, kiamat akan berlaku pada 21 Disember 2012. Filem berkisar mengenainya '2012' bakal ditayangkan di pawagam esok. Sama ada ramalan itu benar atau tidak, kita hanya akan mengetahuinya tiga tahun lagi.


Bagaimanapun, keadaan kali ini agak berbeza kerana manusia sedang digomol ketakutan ekoran alam bagaikan menunjukkan tanda-tanda enggan lagi bersahabat dengan manusia. Siri bencana alam luar biasa dan perubahan cuaca yang agak ekstrem menggamit resah.


                            
                RUPA salah satu asteroid yang terapung di angkasa



Bagi mereka yang beriman dengan hari kiamat, hari itu pasti akan tiba. Meski kita tidak tahu bagaimana dan bila ia sebenarnya akan berlaku, namun hari kiamat paling rapat dikaitkan dengan peristiwa kehancuran dunia. Di sini, kita membicarakan tentang kehancuran dunia dan apakah yang memungkinkan ia berlaku.


Saintis mula menjangkakan dunia ini bakal hancur menerusi teori big bang yang diperkukuhkan oleh Edwin Hubble pada tahun 1929. Teori itu mengatakan alam semesta ini terbentuk daripada satu letupan dan ia sedikit sebanyak menggambarkan begitulah juga pengakhirannya atau big crunch. Jika benar teori itu, saintis menjangkakan alam semesta yang kini berusia 13.7 bilion tahun akan 'mati' pada 20 bilion tahun dari sekarang.

                                 
       AIS yang mencair boleh menyebabkan banjir besar di bumi.



Namun begitu, ia bukanlah satu-satunya cara kemusnahan dunia khususnya bumi. Planet yang didiami manusia itu terlalu kerdil untuk dibandingkan dengan seluruh alam semesta. Bumi ibarat setitik pada satu galaksi dan terdapat berbilion-bilion galaksi di alam semesta.

Menurut Pegawai Sains di Agensi Angkasa Negara, Mohd. Zamri Shah Mastor yang ditemui di Putrajaya baru-baru ini, kehancuran dunia atau bumi boleh berlaku menerusi beberapa cara.


Hentaman objek

"Pertama adalah menerusi hentaman objek-objek yang terapung di angkasa lepas seperti komet atau asteroid. Terdapat bukti bahawa objek-objek ini boleh memusnahkan," katanya sambil menunjukkan sekeping gambar terbaru permukaan bulan yang pernah dirakamkan oleh misi angkasa Jepun, Selena.


"Kawah-kawah yang terbentuk pada bulan planet bumi adalah hasil hentaman daripada objek-objek ini. Bulan dan bumi kita terletak berhampiran. Bumi kita terselamat kerana memiliki atmosfera. Setiap kali komet dan asteroid cuba menerjah astmosfera bumi, ia akan musnah terlebih dahulu. Bayangkan apa akan terjadi jika manusia berterusan memusnahkan atmosfera dan lapisan ozon bumi?" soal Zamri yang berpengalaman selama 15 tahun dalam bidang sains angkasa.


"Saintis turut mengaitkan kepupusan dinosaur di muka bumi satu ketika dahulu dengan peristiwa hentaman komet. Peristiwa Tunguska yang menyebabkan kewujudan kawah seluas 2,150 kilometer persegi di Siberia pada tahun 1908 dipercayai disebabkan hentaman objek dari angkasa lepas," katanya.
                        
  GAMBARAN bencana besar di bumi yang dipaparkan dalam 2012 
                                


Berdasarkan laporan Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Amerika Syarikat (NASA) di laman web http://neo.jpl.nasa.gov, boleh dikatakan hampir setiap hari ada sahaja asteroid yang bergerak menghampiri bumi dan berpotensi melanggarnya. Namun ia tidak berlaku kerana atmosfera kita masih menjadi perisainya. Terdapat 1,077 asteroid yang dikenal pasti berpotensi menghentam Bumi. Namun, lazimnya kata Zamri, saintis hanya menyedari kehadiran sesuatu asteroid apabila ia telah melepasi bumi.


"Antara asteroid yang paling hangat diperkatakan kini adalah asteroid Apophis. Ahli astronomi pada mulanya menjangka ia akan melanggar bumi pada tahun 2029 sebelum diubah kepada 2036.


"Asteroid ini dikatakan akan berada kira-kira 30,000 kilometer (dianggap hampir) dari bumi dan boleh mencetuskan bencana yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Bagaimanapun, berdasarkan saiznya, ia dijangka tidak akan memusnahkan bumi sepenuhnya," kata Zamri.



Perlanggaran galaksi



Selain daripada hentaman komet atau asteroid kata Zamri, bumi juga boleh musnah apabila berlakunya perlanggaran antara galaksi. Kejadian pertembungan antara galaksi memang pernah berlaku.

"Jika ia berlaku, seluruh isi galaksi berkenaan akan berlanggar dan tunggang terbalik. Lebih teruk daripada tsunami pun boleh berlaku," katanya.Bagaimanapun Zamri berkata, kalangan saintis juga percaya ada kemungkinan alam semesta ini tidak akan berakhir, sebaliknya terus berkembang pesat. Bahkan, ada yang mendakwa bahawa bukti-bukti lebih terarah kepadanya.


Sementara itu, menurut bekas Ketua Jabatan Geologi, Universiti Malaya, Prof. Madya Datuk Mohamad Ali Hassan, bencana yang dahsyat dan besar boleh berlaku apabila plat-plat bumi bergerak semakin pantas dan mengakibatkan pertembungan sesamanya.


"Plat-plat itu kini bergerak lebih pantas dan bertembung dengan kerap berbanding sifat tabiinya sebelum ini. Sebab itulah kini semakin kerap berlaku gegaran gempa bumi dan kita biasa mendengar tentang tsunami. Malaysia yang tidak terletak di Lingkaran Api Pasifik pun sudah boleh merasai gegarannya. Apa akan terjadi sekiranya plat-plat itu bergerak semakin pantas?" soalnya sambil memberitahu bumi kini berusia 4.5 bilion tahun.





Fenomena alam berangkai

Mohamad Ali menerangkan, plat bumi bergerak semakin pantas ekoran tindakan manusia sendiri seperti pemusnahan hutan, penggondolan bukit, ujian nuklear dan penggerudian dasar laut.

"Suhu bumi yang semakin panas boleh mencairkan bongkah ais di kawasan kutub. Jika ais di Kutub Utara dan Kutub Selatan mencair, ia boleh menyebabkan banjir besar pada dunia," katanya ketika dihubungi.
Mohamad Ali tidak menolak kemungkinan berlakunya kemusnahan alam besar-besaran kerana teori kepupusan haiwan dan tumbuhan purba bagai menunjukkan jawapannya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan berlakunya fenomena alam berangkai yang dinamakan chain reaction sekali gus mencetuskan bencana yang amat dahsyat.

"Gempa bumi boleh menolak air laut ke atas permukaan bumi. Apabila ia berlaku, bumi berusaha untuk menyesuaikan diri dengan keadaan itu lalu menghasilkan 'tindakan-tindakan' melampau. Kejadian hujan batu dan salji turun di benua Afrika adalah antara tanda-tanda yang menunjukkan penyesuaian itu," ujarnya.

Dalam pada itu, NASA baru-baru ini menafikan kewujudan planet Nibiru atau planet X yang dikatakan muncul berhampiran bumi dan bakal melanggarnya pada tahun 2012 berdasarkan teori kaum Mayan.

"Planet ini tidak wujud," kata saintis NASA, Dr. David Morrison yang mendakwa menerima beribu-ribu e-mel berunsur kebimbangan berhubung kiamat yang dikatakan akan berlaku pada 2012.



Terma Kosmofobia



Morrison berpendapat, minat manusia yang semakin berkembang terhadap angkasa lepas telah membawa kepada satu terma iaitu 'kosmofobia'.

"Semakin manusia mengenali angkasa lepas, manusia semakin takut kepada ancaman cakerawala seperti ribut solar, lubang hitam dan Milky Way.

"Ramalan kiamat mungkin boleh meninggalkan kesan yang paling buruk iaitu membuatkan manusia takut terhadap unsur-unsur kosmos iaitu bidang astronomi dan alam semesta," ujarnya.










LinkWithin

Related Posts with Thumbnails