Friday, December 4, 2009

Teori Hari Kiamat ????

Petikan Dari Akhbar KOSMO


RAMALAN tarikh kiamat bukan perkara baru. Sudah acap kali penduduk dunia dimomokkan dengan ramalan hari kiamat berlaku pada tarikh tertentu, namun ternyata nafas dunia belum terhenti. Seorang petani di New England pernah meramalkan kiamat berlaku pada 23 April 1843 sehingga memiliki pengikut yang digelar The Millerites. Tarikh 1 Januari 2000 juga tidak terkecuali antara yang pernah diramalkan.



Terdahulu, riuh pada tahun 1806 apabila seorang penternak di Leeds, Britain mendakwa seekor ayam betinanya mengeluarkan telur bertulis 'Christ is coming' dan masyarakat dunia menjangkakan itu petanda kiamat hampir tiba. Pengasas gereja Mormon pernah menggemparkan dunia apabila memberitahu kiamat bakal berlaku sebelum tahun 1891.

Tahun ini, ramalan kedengaran lagi. Kali ini berdasarkan teori 'pengakhiran kalendar' kaum Mayan, Mexico, kiamat akan berlaku pada 21 Disember 2012. Filem berkisar mengenainya '2012' bakal ditayangkan di pawagam esok. Sama ada ramalan itu benar atau tidak, kita hanya akan mengetahuinya tiga tahun lagi.


Bagaimanapun, keadaan kali ini agak berbeza kerana manusia sedang digomol ketakutan ekoran alam bagaikan menunjukkan tanda-tanda enggan lagi bersahabat dengan manusia. Siri bencana alam luar biasa dan perubahan cuaca yang agak ekstrem menggamit resah.


                            
                RUPA salah satu asteroid yang terapung di angkasa



Bagi mereka yang beriman dengan hari kiamat, hari itu pasti akan tiba. Meski kita tidak tahu bagaimana dan bila ia sebenarnya akan berlaku, namun hari kiamat paling rapat dikaitkan dengan peristiwa kehancuran dunia. Di sini, kita membicarakan tentang kehancuran dunia dan apakah yang memungkinkan ia berlaku.


Saintis mula menjangkakan dunia ini bakal hancur menerusi teori big bang yang diperkukuhkan oleh Edwin Hubble pada tahun 1929. Teori itu mengatakan alam semesta ini terbentuk daripada satu letupan dan ia sedikit sebanyak menggambarkan begitulah juga pengakhirannya atau big crunch. Jika benar teori itu, saintis menjangkakan alam semesta yang kini berusia 13.7 bilion tahun akan 'mati' pada 20 bilion tahun dari sekarang.

                                 
       AIS yang mencair boleh menyebabkan banjir besar di bumi.



Namun begitu, ia bukanlah satu-satunya cara kemusnahan dunia khususnya bumi. Planet yang didiami manusia itu terlalu kerdil untuk dibandingkan dengan seluruh alam semesta. Bumi ibarat setitik pada satu galaksi dan terdapat berbilion-bilion galaksi di alam semesta.

Menurut Pegawai Sains di Agensi Angkasa Negara, Mohd. Zamri Shah Mastor yang ditemui di Putrajaya baru-baru ini, kehancuran dunia atau bumi boleh berlaku menerusi beberapa cara.


Hentaman objek

"Pertama adalah menerusi hentaman objek-objek yang terapung di angkasa lepas seperti komet atau asteroid. Terdapat bukti bahawa objek-objek ini boleh memusnahkan," katanya sambil menunjukkan sekeping gambar terbaru permukaan bulan yang pernah dirakamkan oleh misi angkasa Jepun, Selena.


"Kawah-kawah yang terbentuk pada bulan planet bumi adalah hasil hentaman daripada objek-objek ini. Bulan dan bumi kita terletak berhampiran. Bumi kita terselamat kerana memiliki atmosfera. Setiap kali komet dan asteroid cuba menerjah astmosfera bumi, ia akan musnah terlebih dahulu. Bayangkan apa akan terjadi jika manusia berterusan memusnahkan atmosfera dan lapisan ozon bumi?" soal Zamri yang berpengalaman selama 15 tahun dalam bidang sains angkasa.


"Saintis turut mengaitkan kepupusan dinosaur di muka bumi satu ketika dahulu dengan peristiwa hentaman komet. Peristiwa Tunguska yang menyebabkan kewujudan kawah seluas 2,150 kilometer persegi di Siberia pada tahun 1908 dipercayai disebabkan hentaman objek dari angkasa lepas," katanya.
                        
  GAMBARAN bencana besar di bumi yang dipaparkan dalam 2012 
                                


Berdasarkan laporan Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Amerika Syarikat (NASA) di laman web http://neo.jpl.nasa.gov, boleh dikatakan hampir setiap hari ada sahaja asteroid yang bergerak menghampiri bumi dan berpotensi melanggarnya. Namun ia tidak berlaku kerana atmosfera kita masih menjadi perisainya. Terdapat 1,077 asteroid yang dikenal pasti berpotensi menghentam Bumi. Namun, lazimnya kata Zamri, saintis hanya menyedari kehadiran sesuatu asteroid apabila ia telah melepasi bumi.


"Antara asteroid yang paling hangat diperkatakan kini adalah asteroid Apophis. Ahli astronomi pada mulanya menjangka ia akan melanggar bumi pada tahun 2029 sebelum diubah kepada 2036.


"Asteroid ini dikatakan akan berada kira-kira 30,000 kilometer (dianggap hampir) dari bumi dan boleh mencetuskan bencana yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Bagaimanapun, berdasarkan saiznya, ia dijangka tidak akan memusnahkan bumi sepenuhnya," kata Zamri.



Perlanggaran galaksi



Selain daripada hentaman komet atau asteroid kata Zamri, bumi juga boleh musnah apabila berlakunya perlanggaran antara galaksi. Kejadian pertembungan antara galaksi memang pernah berlaku.

"Jika ia berlaku, seluruh isi galaksi berkenaan akan berlanggar dan tunggang terbalik. Lebih teruk daripada tsunami pun boleh berlaku," katanya.Bagaimanapun Zamri berkata, kalangan saintis juga percaya ada kemungkinan alam semesta ini tidak akan berakhir, sebaliknya terus berkembang pesat. Bahkan, ada yang mendakwa bahawa bukti-bukti lebih terarah kepadanya.


Sementara itu, menurut bekas Ketua Jabatan Geologi, Universiti Malaya, Prof. Madya Datuk Mohamad Ali Hassan, bencana yang dahsyat dan besar boleh berlaku apabila plat-plat bumi bergerak semakin pantas dan mengakibatkan pertembungan sesamanya.


"Plat-plat itu kini bergerak lebih pantas dan bertembung dengan kerap berbanding sifat tabiinya sebelum ini. Sebab itulah kini semakin kerap berlaku gegaran gempa bumi dan kita biasa mendengar tentang tsunami. Malaysia yang tidak terletak di Lingkaran Api Pasifik pun sudah boleh merasai gegarannya. Apa akan terjadi sekiranya plat-plat itu bergerak semakin pantas?" soalnya sambil memberitahu bumi kini berusia 4.5 bilion tahun.





Fenomena alam berangkai

Mohamad Ali menerangkan, plat bumi bergerak semakin pantas ekoran tindakan manusia sendiri seperti pemusnahan hutan, penggondolan bukit, ujian nuklear dan penggerudian dasar laut.

"Suhu bumi yang semakin panas boleh mencairkan bongkah ais di kawasan kutub. Jika ais di Kutub Utara dan Kutub Selatan mencair, ia boleh menyebabkan banjir besar pada dunia," katanya ketika dihubungi.
Mohamad Ali tidak menolak kemungkinan berlakunya kemusnahan alam besar-besaran kerana teori kepupusan haiwan dan tumbuhan purba bagai menunjukkan jawapannya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan berlakunya fenomena alam berangkai yang dinamakan chain reaction sekali gus mencetuskan bencana yang amat dahsyat.

"Gempa bumi boleh menolak air laut ke atas permukaan bumi. Apabila ia berlaku, bumi berusaha untuk menyesuaikan diri dengan keadaan itu lalu menghasilkan 'tindakan-tindakan' melampau. Kejadian hujan batu dan salji turun di benua Afrika adalah antara tanda-tanda yang menunjukkan penyesuaian itu," ujarnya.

Dalam pada itu, NASA baru-baru ini menafikan kewujudan planet Nibiru atau planet X yang dikatakan muncul berhampiran bumi dan bakal melanggarnya pada tahun 2012 berdasarkan teori kaum Mayan.

"Planet ini tidak wujud," kata saintis NASA, Dr. David Morrison yang mendakwa menerima beribu-ribu e-mel berunsur kebimbangan berhubung kiamat yang dikatakan akan berlaku pada 2012.



Terma Kosmofobia



Morrison berpendapat, minat manusia yang semakin berkembang terhadap angkasa lepas telah membawa kepada satu terma iaitu 'kosmofobia'.

"Semakin manusia mengenali angkasa lepas, manusia semakin takut kepada ancaman cakerawala seperti ribut solar, lubang hitam dan Milky Way.

"Ramalan kiamat mungkin boleh meninggalkan kesan yang paling buruk iaitu membuatkan manusia takut terhadap unsur-unsur kosmos iaitu bidang astronomi dan alam semesta," ujarnya.










" Seindah Butterfly " Giveaway Kategory - B



HMMMMM.....xCukup2 Ngan Kategori A..Kategori B pun Nak SebukkAn DIri Gakssss......
hiKhiKhiK..
Contest ni di anjurkan Oleh Cik Puan Butterfly Juga..
tetaPi HadiaH di sponSor oleh Puan CUda dan Mamareen
TQ

...SYARAT2 SAH PENYERTAAN...
•Jadik FOLLOWER blog ni dan blog sponsor - DONE
•Masukkan kami lam BLOGLIST kowang - DONE
•Letak BANNER yg Puan Mai dah tulun buat diatas kat entry dan sidebar blog kowang dan link ke entry ni - DONE
•Buat entry lam blog kowang dgn hanya menggunakan tajuk "Seindah Butterfly" Giveaway Kategori B - DONE
•Upload hanya SEKETUL gambar comey dan cute miut anak kowang xkirelah dlm keadaan ape skali pun tapi 12sx xmau yer Pastu cerite la sket2 pasal ank kowang alang2 tu kan.
- DONE
•Jangan luper letak name & umur so comey yer - DONE
•Anak kowang perlulah berusia diantara 1 HARI - 12 TAHUN (biase org buat 1hari - 4 tahun kan.. tp sy sian kt bebudak cute miut yg dh beso tu..... xpe, masukkan yeh ) - OKE
•Kalau ade 10 org anak, bermakne 10 gambar boley di upload tp setiap gambar mesti ade gambar peserta saje.. mok atau pok nye walaupun cute miut xdibenarkan inteprem - OK
•Makesure si cute miut tu anak kowang dan anak kucing xkan dilayan - MESTI PUNYER
•PERINGATAN!! TLG JGN PHOTOSHOPkan GAMBAR ANAK KOWANG - BAIK PUAN..
•Kowang jugak merelakan gambar si comey kowang diabadikan dlm blog ini nnt - BOLE
•Kowang jugak dipersilakan untuk menerjah blog sponsor dan di entry anda nnt bgtau 3 design baju / ape2 je yg ader lam blog sponsor yg kowang minat. Mane tau powan cuda terharu lalu diberinye ketiga2 itu kepada pemenang
•Tinggalkan link entry kowang lam comment box entry ni - OK
•Sy akan tinggalkan jejak di entry anda, I'Allah..
•Tarikh luput : 06 / 12 / 2009 - SEMPAT AG NAK JOIN.. :-)







NAMA BABY : FAHIMA ZAHRAA BINTI MOHAMAD FADHIL
TARIKH LAHIR  :  10 JULAI 2009
UMUR : 4 BULAN 24 HARI 

Gambar ni sama jer ..sajer letak 3 keping.. ( boleh yer Puan Butterfly  :-) )
Fahima Zahraa dulu waktu dalam pantang amat merisaukan ekin sebab suka nangis Maghrib sampai merah mukanya..macam2 usaha yang kami sekeluarga buat untuk xnak Fahima nangis waktu Maghrib.. Tp,,Alhamdullillah Syukur.. setelah ekin mula bekerja Fahima amat memudahkan ekin..Dah xbyk ragam..dan karenahnya setiap hari amat mencuit hati..
Dan pejam celik pejam Celik Fahima dah nak masuk 5 bulan..Cepat Nyer masa berlalu..Ibu sentiasa doakan agar Fahima sentiasa diberkati Allah S.W.T dan dikurniakan akhlak, kecerdikkan, kesihatan dan kesenangan di Dunia & Akhirat..
Doa Ibu+Bapa sentiasa bersama mu...   

Ekin pilih yg ni ek kalu boley...

  



ConTest BabY SeriuS



Ya Ampun..ada contest lagi ya yg bisa ibuk sertain..hehe..

Contest kali nieh dianjurkan oleh cik Puan Rifqi Zuhairi 
sempena birthdaynyer yang ke 29..
HEPI SWEET MEWETT 29 BESDAY :-)

Syarat2 penyertaan cam biasa adalah seperti berikut...



1 ) Be my follower and add my blog kat korangnye list... - DONE
2) Tepek banner yang dicipta khas untuk contest ni kat sidebar korang… - DONE
3) Buat entry tajuk macam entry yang I buat ni.. - DONE
4) Contest ini terbuka kepada anak korang yang berusia 1 hari hingga la 3 tahun...- DONE
5 ) Ini paling wajib ni!!!Sila tepekkan pic si comel korang dengan wajah yang serius...letak pic yang sangat2 serius je.mesti ada kan.xkan pic masa senyum n sengih je korang simpan..Letak banyak2 pun xpe,nti yg paling serius i akan amik. - DONE
6 ) Pastu letak la nama penuh anak korang ,tarikh lahir n umur diaorang sekarang.- DONE
7 ) Make sure ur entry link back to mine.. - DONE
8 ) Tarikh tutup penyertaan before 31st December 2009 - OKEY
9) Last skali,tinggalkan korangnye penyertaan kat dalam comment box entry ni k..itu jer...senang je.. - DONE

-
-
-
-
-
-
-



suker betul ekin bila ada gak contest utk baby serius ek..sebabnyer Fahima neh susah sgt nak ambik gambar dia tersenyum..Jadi mmg byk gambar yg serius jer muker..sampai terangkat2la kening Fahima neh kalu dia tgh serius jerk..Cam kening Ziana Zain lak tgk..kehkehkeh..

oleh sebab puan penganjur dah ckp satu gambar jer ekin rasa gambar neh ar paling serius dengan mulut mulusnyer gitukk jerk..hikhik..




NAMA BABY  :  FAHIMA ZAHRAA BINTI MOHAMAD FADHIL
TARIKH LAHIR : 10 JULAI 2009
UMUR  :  4 BULAN 23 HARI


Chaiyok..Chaiyok..Fahima...!!!!









IBU HADIF GIVE AWAY 'ANUGERAH TERINDAH'




Wahh..contest lagi yer.. Ekceli contest ni dianjurkan oleh Mrs K-Ibu Hadif sempena genap 2 tahun usia perkahwinan Mr & Mrs K pada 23 Disember nanti..
Selamat menyambut Hari Ulangtahun Perkahwinan yang keDua yer..
Untuk contest nie ekin tingin gak untuk join..memang xdinafikan Anak adalah Anugerah yang paling Terindah dan Bermakna dalam hidup seorang Wanita..Yela,amat excited dan teruja dengan kelahiran Fahima pada 10 Julai 2009,.kalu ada yg nak join contest nie gak leh terjah Blog nieh key..


Jom Tgk Syarat-Syarat Penyertaan ConTest..Cam Biasa mesti :
1. Contest ini terbuka kpd Bloggers sahaja.- OKE
2. Wajib menjadi follower Mrs. K dan add blog ini dalam bloglist anda.-DONE
3. Letak banner seperti di atas kat sidebar anda dan link ke giveaway ini.- DONE
4. Tiada had umur anak. Semua boleh join.- OKE
5. Sila upload sekeping gambar anak pertama/sulong anda berumur 1 hari. Letak 2 keping xper ek..hikhik.. Sila nyatakan nama dan umur anak sekarang. - DONE
6. Anak merupakan Anugerah Terindah dari Yang Maha Esa. Nyatakan perasaan anda apabila pertama kali melihat anak dan apakah harapan anda terhadap anak. Entry yang berjaya menyentuh naluri keibuan para juri akan dipilih sebagai pemenang. eceh... - DONE
7. Tak perlu karangan yang panjang.. ayat pendek, simple but nice & sweet.
8. Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke blog Ibu Hadif. (no link back will be disqualified) - DONE
9. Dah siap semua, sila tinggalkan link entry anda di entry giveaway ini. - DONE
10. Pemenang akan ditentukan oleh Juri Profesional yg dilantik sendiri.



Jadi Untuk Contest Baby Cuties ni ekin pertaruhkan gambar fahima yang nie..
fahima dilahirkan tepat jam 1.11am pagi Jumaat.. 

-
-
-
-







NAMA ANAK : FAHIMA ZAHRAA BINTI MOHAMAD FADHIL
TARIKH LAHIR  : 10 JULAI 2009
UMUR : 4 BULAN 23 HARI


Kelahiran Fahima mmg amat dinanti-nantikan ekin n abang memandangkan kami menunggu hampir setahun sebelum ekin disahkan preggy. Terloncat2 kegembiraan bila dapat tahu ekin dah pregnant. Syukur Alhamdulillah tempoh2 kehamilan dilalui dengan gembira dan penuh sabar..


Sehinggalah tiba satu detik ketika kandungan hampir 9 bulan..Ekin mendapat berjaya mendapat tawaran untuk mengikuti Program DPLI (Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah) untuk intake Julai 2009. Tarikh daftar 2 Julai, dan due date ekin 12 Julai 2009. Tp,mana mungkin ekin pergi dalam keadaan ekin sarat..hanya menunggu detik-detik kelahiran bayi yang dah dikandung selama 10 bulan nie.. Ya Allah, waktu tu fikiran berkecamuk..itula tawaran yg ekin tunggu2 selama ni..Dah puas turun naik ke KPT untuk rayuan memandangkan ekin hanya menunggu hari untuk bersalin..walau dah xlarat nak bawak perut ni..digagahi jugak..Tapi amat hampa lagi bila dapat tahu itu adalah intake yang terakhir..tiada lagi intake untuk DPLI tahun hadapan..Kecewanya..Tekanan yang amat..Penah terfikir, kenapa aku mengandung waktu nie?? Bila difikirkan semula..Alangkah berdosanya Ekin pada kandungan nie..Ntahla ekin sendiri rasa ekin xdapat berfikir dengan rasional waktu itu..Apatah lagi ramai rakan2 seangkatan yang berjaya ke DPLI..


Namun..itu cerita dulu...Dalam menghitung hari bersalin..ekin cuba bertenang dan sentiasa berdoa agar dicekalkan hati..Allah itu Maha Kuasa..Maha Esa..Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya..
Syukur Ya Allah..kelahiran Fahima Lebih membawa seribu satu rahmat..Lebih xternilai harganya..memandang wajah Fahima ketika lahir hilang segala penyesalan dulu..Menelek wajah cumel dan mulus Fahima mengingatkan ekin wajah itu xberdosa dan tidak mengetahui apa2..Tetapi adalah Amanah dari Allah untuk dijaga dan dididik menjadi manusia yang berguna.

HARAPAN ibu+bapa untuk supaya Fahima akan menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan di Akhirat, akan menjadi Kakak dan role model @ icon yang terbaik utk adik-adiknya kelak (InsyaAllah). Dan amatlah besar harapan bapa untuk melihat Fahima menjadi seorang Doktor Pakar Sakit Puan satu hari nanti. Sesungguhnya ibu+bapak yang bertanggungjawab untuk memastikan cita-cita kami tercapai..

Mungkin peluang melanjutkan pelajaran akan datang lagi satu hari nanti..Tp kelahiran anak bukan di tangan ekin..Hanya Allah S.W.T yang dapat menentukannya..KERANA ITULAH ANAK ADALAH ANUGERAH TERINDAH...















Thursday, December 3, 2009

"Seindah Butterfly" Giveaway - Kategory A



kali nie contest untuk ekin ngan abang lak ek..
Contest ni di anjurkan oleh Cik Puan Butterfly.. :-) sempena

2nd Wedding Anniversary pada 15 Disember 2009

Selamat Pulang ke Tanah Air..

&

ditaja oleh EILA

...SYARAT2 SAH PENYERTAAN...


Seperti biasa...

•Jadik FOLLOWER blog ni dan blog sponsor - DONE
•Masukkan kami lam BLOGLIST kowang - DONE
•Letak BANNER yg Puan Mai dah tulun buat diatas kat entry dan sidebar blog kowang dan link ke entry ni - DONE
•Buat entry lam blog kowang dgn hanya menggunakan tajuk "Seindah Butterfly" Giveaway Kategori A - DONE
•Upload hanya SEKETUL gambar kawen kowang yg sgt sweet... - DONE
•Pastu cerite kisah menarik petame kali bertemu ngn hasben/wife kowang ker atau tatkala cinta stat berputik ker, ok! (mane yg lbh menarik) - DONE
•Makesure insan lam gambar adalah hasben/wife anda, ok!! - WOKEH
•Kowang jugak dipersilakan untuk menerjah blog sponsor dan di entry anda nnt bgtau 3 shawl yg kowang minat. Mane tau powan eila terharu lalu diberinye ketiga2 itu kepada pemenang
•Tinggalkan link entry kowang lam comment box entry ni.. - DONE
•Sy akan tinggalkan jejak di entry anda, I'Allah..
•Tarikh luput : 06 / 12 / 2009

-
-
-
-
-
-

ekin pertaruhkan gambar nih..Layan jerla ek...


Pertama kali pertemuan ekin & abang adalah di majlis kenduri Tahlil seorg kawan ekin..pada masa sama kawan abang jugak..Lucu jugak memikirkan waktu tu ekin menaiki motosikal dgn sorang kawan ekin..dalam keadaan hujan + pakai baju hujan + motorsikal brek x makan ( brek xleh control) ..dapat bayangkan situasi ekin cmna waktu tuh? Motorsikal ekin hampir terbalik dek xleh brek.. Dan ekin brek motor betul2 di depan pintu masuk rumah kawan..sikit lagi mmg terbabas dalam rumah terus.. Al maklum,waktu tu hujan ekin xnampak pun dalam rumah ramai org..sebab waktu kami sampai dah lewat petang..Jadi tetamu dah ramai yg balik.. Lepas tongkatkan motor,siap leh touch up bedak lu sebelum masuk rumah.. Bila jer masuk rumah..Ya Allah..malunyer muka..ramai lagi dalam rumah tuh..semua lelaki lak tuh..dekat 10 org..dan semua dok pandang ekin+member..Aduii..Dah merah muka nih..Salah sorang nyer la Abang..hikhikhik..Abang ckp Mula tgk ekin..dia kata LOQLAQ betui budak neh.. ( Bahasa Orang Penang )
xperlah..LoqLaq2 pun akhirnya kami sah diijabkabulkan pada 20 Oktober 2007.
Moga Jodoh Berkekalan Dunia & Akhirat. AMIN


Vogue Pregnant Mummy Give Away



Nampaknyer..makin menjadi-jadi ekin dok terjah contest nieh..
Kali ni Puan Notti Netti yang anjurkan sempena Wedding Anniversary tuan empunya Blog nie yang ke 5 pada 18 Nov yang lalu.. Sempat ag nak join..besok closed datenyer..hikhik..
Heppy Annversary Dan Selamat Menyambut Org Baru..

Syarat-Syarat wajibs contest ialah :-
1. Must be my follower and add my blog at ur blog list (it a must eh)-Done
2. Tepek banner peruts I yang chomels itew di side bar uols (supaya menjadi tatapan dan rangsangan untuk uols mengandung lagi cam I)-Done
3. Buat entry tajuk macam entry yang I buat nie (Ayat mummy Ayu...aku tak paham) - Done
4. Ini paling penting!!!! Sila tepekkan gambo anda ngandung yang paling VOGEEE THE VASSS (satu jerkkkkk ye kalau uols ada 3 or empat orang anak, just pilih satu gambar ngandung u yang paling cun yer.......jangan lebey2 daripada gambar I hehehehhe - (tipu jerkkkk- lagi vogue lagi I sukak) - Done
5. Bagi taulah details about ur gambo tu, jangan harap I leh telek kat tok bomoh lakss.....exp, nama penuh, berapa bulan ngandung time gambo diambil (jangan letak belon dalam baju udah), ceritalah sikit kalo dah bersalin-anak apa dll lah...jangan risau...I suka baca cerita uolsssss tanpa jemu.... - DONE
6. Make sure gambar tu bukan dalam lingkungan 7 thn sebelum diambil yer (Tak wajib sangat gambar baru - kang uols terpaksa ngandung lak just nak masuk contest nie) - OKE
7. Make sure ur entry link back to mine.
8. Tarikh tutup penyertaan before 4 Dec 09 sebab past tu I nak gie beranak. (Kang ada yang sambil meneran, sambil update contest nie....) - OKE
9. Last sekali sila tinggalkan ur penyertaan kat dalam comment box entry nie. - DONE
10. Paling last sekali......selamat menchoba and semoga berjaya....Idup Ibu ngandung!!!! :))))


Untuk itu,,ekin pertaruhkan gambar nieh...
-
-
-
-
-
-
-




NAMA : SITI NOORASIKIN BT ABDUL HAMID
8 MONTH ++ PREGGY
TARIKH BERSALIN : 10 JULAI 2009
BABY : FAHIMA ZAHRAA BINTI MOHAMAD FADHIL
WEIGHT : 3.45 KG (NORMAL)

** HARAP DITERIMA YERK PENYERTAAN INIH..TQ

 






Wednesday, December 2, 2009

Corat Coret..Coret Coret..


Still dalam mood raya ker ek..Hmm Raya Haji kali ni..mcm biasa balik ke kampung di Bukit Mertajam..xder cuti..jadi cuma cuti hari Jumaat,Sabtu dan Ahad..hari Khamis malam baru bergerak balik ke kampung..Aduss kuar jer tol Rawang..kete dah berderet bagai...huhhh..kul bper la baru nak sampai kampung kalu gitu..dah sah2 kul 3am baru sampai kampung..bertolak pukul 8.30pm..

Pagi raya pertama, Abang di rumah ibunya..dan ekin di rumah mak ekin..ngeee...pagi raya xberaya bersama..tp atas persetujuan bersama tau..maklum rumah kitaorg dekat jer dalam 15 minit...so,kalu my husband nak beraya ngan family dia di pagi raya..of course ekin pun tingin beraya ngan family ekin..selepas kahwin setiap kali raya mesti di rumah husband jer oke..so,kali ni decide kita separate jap.tghari abang dtg amik ekin ke rumah mak dia lak.. gitu jer raya kitaorg nie..mmg setiap kali balik kampung kene bahagi sama rata.. ekekeke... :-) Hari Ahad dah bertolak balik ke Rawang..huhuhu..

Nak dijadikan cita..Hari isnin baru ni ayahanda ekin lak dtg Rawang sbb temankan sepupu ekin..yg anak nyer -Adnin akan menjalani operation jantung berlubang di IJN..So,,mmg simpati pada cousin nie Adnin disahkan jantung berlubang sejak lahir..sempat pegi ziarah semalam..dengan wayar penuh di badan..muka letih jer..mcm xselesa..sebak ekin rasa..kalau la ekin ditempat cousin..dan anak ekin dalam keadaan begitu rupa..xdapat ekin bayangkan..Anak Anugerah yang begitu berharga..xsanggup tgk..Sedangkan Fahima walaupun demam atau batuk sedikit..resah gelisah memikirkan keadaannya..apatah lagi penyakit yang kronik..sebagai seorg ibu jgk..ekin amat memahami kondusi my cousin..Harap Kak Siti Nor redha dan bersabar dgn Ujian Daripada Allah S.W.T.. Allah S.W.T tidak akan menduga hambaNya melainkan setanding dengan keupayaan dan kesanggupan hambanya.. Kita sebagai hamba hanya mampu berdoa dan bertawakal dengan ketentuan dari Nya..  


Thursday, November 26, 2009

I'M YOURS

CONTEST..CONTEST..CONTEST...





Hik..Hik..ekceli,. Baru nak berjinak-jinak ngan contest di alam blogger..dan baru berkenalan dgn empunya tuan blog nie Lyafrina yang buat contest ni sempena Hari Ulangtahun Perkahwinannya yang ke 3 dan Hari Lahir Suaminya yang ke 25..Happy Anniversary..Moga tabah Menghadapi Ujian dariNya..Sebagai hamba yang amat kerdil..kita hanya mampu berusaha dan redha dengan dugaanNya.. 

Syarat-Syarat penyertaan:

1. Just be my Follower (http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/) & add my link at your sidebar..


2.Haruslah Add Banner diats di sidebar & di Link-kn dgn http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/2009/10/contest-im-yours.html


3.Buatkan satu entry bertajuk " Im Yours"


4.Just upload


a) Pic anda+suami (gmbar y paling romantik bg anda),-Done


b) pic di hari p'kahwinan anda(pic y unik)-Done


c)Pic suami anda (Pic b'sahaja, melucukan.dll)(UP TO U nak pilih kategori a @ b @ c...@ ksemua ktegori.. )-Done


5. Last, ceritakan serba sedikit perihal anda & suami anda/suami anda.. X perlu pnjang2... Just simple2 jer.-Done

(cth: pgorbanan suami y xdpt anda lupakan, peristiwa romantik y xdpt dlupakn, k'istimewaan , kali ptama dilamar/mluahkan cinta dll)
~~ape2 sjer y tlintas dhati anda~~


6. Dah siap...just tgalkan link n3 anda di ruangan komen..-Done


7. Tarikh pyertaan diterima 18.10.2009 - 26.11.2009 (4.45ptg)-Done

 

-HADIAH MISTERI MENANTI ANDA-


( Hadiahnya dah di dalam fikiran...dirancang... Tp SURPRISEeeeeee)
- JURI YANG DIPILIH BUKAN DI KALANGAN BLOGGER, X TLIBAT DGN DUNIA BLOGGER...BARU ADIL KAN...-

Picture yang ekin pertandingkan untuk contest nie ialah...

a) Picture suami+ekin di hari perkahwinan



ngeee..gambar nie nampak cam biasa tp sebab gambar nie la ekin selalu kene gelak..kat 'part' mana harap faham la yerk...Abg ckp gmbar ni dia paling suker..hiiiiii.....

b) Picture Unik di hari perkahwinan


gambar nie ekin rasa unik gak sebab abang selamber jer ek,xpandang ekin pun..boleh plak bersembang ngan pengapit dia jerk time nih..padahal dia yg panggil ekin time tuh.. eiiiii...

c) gambar bersahaja suami anda+melucukan..


disebabkan abang ni xtersangatla suka mengambik gambar..tgkler muka yg seposen kat belakang tuh..kita jer yg beria2 ek..


ini satu lagi gambar abang yg rasa xpatut betul..di koreknya idung Micheal Jackson tu apsal rrr???..waktu ni abang g company trip di Hong Kong..Mendiang Micheal masih ada time nie..

Kesimpulannya  :

Suami ekin ni bukan seorang yang romantik pun..dan xpandai nak beromantik2..
tp yang pastinya dia amat caring..dan suka buat lawak jer jugak..
cam contoh baru2 ni kami sekeluarga diserang sakit mata..abng yg xhenti2 letak ubat kat mata ekin nih..mata dia,dia letak sendirik..hikhikhik..
Apa yg pasti..Ekin tahu abang sanggup buat apa jer demi orang2 yang dia sayangi..


Thanks Lyafrina anjur contest nih....Harap diterima yerk..

Monday, November 23, 2009

Fahima Bawak balik Virusss...

haa..dah sah..kitaorg tiga beranak dah diserang sakit mata..awalnya petang jumaat aritu,masa bawak balik fahima dari nursery ekin xperasan lagi apa2 yg pelik ngan fahima..Bila hari Sabtu..nampak mata fahima berair jer..taik mata pun banyak semacam jer..ekin dah risauler..dalam hati dah agak agak dah sah2 fahima sakit mata..hmm..virus dari nursery la nih...


Hari Ahad..ekin  &  abang pun bawak fahima g klinik amik ubat..dan ekin pun dah rasa mata nie semacam jer..mata abang plak dah berair..dan pada hari ini,Isnin..dah sahler ekin+ abang pun dah terkena virus Fahima neh.. ngeeeeeeeee.......
kene kuarantin sekeluarga nih....:-)


aaa..jgn pandang lelama..kang terjangkit lak..hikhikhik...





Wednesday, November 18, 2009

Pengorbanan Seorang Ibu

Seseorang berkisah tentang pengorbanan ibunya. Aku lahir di dalam keluarga miskin yang seringkali kekurangan makanan. Ibu mengetahui bahwa aku belum kenyang, sehingga ia memindahkan nasinya ke piringku sembari berkata, “Ini untukmu Nak, Ibu tidak lapar.” Padahal aku tahu persis bahwa ibu belum makan, ibu pasti lapar.


Agar aku mendapatkan makanan bergizi, ibu sering pergi memancing. Sepulangnya dari memancing, ia memasak sup ikan yang lezat dan memberikannya kepadaku. Aku memakannya dengan lahap, tetapi aku memperhatikan bahwa ibu mengambil tulang ikan bekas aku makan dan mulai memakan daging ikan yang masih tersisa di tulang tersebut. Aku sedih melihat ibu. Kemudian dengan sumpitku aku memberikan daging ikan kepadanya, tetapi ia berkata, “Buat kamu saja Nak, Ibu tidak suka ikan.” Ibu berkata begitu meskipun aku tahu bahwa ibu suka ikan.


Ketika aku masuk SMP, biaya yang kuperlukan semakin banyak. Untuk mendapatkan uang tambahan, ibu bekerja menempel kotak korek api. Walau sudah larut malam, aku masih melihat ibu menempel kotak korek api dengan penerangan lilin yang kecil. “Ibu tidak mengantuk? tanyaku. “Tidurlah Nak, Ibu belum mengantuk, “jawabnya. Padahal aku melihat matanya sudah hampir terpejam karena mengantuk.


Ketika aku menjalani ujian, ibu cuti dari pekerjaan untuk menemaniku pergi ujian. Walau terik matahari terasa menyengat, ibu tetap menungguku di luar. Selesai ujian, ibu memberiku teh manis. Karena aku melihat ibu kepanasan dan pasti haus, maka aku memberikan gelas berisi teh kepada ibu, tetapi ia berkata, “Minumlah Nak, Ibu tidak haus.”


Singkat cerita, setelah lulus S1, aku melanjutkan ke S2 dan bekerja di sebuah perusahaan di Amerika. Gajiku cukup besar, sehingga aku bermaksud mengajak ibu tinggal bersamaku dan menikmati hidup di Amerika. Tetapi ibu berkata, “Aku tidak terbiasa hidup di sana.” Aku tahu ibu mengatakan itu karena tidak mau merepotkanku.


Di usianya yang sudah tua, ibu terkena kanker lambung dan penyakit itu membuatnya tersiksa. Aku pulang dan melihat ibu terbaring lemah menahan sakit. Ia memandangku dengan tatapan rindu. Aku menangis melihat penderitaan ibu, tapi ia berkata, “Jangan menangis, Nak, Ibu tidak merasa sakit.” Itu adalah ucapan terakhir ibu sebelum ia menutup matanya dan kembali ke pangkuan Tuhan.


Kisah di atas adalah gambaran kasih dan pengorbanan seorang ibu. Sebagai anak, kasihi, hormati dan balaslah budi baik ibu kita, karena ini adalah kehendak Tuhan. Renungkanlah sejenak apa yang sudah Anda lakukan bagi ibu yang sudah melahirkan dan membesarkan Anda. Jika saat ini Anda sedang mengalami keretakan hubungan dengan ibu Anda, adakan pemberesan sehingga berkat-berkat Tuhan tidak terhambat.

Monday, November 16, 2009

Finally..BOOKED!!!

yeaaa..dah booking tiket ke Kota Kinabalu on 13 Okt-16 Okt 2010..
Oktober taun depan lew..sob..sob..lambat ag..tp xper..
at least leh simpan duit dalam tabung ag..hikhikhik..
dah lama tingin nak g sabah..Finally..
Moga2 dipermudahkan segalanya n dimurahkan rezeki nanti.(leh soping sakan skit) :-) dan leh bawak fahima jalan2 naik belon..

Wednesday, November 11, 2009

Air Asia Free Seat!!!

heeee...dgr cam best jerk...
nak g jejalan gakler..harap2 sempat ag booking tiket..
tp tahun depan la..Mudah2an dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki untuk dapat cuti2 Malaysia.Niat di hati nak bawak ibuanda+Ayahanda ke Sabah..Tp lom gtau diaorg..Surprise...;-)

Monday, November 9, 2009

Bakkk Chaakkkk...

Last weekend.barula ekin dapat dok umah ngan fahima..xpegi mana2pun pun weekend nih..
sonot sgt dapat main2 ngan fahima.,,yela..selalunyer sabtu ahad mesti kuar..
minggu ni aru dapat main puas2 ngan fahima..

hmmm..

aper benda  nih ar...


dah pandai baca ker...hikhik..


aik..dah tutup buku??


Tengok tv lak...





Dah letih suda...nak tidoorr...


Tidor yer..barula ibu leh buat kejer...

Friday, November 6, 2009

SESUDAH ASAR....

Artikel ini adalah untuk renungan dan peringatan terhadap diri ekin sendiri..

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar . Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran tau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.





TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita s epanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya c uma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.




TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.






TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi K anan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.




TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.




TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak forward this buletin...may ALLAH SWT bless you.




Saling berpesan2lah sesama kita.....


Bulan Dan Bintang Di Pagar Pelangi

Wednesday, September 30, 2009








Maha Suci Allah saja yg mengetahui segala apa yg tersirat maupun tersurat. Tak dapat kita sebagai hambaNYA yg kerdil lagi hina nak mentafsir semua yg DIA tunjukkan. Sebaliknya kita wajib mengagungkan kebesaran dan keesaanNYA tanpa mempersoalkan sikit pun apa saja yg DIA jadikan.


Meh K.Nor cerita dari awal ya.. duk diam2 dan baca betul2.. semua ni bukan rekaan mana2 penerbit. Semuanya benar, sikit pun tak direka oleh penerbit atau pun pengarah :) dan tak ada kena mengena dgn yg masih hidup maupun yg dah arwah..

Lebih kurang pukul 10.15 mlm sister sulong K.Nor call no rumah dan cik abg K.Nor yg angkat sbb K.Nor dah masuk bilik nak beradu.. Sister K.Nor kata cuba turun bawah (kawasan parking) dan lihat bulan yg agak pelik. Seperti bulan di kelilingi pelangi. Mulanya K.Nor males dah nak turun( dlm hati kata, takkan la malam2 buta ada pelangi), dah siap nak naik atas katil pun (syyhhh.. jgn pikir benda lain ya.. ) tp bila pikirkan mungkin lain kali dah tak berpeluang nak tengok, lebih baik turun. So lepas tukar pakaian yg lebih sesuai, K.Nor turun ler. Cik Abg dah turun dah, dgn gadget dia tp dia naik balik sbb kena amik tongkat utk gadget dia tu.. Kalau tak pakai tongkat gambar jd blurr.

Bila turun, tengok2 sister dan anak2 dia dan 2 org anak jiran turut ada sama. Bila K.Nor mendongak ke langit.. Subhanallah... takjubnya rasa. Tengok la gambar2 ni.. Nampak tak bulan yg di kelilingi bulatan cahaya yg menyerupai pelangi. Di tepi bulan tu terdapat sebutir bintang yg amat terang. Mula2 mmg jelas/sharp sgt cahaya pelangi tu. Masa tu cik abg duk atas rumah, duk cari tripod utk kamera dia. Terkedu dan kelu bila melihat, bulan di langit dgn cahaya pelangi mengelilinginya dan sebutir bintang yg bersinar terang. Mulut tak henti mengucapkan Subahanallah... Dan dalam hati terdetik, apa yg Allah nak tunjuk di sebalik semua ni.. K.Nor call adik ipar di KL, dia pun nampak gak tp tak nampak cahaya pelangi tu. Cuma nampak cahaya bulat terang jer mengelilingi bulan.







 Makin lama, cahaya pelangi makin pudar/blurr tp sempat Cik Abg snap 4 - 5 keping gambar. Ternampak awan berada di dalam bulatan pelangi tu tp tak jelas bentuknya. Bulatan pelangi tu pun nampak cam makin membesar/makin luas dan dah tak sharp lagi kaler dia. Memang jelas bentuk kaler pelangi tu, dgn kaler merah duk lingkaran sebelah dalam, kuning di tengah2 sket dan hijau kebiruan menghala keluar dr lingkaran. Subhanallah...

Kemudian makin ramai anak2 jiran turun dan ada dua tiga org jiran yg dewasa pun turun. Bila K.Nor tengok balik gambar yg Cik Abg shoot, terkejut rasanya sbb awan tu membentuk kalimah Allah yg tak la sharp/jelas sgt. Bila suami dan Aisyah tengok dia org pun kata mmg betul cam kalimah Allah. K.Nor panggil sister K.Nor dan yg lain2 utk tengok sama, mmg dia org pun kata cam kalimah Allah. SUBHANALLAH.... SUBHANALLAH... SUBHANALLAH...

Ni kali ke 3 K.Nor diberi kesempatan oleh Allah utk melihat sendiri kebesaran NYA. Dulu dgn biji buah peach dan akar kayu yg juga tertera kalimah Allah. Nanti la sedikit masa lagi K.Nor akan tunjukkan, insyaallah... Ni semua betul tau, K.Nor pernah post kat forum MyR dan gambar2 tu sikit pun tak K.Nor edit. Dan biji buah peach tu masih dlm simpanan K.Nor.







Sama2 la kita merenung apa yg terjadi ni ya.. Kalau Allah kata kun.. fayakun.... Semoga kita semua amik iktibar dr apa yg terjadi malam ni ya.. Dan semoga Allah melindungi kita semua dari segala bala bencana dan mala petaka.. amiiin......


utk melihat gambar yg lebih besar dan jelas sila tengok kat sini
Ni adalah gambar yg diambil oleh sahabat foto Cik Abg K.Nor, Azizi Embong di lokasi berlainan iaitu di Kg. Padang Midin. Dah mintak izin tuan gambar ni nak letak gambar kat sini utk tatapan kita bersama.. Nampak gak kan kalimah Allah di bahagian atas bulan tu.

Thursday, November 5, 2009

Fahima 4 Bulan daaa..

aik...pejam celik..pejam celik..dah 4 bulan anak ibu..cam xcayer jer.. Fahima kuat menyusu skrg nih..akak kat nursery pun ckp gitu..perluker ibu bagi fahima makanan tambahan sekarang ek..ibu xpasti la..apapun next week checkup fahima kat klinik,ibu akan tanya nurse..bout this matter..


Bagi ekin normal jer baby akan cepat lapar..tgh nak membesar la katakan..majoriti kengkawan ekin pun dah kasi anak diaorg makan since 4 bulan..tp bapak xkasi bagi lagi..katanyer tunggu bila g checkup nexweek lu..tp kan bapak..hmm..sian Fahima kalu betul2 lapar..:-(


Buat permulaan mungkin nestum tu dicampurkan dengan susu..yela..fahima kecik lagi..bukan ibu nak bagi fahima makan nestum semata2.. hmm..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails