Monday, April 26, 2010

Keletah Fahima...

Fahima anak ibu sekarang dah 9 bulan lebey...Hhmmm...Di usia 9 bulan neh Fahima da mula pandai ajuk apa yg org buat..dah pandai kenyit mata bila sebut EYE..dah buat mulut bila sebut MOUTH..dan buat hidung kemut bila sebut NOSE...Baru tiga perkataan ajar dia..slow2 key sambil gunakan Flash Card utk ajar dia..Dan kalu berzikir Fahima pun dok angguk2 kepala dia.. :-)

Cepat tul anak ibu ni membesar..Alhamdulillah..Setiap perkembangan Fahima berlaku di depan mata ibu..Ibu xnak terlepas pandang walau sikit pun perkembangan anak ibu..

Baru2 neh Fahima demam agak lama gak dekat 3 minggu..Demamnya kejap kebah kejap demam balik..Suhu jap 38,jap turun..malam naik,siang turun..Huhhh..mmg mendebarkan jer..3 Kali rotate amik ubat kat klinik..Fahima batuk kahak..sampaikan bila tidur pun berbunyik..Dan doc suh Fahima sedut gas..apalagi menangis2 Fahima..2x kene sedut gas..Fahima dah ok sikit..

Tambah lagi Hubby xda dirumah sebab outstation..Huhu..rasa takut sangat apa2 jadi kat Fahima..Yela..sesorg ja dengan Fahima...




 
 Suker tul Fahima naik Keta Muzik nieh..Xnak turun lak..



Tag dari Maslina...

En3 nieh nak jawab tag dari member ku maslina...weh sorry la lambat..aku terus shut down PC kalu internet lembap..malas tunggu..;-P  Pe pun aku jawab gak Tag dari ang neh k.. 

1) Adakah anda rasa hot?
Aku ni xpenah rasa hot dan xhot pun...Tapi aku akan rasa hot kalu org buat aku jadi hot..dan aku juga akan rasa hot kalu xdak elektrik..hehe..(menjawab soklan ker aku neh)

2) Upload wallpaper laptop yang anda gunakan sekarang?


3) Cerita pasal gambar ni?
Gambar wajah2 kesayangan amber...:-)

4) Kali terakhir makan pizza?
xingatlaaa...da lama la xmakan...

5) Lagu terakhir anda dengar?
Taubat Seorang Hamba...Aku suka layan nasyid jer...rasa tenang..lagu lain kurang la...

6) Apa yang anda buat selain menyelesaikan Tag ni?
Dok belek Facebook dan search you tube..kehkeh..anak dah tidoq baru leh ndagap PC..

7) Selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa?
Nama sendirik jer aku dipanggil..org paggil aku Shikin..Ekin..Kin...xdak da yg lain...

8) Tag lagi 5 orang.
- Sesaper yag rajin leh wat tag neh ek..hehe...






Blueberry Muffin...


Sesaja jer suker2 wat Bluberry muffin untuk makan2...Xsangka lak dapat order.. Mekacih yer K Ani & Kak Ami yg order muffin ngan Ekin..Baru dok cuba2 wat muffin neh...Xtahula menjadi betul atau tak...hikhik..

Yang ini Order dari K Ami..Mini Blueberry Muffin -  100pcs..
                                            
                  Yang ini order dari K Ani - 45 pcs Blueberry Muffin







Friday, April 16, 2010

1 Minggu yang bigi bangat..

Minggu ni actually byk program kat sekolah..hari Rabu adalah Hari Sukan Sekolah (pelik kan Hari Sukan pada hari bekerja) Tapi nak wat guane keputusan para pentadbir...:-)

Tapi nak dijadikan cerita hujan+ribut selebat-lebatnya pada hari kejadian..bayangkan padang sekolah hampir semua dinaiki air separas betis..huhhhh..habis bertempiaran lari budak2..cekgu pun sama ler..perbarisan dalam hujan tetap diteruskan...Mmg ada gak yg suka ek dok main air hujan..huhh..mencabar sungguh..dahle hari Khamis tetap sekolah tau..Xder cuti peristiwa..( Di kala ini..aku sendirik pun dah kena flu+fever)

Duty untuk bahagian makanan(rumah Sukan) dan Sekolah(pengurusan penerima hadiah)

Hampir kul 10,Sukan diumumkan batal..sebab hujan n padang yg banjir..apalagi ramai gak budak2 yang lari balik...Tapi tetiba diumumkan semula Sukan diteruskan..bila hari semakin panas..Mujur gakla masih ada pelajar yang xbalik..Yela..skrg dah bulan april bila lagi nak buat sukan..

Dan akhirnya berjaya gak sukan diteruskan sampaike penghujungnya..Keputusannya rumah lain yang menang..Rumah aku(Hang Tuah) dapat last weh...kihkih..

Hari Sabtu lak ada Hari Penyampaian Anugerah Cemerlang untuk tahun lepas..So,xleh nak cita lagi sebab sok baru hari kejadian...hehe..

So...Layan foto-foto ini jerkkkkk..........





nie la rupa padang sekolah pada hari kejadian...


Friday, April 9, 2010

Ujian SPA...

This saturday..ada lagi satu ujian SPA...hmmmm..ini dah masuk 3 kali Ujian SPA..
Tp mmgla soalannya susah...Lagi satu kadang2 xcukup masa nak jawab..

Xtahula..aku jer ke yang xleh jawab..heheheh..Tp mmg majoriti nyer mmg akan kata perkara yang sama..

Yela..Ujian ni untuk jawatan N41..dan lalu lulus baru leh masuk PAC..pastu ada interview lagi..banyak step lagi untuk ke jawatan N41...

Tp..masalahnya..ujian petama pun dah susah nak lepas..cmner nak sampai ke step terakhir??????



Tuesday, March 30, 2010

Tag Dari Umi Dania..

En3 kali ni nak jawab Tag dari Umi Dania...

SIAPAKAH ANDA DIRUMAH?
Seorang ibu kpd Fahima Zahraa yang manja sgt dan isteri kepada Mohamad Fadhil yang amat sporting...;-)

SIAPAKAH DIRI ANDA DISAMPING RAKAN?
Seorang yang mudah mesra..xkisah sapa jer..suka berkongsi masalah ngan rakan dan akan cuba untuk membantu mengikut kemampuan diri..anything..can share with me...Peace...;-)

5 BENDA YANG ANDA IDAMKAN TAPI MASIH BELUM TERCAPAI?
1) Nak melakukan sesuatu perubahan besar pada diri..Lebih mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa..Insya'Allah satu hari nanti...Mudah cakap..lebih ke arah keagamaan.. Sesuatu yang mudah untuk berkata-kata tetapi amat sukar nak laksanakan..

2) Nak bawak mak+ayah g jalan2 (InsyaAllah bakal terlaksana nanti)

3) Inginkan keluarga yang bahagia+anak2 lagi 2,3 orang..kihkihkih...anak2 yang bijak,soleh dan solehah..Doaku setiap hari..

4) Nak beli kereta sendirik...

5) Nak pekerjaan tetap..Dalam line yang diceburi sekarang..Akan cuba untuk terus bertahan dalam bidang yang diceburi sekarang...:-)


SIAPAKAH NAMA PASANGAN ANDA?
Mohamad fadhil Bin Salleh

CERITAKAN 5 PERKARA YANG PALING ANDA SUKA TENTANG PASANGAN
ANDA?
1) Terlalu Baik..amat caring..

2) Amat menghormati ibunya(Jadi suami juga amat menghormati seorg wanita)

3) Xsuka keluar rumah..Jadi banyak habiskan masa kat rumah jer..tgk robot..:-)

4) Selalu mengingatkan ekin kalu ada terbuat salah..

5) Suka mengemas rumah+ekin xyah kemas dah...:-)


BILA TARIKH COUPLE
uhhh...ingat2 lupa dahh ni..(teruk tul..)kalu xsalah Januari 2004

KENANGAN PAHIT ANDA BERSAMA RAKAN ANDA
Yang mana satu ek..Bila time dulu mmg dirasa pahit..Tp skrg bila dikenangkan adalah kenangan manis..
Rasanya bila ada sesetengah rakan yang bila kesusahan mencari..Tp kadang kala lupa bila senang... (Tapi xsemua)


LAGU TEMA CINTA ANDA
xingat la tajuknya..banyak sangat..Tapi rasanya DEALOVA kot...

APA PERUBAHAN YANG ANDA INGIN LIHAT PADA PASANGAN ANDA
Kurangkan menonton rancangan Kartun di hujung minggu..hahahahaah...(kalu beli robot xleh nak kata apa dah..)- Harap- encik suami baca tag ni ek..


TAG kpd 4 RAKAN LAIN

Nisa Hamid
Ana Nisa'
Maslina Mansor-life
sue

Saturday, March 27, 2010

Aku Hamba Yang Hina..

Ya Rabbi..

Mengapa kadang kala aku jadi lupa padaMu..Mengapa kadang kala aku jadi lalai pada perintahMu..Mengapa kadang kala aku jadi alpa pada kurniaanMu...

Sedangkan ku tahu..semuanya hanyalah pinjaman sementara dariMu..

Hinanya aku..kerdilnya aku di sisiMu..ya Rabbi...Sesungguhnya..Engkaula yang Maha Memberi dan Maha Pengasih...

Ku bersyukur dengan hidayahMu..Ku bersyukur dengan Nikmatmu...AMIN...

Allah Sedang Mengujiku..Ku Pasrah dengan KetentuanMu..Ya Rabbi..

Sabar dengan ujian.

Abdul Kadir bin Abdul Aziz bertanya kepada Imam As Syafiee r.a. “manakah yang lebih utama : sabar atau diuji atau diberi keteguhan hati?” Jawabnya, “ Diberi keteguhan hati adalah darjat nabi-nabi. Dan tidak ada keteguhan itu melainkan sesudah diuji. Apabila sudah bersabar maka teguhlah hati. Tidaklah engkau lihat bahawa Allah Taala menguji Nabi Ibrahim a.s. kemudian Ia memberikannya ketetapan hati dan menganugerahinya kerajaan, maka ketetapan hati itu adalah darjat yang paling utama.”

Syeikh Mustafa Sabri iaitu ulamak sewaktu pemerintahan Othmaniah berkata:

“Barang siapa yang berasa aman dari cubaan Allah nescaya akan hina.”

Maryah Jameelah seorang islam yang dahulunya seorang wanita kafir Yahudi berkata:

“Menurut ajaran Islam hidup ini bukalah satu perjalanan yang penuh kesenangan akan tetapi ia adalah satu peperiksaan. Setiap minit kita diuji dan apa sahaja penderitaan dan bala yang menimpa kita bukanlah bencana yang mutlak akan tetapi hanya salah satu dari ujian tersebut. Allah SWT tidak menjadikan kita untuk bergembira dan bersuka ria akan tetapi untuk melihat kita sama ada berjaya atau gagal dalam peperiksaan ini yang mana keputusannya tidak kita ketahui hinggalah ke hari akhirat”.

Rasulullah pernah bersabda:

“Apabila Allah kasihkan seseorang, Allah mengenakan dengan suatu cubaan sehingga Allah mendengar rengekan permintaan yang bersungguh-sungguh.”

(Dari Masnad Firdaus oleh Dailami)

Berkata Abul Asy’ats ash Shan’aani r.a. bahawa Nabi saw bersabda:

Allah telah berfirman:

“Apabila Aku menguji salah seorang dari hamba-hamba Ku yang mukmin, lalu ia memuji Ku atas apa yang telah Aku ujinya, nescaya Aku akan perintahkan kepada Malaikat Ku agar ‘Kamu catatkan pahala-pahala dari amalannya, seperti yang biasa kamu catatkan sebelum ini’”.

(Riwayat Ahmad, Hakim dan Abu Nu’aim)

Berhubung ujian Allah, hayatilah firman Allah dalam surah-surah berikut bermula dengan surah Al Ankabut: 2-3:

2- Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

3- Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.

Al Baqarah: 155- Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.

Al Kahfi: 7- Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.

Al Kahfi: 31- Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami) dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.

Hud: 7- Dan Dialah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa, sedang ArasyNya berada di atas air. Dia menjadikan semuanya itu untuk menguji kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan demi sesungguhnya! ...

Al An’aam: 165- Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Perlulah diingat juga bahawa bukan semua ujian itu adalah pahit, getir dan memberatkan malahan Tuhan juga menguji hambanya dengan kemewahan dan kemuliaan serta kekuasaan dan sebenarnya ujian berbentuk ini adalah lebih berat sebagaimana Firman Allah:

Al Fajr: 15- (Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (dia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: Tuhanku telah memuliakan daku!

Al Fajr:16- Dan sebaliknya apabila dia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (dia tidak bersabar bahkan dia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: Tuhanku telah menghinakan daku!

Al Anbiyaa’: 35- Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.

Allah berfirman lagi di dalam surah Al Baqarah: 214.

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).

Ingatlah bahawa apabila seseorang tidak suka mendekatkan diri kepada Allah, maka akan diseret supaya ingat kepada Allah dengan musibah.

Dalam banyak hal, setiap ujian adalah juga merupakan bala / musibah sebagaimana yang dinyatakan Allah dalam surah Al Baqarah: 49.

Ertinya: Dan (kenangkanlah) ketika Kami selamatkan kamu dari Firaun dan orang-orangnya, yang sentiasa menyeksa kamu dengan seksa yang seburuk-buruknya; mereka menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu; sedang kejadian yang demikian itu mengandungi bala bencana dan cubaan yang besar dari Tuhan kamu.

Bala bencana / musibah yang menimpa manusia pula adalah tidak lain tidak bukan berpunca dari kesilapan kita sebagaimana yang dinyatakan Allah dalam surah An Nisaak:111.

Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu dosa maka sesungguhnya ia hanya mengerjakannya untuk (menjadi bala bencana yang) menimpa dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Dan seperti yang Allah nyatakan di dalam surah Thaahaa: 124,

Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta.

Dan seperti di dalam surah Al An’fal: 25

Ertinya: Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum) dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.

Dan Allah menekankan lagi betapa setiap kesalahan di dunia akan di balas setimpal dengannya sebagaimana firman Allah swt berikut dalam surah Ghafir: 40-:

Ertinya: Sesiapa yang mengerjakan sesuatu perbuatan jahat maka dia tidak dibalas melainkan dengan kejahatan yang sebanding dengannya dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh dari lelaki atau perempuan sedang dia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga; mereka beroleh rezeki di dalam Syurga itu dengan tidak dihitung.

Dan surah Yunus: 27: Ertinya:

“Dan untuk orang-orang yang melakukan kejahatan (syirik dan maksiat), balasan tiap-tiap satu kejahatan mereka ialah kejahatan yang sebanding / setimpal dengannya serta akan ditimpakan kehinaan; ........”



Nikmat Hidup di Syurga...

Di mana kah kita nanti?????


Setelah Allah SWT menerangkan perbuatan para pendusta, berikutnya Dia menerangkan pula dengan lebih lanjut kemenangan yang diperolehi oleh orang yang bertaqwa, iaitu syurga yang digambarkan kewujudan dan isinya. Dia menerangkan bahawa syurga tidak lain adalah kurnia Allah SWT.

Perkara ini merupakan pendorong hasrat yang tinggi dan mengajak mereka agar lebih bersungguh dalam melakukan amal kebajikan dan menambahkan kedudukan yang dekat kepada Allah SWT dan ketaatan kepada-Nya.

Ayat ini juga merupakan gambaran penderitaan bagi orang yang tersesat lagi pendusta.

Firman Allah SWT: Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, disediakan syurga tempat mereka beroleh apa yang mereka ingini.

Ibn Abbas dan al-Dahhak berkata: Iaitu, dalam keadaan suci sedangkan Mujahid dan Qatadah berkata: Mereka selamat dari api neraka.

Firman Allah SWT: (Mereka akan beroleh) taman-taman bunga dan kebun-kebun buah-buahan, terutama anggur. Dan perawan-perawan yang sebaya umurnya.

Inilah sebahagian kenikmatan syurga dengan makanan dan bidadari. Al-Maraghi berkata: Bernikmatan dengan bidadari menggambarkan kesenangan seseorang di dunia yang memperoleh kelazatan walaupun kita tidak mengetahui hakikatnya di akhirat kelak dan kita wajib beriman dengannya.

Jelas kenikmatan di sana melebihi kelazatan yang terdapat di dunia. Ini merupakan bentuk kesenangan di hari akhirat.

Firman Allah SWT: Serta piala atau gelas yang penuh dengan minuman. Ibn Abbas berkata: Ia terisi penuh dan berturut-turut dan Ikrimah berkata: Ia menjadi jernih.

Firman Allah SWT: Mereka tidak mendengar di dalam syurga itu perkataan yang sia-sia, dan tiada pula perkataan yang dusta.

Ibn Kathir berkata: Dalam syurga tiada perkataan yang tidak bermanfaat, malahan pula dusta dan dosa. Syurga merupakan tempat yang terjamin keselamatannya penuh dengan nikmat yang tidak terkira.

Firman Allah SWT: Sebagai balasan dari Tuhanmu, iaitu satu limpah kurnia yang dikira cukup (menurut yang dijanjikan-Nya).

Syed Qutb berkata: Kita dapat melihat keindahan pengungkapan dan irama dalam pembahagian di antara jaza' (balasan) dan ata' (kurnia).

Keindahan itu dapat dilihat lebih kurang pada semua bunyi di akhir ayat. Inilah ciri yang nyata dalam keindahan seluruh juzuk ini.

Firman Allah SWT: Tuhan yang mentadbirkan tujuh petala langit dan bumi serta apa yang ada di antara keduanya, Tuhan yang Maha Pemurah, tidak ada sesiapapun diberi kuasa berkata-kata dengannya (untuk memohon pertimbangan tentang balasan atau pengurniaan itu).

Ibn Kathir berkata: Allah SWT menjelaskan berkenaan dengan Keagungan dan Kemuliaan-Nya. Dialah Rabb yang hakiki sama ada di bumi atau di langit dan semua makhluk tidak mampu berbicara kecuali dengan izin-Nya.

Firman Allah SWT: (Tambahan pula) pada masa Jibril dan malaikat-malaikat yang lain berdiri bersaf-saf (menunggu perintah Tuhan), tidak ada yang berani berkata-kata (memohon pertimbangan) melainkan yang telah diizinkan baginya oleh Tuhan Yang Maha Pemurah, serta ia berkata benar.

Ulama tafsir khilaf berkenaan dengan maksud roh di sini antaranya:

lRoh-roh manusia seperti riwayat al-Aufi dari Ibn Abbas.

l Anak cucu Adam AS seperti pendapat al-Hasan dan Qatadah.

lSalah satu daripada makhluk Allah dalam bentuk seperti manusia tetapi bukan malaikat dan manusia. Keadaan mereka juga makan dan minum. Inilah pendapat Ibn Abbas, Mujahid, Abu Salih dan al-A'mash.

lIaitu Jibril a.s seperti pendapat Sya'bi, Said bin Jubair dan al-Dahak.

lPara malaikat yang mulia dan hampir dengan Allah SWT seperti kata Muqatil.

lIaitu al-Quran. Inilah pendapat Ibn Zaid.

lSalah satu malaikat dengan ukuran sebesar seluruh makhluk.

Ibn Kathir mentarjihkan pendapat kedua iaitu: Anak cucu Adam AS.

Firman Allah SWT: Itulah keterangan-keterangan mengenai hari (kiamat) yang sungguh tetap berlakunya, maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil jalan dan cara kembali kepada Tuhannya (dengan iman dan amal yang soleh)!

Hari Kiamat pasti berlaku dan hendaklah seseorang itu beramal soleh dan dapat mendekatkan kepada Allah SWT dengan memperolehi kemuliaan dan pahala, di samping itu dapat menjauhkan dari seksaan azab neraka.

Firman Allah SWT: Sesungguhnya (dengan keterangan-keterangan yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat (masa datangnya), Iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya; dan orang yang kafir akan berkata (pada hari itu): "Alangkah baiknya kalau Aku menjadi tanah (supaya Aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)".

Ibn Kathir berkata: Pada hari itu orang kafir berangan-angan dengan menyatakan jika mereka dijadikan sebagai tanah dan bukannya makhluk yang wujud di muka bumi.

Ini kerana setelah diperlihatkan kepada mereka azab dari Allah SWT dan perbuatan buruk mereka yang telah dicatatkan oleh malaikat yang mulia.

Penutup

Alhamdulillah, selesailah sudah surah al-Naba' yang mengandungi kandungan rukun iman berkaitan hari akhirat.

Di samping itu, dijelaskan perihal natijah golongan yang derhaka dengan sepedih-pedih balasan. Semoga Allah SWT memelihara kita semua daripada seksaan-Nya.

Begitu juga digambarkan dengan terang sifat yang diperolehi dan diraih oleh penghuni syurga dengan pelbagai kenikmatan. Semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita keredaan-Nya dan syurga-Nya.

- UTUSAN


Wednesday, March 17, 2010

Anakku Sayang....

Baru kul 5 pagi sebenarnya neh..Fahima xnak tido lak dari kul 3 lebih pagi tadi..asyik dok merengek..dah sapu minyak (mungkin kembung)..dah letak bedak agnesia..(mungkin gatal pasal ruam)+malam nie agak panas sikit...dah bagi susu, dah tukar pampers..ntah xtahu napa lagi...


Ginilah tugas+tanggungjawab seorang ibu..berjaga malam demi anak..Mesti mak dulu pun camnie kan...Fahima dok bermain tu kat 'mini playground' dia kat umah nie...Sambil mak dia dok buka blog..:-) bapaknya nyenyak tido..(xnak ganggu, sok pagi2 nak g keja...)


Terfikir di sanubari..besarnya pengorbanan ibu+ayah.. Xkisahla ibu & ayah kandung @ ibu mertua..Akanku balas jasa kalian walau xmungkin dapat ku balas kesemuanya...


note : Di kala ini amat merindui ibu+ayah di kampung...


Sunday, March 7, 2010

Guru Jutawan Akhirat...

Buku ni amat perlu dibaca oleh semua insan yang bergelar guru..dipinjamkan jer dari unit kaunseling sekolah..Banyak Info..dan rasa amat bertuah sekali jika seseorang itu mendapat peluang untuk bergelar seorang Guru..Satu pekerjaan yang amat mulia..

Ilmu yang dicurahkan akan melahirkan anak bangsa yang berjaya..Xkan terhakis ilmu itu walau secunit bahkan akan terus berkembang dan berkembang..Alangkah banyaknya pahala bagi mereka yang berbakti di dalam bidang perguruan,pendakwahan dan sebagainya..

Ntahla..setelah begelar guru walau sekadar hanya GSTT..inilah yang ekin rasakan kerjaya yang amat serasi dengan jiwa ekin..Amat berharap sangat agar dapat terus berada di lapangan ini..Berkomunikasi dengan pelbagai lapisan pelajar,ibubapa, rakan-rakan sejawat dan sebagainya..

Dan pengalaman amat sedih bila berjumpa dengan ibubapa yang mencurahkan rasa hati mereka pabila anak mereka melakukan kesalahan disiplin..Rasa marah pada anak2 didik ekin sebab xlangsung hargai pengorbanan ibu+bapa mereka.. Jiwa remaja mereka begitu memberontak..Sukar nak difahami...

Tapi itulah cabaran yang perlu dihadapi...

 





Thursday, March 4, 2010

x aci tau...

Fahima skrg neh dah pandai sebut BAPAK......... huhu...napa xsebut ibu dulu.....
nak majuk la camnih...(cehh..macam fahima faham..)

Punyala sonok bapak dia..X aci la..ibu yang penat tau...sebutla nama ibu dulu...huhu..

Memang semua baby cmtuh ek????

Satu lagi..Semalam Fahima da pecah rekod naik ke tingkat 2 rumah tanpa bantuan..dan berjaya terus masuk ke bilik utama..sebab nak cari di mana ekin berada..hehe (Ekin nak solat dalam bilik waktu tuh..ayat cam suspen jer..( Bapaknyer tunggu la Fahima kat belakang takut kot2 jatuh..)huhhh..kalu jatuh tangga...mmg kes naya jer...



Saturday, February 27, 2010

Nyampah nyeeeeee...........

Kenapa manusia perlu ada sifat iri hati??

Kan telah Allah janjikan pada setiap hambaNya..Sesiapa yang rajin berusaha pasti akan mendapat balasan yang baik.. Pelik..Tp inilah sifat kebanyakan orang Melayu..Xbole kalu orang lain lebih sikit..ada jer tohmahan untuk jatuhkan orang lain..

Sedarlah..kita hidup di dunia bukan untuk selama-lamanya..Dan sebelum mencari kekurangan orang lain..sebaik2nya tengoklah diri sendiri terlebih dahulu..Berpijaklah di bumi yang nyata..Setiap orang pasti ada kekurangan...

Susah bercakap ngan orang yang xfaham,tapi berlagak seolah2 semuanya dia jer yang tahu...dia jer yang bagus..dia ja yang bijak..keluarga dia jer yang paling bagus..Depan haku bukan makin baik, belakang aku ngumpat haku yerrr....Siap ada geng lagi tuh..

Takut nanti bila Tuhan nak bagi pembalasan cash jer..anytime dapat..Hasil suka sangat bawak mulut yang becok itew..


Note: Lepaskan geram kat cni jap ek..huhukkkk...xder kene mengena ngan org dalam dunia blogging..sebab org yg dimaksudkan di atas bukan tahu pun pasal IT neh..Tp berlagak seolah2 semua benda dia tahu.. :-P


Program Maulidur Rasul at BTP

Banyak tul program ek..Malam neh ada konsert kat masjid..UNIC n Kumpulan As Shafa..Pastu pagi2 besok perarakan Maulidur Rasul..Petang lak ada Aktiviti gerai, permainan kanak2..Derma darah dll..Malam besok lak Ceramah Perdana Maulidur Rasul..

Dan hari Ahadnyer ada Program Marhaban dan Cukur Jambul di rumah 'Opah'...Tapi Ekin xjoin aktiviti apapun melainkan Marhaban hari Ahad nanti..hikhik.. promote program jerk.. :-)


Friday, February 26, 2010

Salam Maulidur Rasul

Wasiat Terakhir Nabi Muhammad S.A.W

Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' di batalkan mulai sekarang.

Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.

Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ata mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak saorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai maanusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.

Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku. hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku.

Saksikan ya-ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba hambaMU.

Monday, February 22, 2010

ooo...pATUTLA....

Hmmmmm..patutla2,3 hari ni Fahima asyik meragam ja... ingatkan pasal cuaca panas skrg neh..yela pasang kipas dah habis kuat pun still dok merengkek..Jenuh nak sapu bedak agnesia la..Waktu tido lak harus terjaga sejam sekali..Hadoii...ni yang ekin pun tercabar gak kesabaran nih..

Rupa2nya..bila bangun pagi,barula nampak gusi Fahima dah wana putih..dah keras pun..OOOO..anak ibu dah nak tumbuh gigi rupanya..Hehe..(Usia 7 bulan 2 minggu)..Tambah lak ngan panas skrg neh..mmg meragam la Fahima..Tp rasanya bukan Fahima ja..seluruh Malaysia mmg terasa bahang kepanasan skrg ini kannn...sabar jela...Dah mmg hukum alam cmni..

Note: Fahima skrg neh dah boleh jalan sendiri sambil pegang sofa.. Xsabar nak tengok dia leh jalan dan pakai kasut n beg galas yang dah beli awal2 lagi..cuma tunggu masa nak bagi Fahima leh pakai..:)


 

 


Friday, February 19, 2010

Just For Sharing info..

Hmmm...harini ekin rasa nak share dengan satu buku yang rasanya memang boleh bagi banyak info...

Mulanyer ekin dapat tahu buku nie masa tgk MHI..pastu pegi cari kat POPULAR...harga RM55.00..Tapi amat berbaloi dengan info yang ada dlm buku nie..Merangkumi perkara2 yang berkaitan dengan kehidupan dari awal kelahiran hingga menuju kematian... ada gambar yang kita leh direct tgk jer..


Tryla baca.....:-)




Apa nak jadi dengan dunia hari ini..Kejamm...

 
 

Ya Allah..bila terpandang wajah bayi2 yang dibuang,ditinggalkan nie..sedihnya rasa..Apalah dosa bayi2 nie..Tergamak buang bayi yang dilahirkan..darah daging sendiri..Memang xkan selamat di dunia dan akhirat orang2 nih..Kalu yer pun xnak baby tinggalkanlah dekat rumah kebajikan ker, bagi orang lain jaga..ini dah sampai tahap dibakar bayi tu..Nauzubillah..

Sebenarnya..mereka2 nie adalah orang2 yang x tahu bersyukur dengan nikmat yang diberi Allah..Anak itu anugerah yang xternilai harganya..Xsemua insan Allah berikan Amanah ni..Hargailah.. Dah cukup berdosa besar berzina..ditambah lak membunuh..

Kembalilah ke pangkal jalan..




Wednesday, February 17, 2010

Kalu dapat Ganyang Cukup2...

Eiii..geramnyerrr...sakitnya hati......

Cuti balik kampung kali nie mmg menyakitkan hati..bukan sebab apa..tp perkara yang xdiduga terjadi..
Rancangan awal nak pergi majlis pertunangan kawan baik Abang pun xjadi..Semuanya pasal cari wallet yang xjumpa2...dalam tu kan ada semuanya IC..Lesen..camner nak balik Kl kalu wallet hilang..

Tp mmg Ekin ingat sangat2 la wallet tu ada dalam handbag..Sebelum  tu ada kawan adik perempuan yang datang ke rumah..dan masuk dalam bilik..Waktu tu adik tinggalkan kawan dia sesorang dalam bilik,sebab dia g mandi..

Dan lepas dia balik..mmg Ekin perasan ..Eh, naper wallet aku xder ek..Tp dek kerana fahima pun asyik dok merengek..Ekin abaikan ja perasaan tuh..Ingatkan ala..nanti2 cari la..mesti ada dalam beg gak..xsangka betoi..S\

Tapi keesokkannya..bila dok siap2 nak balik KL..mmg wallet xder la..xjupa pun..terus teringat mmg kawan adik yang masuk bilik tu jer yang curi wallet..Sebabnya bila adik col kawan dia langsung xjawab..Nampak muka mmg baik sangat..yela, siap datang mencium tangan waktu salam,balik pun cium tangan..

Adik baru jer g hantar kawan dia tu balik Pahang..Bagusnyerrrr....Eii..dah ler orang tolong dia,wat tahi lak....Dalam wallet tu nasib baik xder duit..Tp IC dan segala bagai kad...kad nikah,My Kid fahima sekali..

Hari ni dah kalut2 kena g report kat Balai..Dari balai pegi JPN..Bila tengok kat pintu masuk..Halamak..Kehilangan kali Kedua RM210.00...Huwaaaaaaaaa.....mahalnyaaa...sakitnya hati...Dah ler kali pertama dulu kene curi jugak..dalam surau lak tu..Tgh Ekin sembahyang..beg kat tepi Ekin jer tergamak mencuri waktu sujud...Perempuan jugak yang curi..memang MALAUN betoi laaaaaaaaa.........Nak kene wat kad ATM baru..duwet lagi...

Persoalannya..berbaloi ker denda ni dikenakan kat orang yang teraniaya cam Ekin neh..Xpasal2 dekat RM300 gak abis untuk buat semua kad baru...nasib baik duwet xhilang.(kebetulan letak kat dalam zip handbag)...Kalu tak apa yang tinggal..Bangang tul LA...eeeiiiiiiii...sampai sekarang xbenti2 menyumpah budak tuhhhh...........


Wednesday, February 10, 2010

Nak ke tak nak eekkk....CONFUSED!!!!


Ekin  tahu skrg ni member2 ramai ngah  apply KPLI..huwaaaa...serba salah lagi nak apply ke tak ek...dah byk plan untuk tahun neh..lagipun sayang sgt nak tinggalkan Fahima..huhuhu..Kalu xapply menyesal lak nanti..Dan kalu apply, kalu dapat aku serba salah lak nak pegi..Huwaaa..naper selalu jadik cmnie arrrrrrrr......Ekin yang xtetap pendirian ker..atau masa xmengizinkan lagi untuk aku apply wat masa nie..Kalu yang dok terjah blog ni mesti tahu Ekin da dpt DPLI aritu tp terpaksa dilepaskan peluang tu..

Banyak benda sangat yang difikirin..Any suggestion????????sebelum tarikh tutup...kuangkuangkuang.........

Aku masih di depan PC..Ngantokkk...

Hmm dah kul 1 lebeh nie..masih lom tido..nak siapkan data student..sok last date kene submit..hmm cmni la rasanya..banyak keja tul..Yela, kat sekolah mengajar..dalam masa yg sama menjadi Guru kelas, penyelaras kelab/badan beruniform, Guru rumah sukan, kene kutip yuran.kene pantau keceriaan kelas..hmm.kalu dapat kelas yg  ok gak..Tp ini kelas yang errrkkkkk...mau nak terkeluar anak tekak hari2...

Sunday, February 7, 2010

Marhaban Ya Marhaban

Minggu neh bz gak ek byk tul aktiviti nyer..hari Sabtu ada Mesyuarat PIBG kat sekolah...Pegi jela..dah wajib..Tp yang bestnyer ekin dapat hadiah cabutan bertuah..hahah..Kiter yang jadi AJK Cabutan Bertuah, kiter gak yg dapat hadiahnyer ek..Hehe..rezeki..adala koleksi barangan pencuci sabun,ubat gigi,syampoo,pencuci muka, dan lain2.. HHMmm..nampaknya cam nak suh rajin2kan diri membasuh di ruangan dapur ,pinggan mangkuk dan toilet yerk...heheh..

Dan hari Ahadnyer ada program Muslimat di blok kat kawasan rumah nie..aktif gak penduduk kat blok aku nie rupanyer..dan yg xtahan..bila g Marhaban tadi..Pn Pengetua pun ada..ramai2 guru kat blok nihe..aduss, malu juga yaaa..kene perkenalkan diri la plak sebab ahli baru..Yela..ini pertama kali program Marhaban utk Tahun 2010 nie..Haaa..eh eh..cam xpecaya lak aku join Geng Marhaban ek..Rasanya mak-mak @ golongan veteran jer yg join marhaban nie..Mak ekin pun join gak kat kampung..Selalu dulu2 dengar jer org tua kat kampung marhaban..Skrg terjoin kan diri lak...Xperla..untuk kebaikan gak..Merapatkan Silaturrahim..hehe..Ekinlah ahli yang termuda rasanyer..Yang lain tuh umur 30 ke atasla..

Kemahuan vs Keperluan...

Rasanya ekin belajar gak pasal kemahuan ngan keperluan neh dalam Ekonomi Asas dulu waktu2 zaman moda..Tp kenapa xleh nak praktik ek masa skrg...Huhhh..kemahuan terlalu tinggi tahap dewa..Tp kalu dah perbelanjaan melebehi income..guaner tuh...Susah tul la nak menahan nafsu nafsi neh..Bukan per..skrg neh pantang tgk barang untuk Fahima semua nak beli..baju cantek sikit,xtahan tul..dan kalu tgk baju yang berkenan untuk ekin pun nak beli gak..Dan si bapak nyer pulok xleh menahan diri dari mengumpul koleksi robot2nya... Abes tu salah saper...rasa cam duwet cam air jer..lajur jer mengalir... hmmm...semak tul perut..

Tp yg agak rasa tersentak skrg neh..encek suami telah tidak mengawal nafsinya dengan membawa balik Perfect Grade robot gundam dari Isetan yg harganya agak2 bper cuba teka...??? Dah kat rumah dah penuh satu almari..ditambah dan ditambah lagi..Tp tula..dah berbuih mulut neh..Itu kan hanya kemahuan mu suamiku..Lain kali lebeh baik penuhila keperluan isterimu ini...seperti pakaian dll...hahahahhaha..dari robot2mu itew..xleh bergerak pun..kalu tak leh gak suh tolong wat keja2 rumah neh..huwaaaaaaaaaaa........

Tuesday, February 2, 2010

Jengjalan di Zoo Negara

Last weekend tergerak hati rasa cam nak bawak Fahima jalan2 tgk animal..memandangkan Fahima pun dah pandai sikit tgk sekeliling dia skrg neh...Jadi,,kitaorg decide bawak Fahima g Zoo Negara.. Jom layan pc kat saner..




















Fahima oo Fahima...

Hmmm...Fahima skrg neh xleh tinggal langsung kat ruang tamu sorang2..adui pening jugak la ekin..susah nak wat apa2 keja..mesti nangis tahap cipn kalu kene tinggal jap jer pun..bukan lama..nak pegi jemur kain pun xsempat..mesti nangis dan pas tu mesti nak panjat tangga...

Petah lagi kalu ekin nak siap pegi keja..kelam kabut dibuatnya..nak mandi pun xleh mandi ngan aman..nak masak...kene tunggu malam la bila abang da balik keja baru leh masak..(bukan alasan ekk..hehe..)

 

 
Tengokla apa barang yang ada kat umah nie Fahima xleh panjat dan daki..mahu jatuh jer kalu xder dengan dia..Fahima...Fahima....:-)

note : Skrg nie Fahima depan PC gak..dia pun nak taip gak...sebab tgk picture dia dalam      pc  nie agaknyer..hehe..

Saturday, January 30, 2010

New Schedule...

Got new schedule from this week until end...Harap2 leh bawak la..kalu tak terpaksa la ku menyerah semula... Susah jugak nak buat student nie faham ek..ekin lu pun sama gakler..tp rasanya situasi belajar ngan mengajar nie lain sket..Tp apapun moga student fahamler apa yang ekin ajar..Ujian penilaian before CNY..dan dekat daa..Itulah yang akan mengukur pencapaian ekin kalu budak2 tu leh score..kalu takkk..huwaaaa............


Wednesday, January 27, 2010

Apa itu Histeria???


Yaaa...ini berlaku skrg..menakutkan gak..Tp apapun..bagi ekin kita tetap kena percaya pada kekuasaan Allah S.W.T..Tiada yang lebih hebat daripadaNya..Semoga Terlindung dari gangguan syaitan yang dilaknat...Dan semoga aqidah kita tidak akan terpesong..Amin.. 

Dipetik dari ..

Sebelum saya memulakan kelas, seorang pelajar Cina bukan Islam bernama Jenne bertanyakan satu soalan yang sangat menarik iaitu mengapa kerasukan hanya menyerang orang Islam sahaja. Saya tidak menjangkakan soalan sebegini akan keluar dari seorang pelajar perempuan Cina bukan Islam. Mula-mula saya menjawab secara peribadi secara perlahan khusus untuk Jenne sahaja tetapi selepas itu pelajar Melayu Islam lainnya meminta saya menjawab soalan tersebut kepada semua orang.



Kerasukan adalah isu kebangsaan di Malaysia dan saya membuat keputusan bahawa semua bakal guru ini wajar sekali diberikan serba sedikit penjelasan serta bagaimana menangani kes ini sekiranya berlaku disekolah kelak. Setelah meminta izin kepada pelajar bangsa-bangsa lain serta berlainan agama dan meminta kemaafan sekiranya ada menyentuh agama lain, saya pun memulakan penjelasan mengapa histeria atau kerasukan hanya menyerang Melayu Islam.
Saya memulakan penjelasan dengan menulis sesuatu di papan putih:




                                      TUHAN
                                         / \
                            Terus             Perantaraan
                            /                        \
                           /                          \
            Orang Islam                      Bukan Islam
        (dimusuhi syaitan)               (sahabat syaitan)

Saya menjelaskan perbezaan umum antara agama Islam dengan semua agama bukan Islam. Semua agama ada mempercayai Tuhan, ada sembahyang, puasa dan pelbagai ibadah lain. Beza utama ialah semua agama bukan Islam menggunakan perantaraan seperti berhala, gambar tuhan dan tangkal (talisman) sedangkan agama Islam tidak perlu dan tidak boleh menggunakan segala macam perantaraan.


Tiba-tiba saya ternampak dua pelajar wanita India menggunakan nandek di dahi dan tangkal tali dilengannya. Dua pelajar Cina juga menggunakan tangkal tali yang lebih tebal berwarna kuning merah dan seorang darinya pula memakai tali tangkal dilehernya dengan berloketkan batu jade.


Saya menyuruh pelajar ini berdiri menunjukkan tangkal-tangkal mereka sebagai penjelasan kepada semua pelajar lainnya. Saya menjelaskan bahawa pelajar-pelajar ini berharap kepada tangkal-tangkal ini semoga memberikan mereka perlindungan kearah kebaikan. Tangkal ini ini juga sebenarnya adalah satu berhala. Ia menjadi perantaraan antara mereka dengan Tuhan mereka. Orang Kristian menggunakan tangkal salib dengan harapan memberikan perlindungan dari syaitan.


Apabila orang Islam menggunakan tangkal, ia sudah terkeluar dari Islam dan menjadi sama taraf dengan orang kafir lainnya iaitu menggunakan perantaraan. Sekiranya menyimpan ayat Kursi atau dan surah Yaasin dalam beg tangan untuk perlindungan juga sudah menjadikan kafir kerana menggunakan perantaraan.


Saya menjelaskan bahawa mengaku Islam tidak semestinya Islam tulen (atau beriman). Ramai orang Islam di Malaysia tidak mengetahui bahawa mereka ini sudah terkeluar dari Islam kerana menggunakan perantaraan seperti tangkal dan azimat.


Seterusnya saya berpindah topik kepada rahmat dan perlindungan Allah kepada umat manusia. Apabila Allah dalam konsep Islam memberikan perlindungan dan rahmatnya sebagai contohnya, syaitan tidak berupaya mengganggu manusia kerana Allah telah melindungi manusia ini. Manusia dan syaitan di jadikan oleh Allah dan sangat lemah. Orang yang diganggu syaitan adalah kerana Allah mengizinkan syaitan untuk mengganggu manusia ini dan ia adalah satu azab (punishment) dari Allah dan azab ini adalah bertujuan agar manusia ini kembali kepada jalan lurus yang diredai Allah. Analoginya adalah sama seperti ayah merotan anak yang mengingini anak ini agar menjadi baik.


Kerasukan adalah satu bentuk azab dari Allah kepada orang Islam yang sudah rosak akidahnya akibat contohnya menyimpan tangkal dan sebagainya. Orang yang rosak akidahnya ini banyak bersifat dengan sifat negatif seperti takut waktu malam dan lemah semangat dan ini juga adalah merupakan antara pelbagai azab dari Allah. Orang yang dirahmati Allah banyak mempunyai nilai positif seperti kuat semangat, rajin, sabar dan tidak takut hantu dan malam.


Syaitan diizinkan oleh Allah untuk merasuk orang Islam yang rosak akidah sehingga histeria adalah sebagai pengajaran agar mereka bertaubat. Syaitan ini pula menggunakan orang yang dirasuk histeria ini sebagai satu kesempatan untuk menakutkan orang lain dan hanya orang lain yang lemah semangat dan kerosakan akidah akan berjaya dirasuk dan proses inilah yang menyebabkan histeria ini berjangkit dari satu orang ke satu orang lain. Namun orang yang sentiasa dirahmati Allah iaitu orang lebih mantap akidahnya selalunya tidak akan dijangkiti histeria ini.


Syaitan menggunakan kesempatan histeria untuk merosakkan akidah lebih ramai umat manusia melalui kaedah berikut:


Bomoh akan dipanggil merawat mangsa dan bertambah kafirlah manusia “islam” ini.


Bomoh akan diguna untuk menghalau syaitan. Bertepuklah syaitan.


Bomoh akan memagar kawasan supaya tidak diganggu syaitan lagi dengan pelbagai tangkal azaimat. Bertepuklah syaitan.


Pelbagai tangkal dan azimat serta perkara khurafat lain akan diterima daripada bomoh ini sebagai perlindungan.


Orang yang belum kena dan sudah kena histeria selalunya akan berikhtiar dengan cara menemui bomoh dan mengutip tangkal azimat. Bertepuklah syaitan.


Inilah antara motif utama syaitan merasuk umat “islam” agar lebih ramai umat Islam sesat dengan kesyirikan. Persoalan seterusnya ialah mengapa hanya hanya orang Islam yang dirasuk? Jawapannya ialah syaitan hanya ingin merosak umat Islam semoga masuk neraka bersama mereka atas sifat dengki semenjak datok nenek mereka iaitu Iblis kerana Allah memuliakan manusia. Orang kafir tidak perlu dirasuk kerana ia hanya akan membazirkan masa dan tenaga mereka sahaja tambahan pula orang kafir sudah menjadi sahabat mereka. (sila rujuk rajah di atas). Apa gunanya mengganggu sahabat baik.


Untuk merawat mangsa histeria, saya telah jelaskan dalam artikel saya sebelumnya bertajuk Jampi dan mantera ibarat zina dan jimak suami isteri, sama tetapi berlainan hukum di http://emjayjb.multiply.com/journal/item/58 . Namun sebagaimana diketahui umum bahawa pedoman terpenting sekali bagi perawat ialah perawat tersebut perlu mempunyai akidah yang benar-benar mantap.


Jalan mudah bagi guru di sekolah sama ada yang beragama Islam atau bukan Islam dalam menangani orang yang kerasukan ialah dengan menjauhkan mangsa tadi dengan mengasingkannya ke satu bilik atau bilik stor yang cukup jauh dari pelajar lain dan seterusnya dibiarkan orang kerasukan ini di dalamnya. Syaitan insya-Allah akan give up dari terus merasuk pelajar ini kerana matlamatnya untuk menakutkan dan menjangkitkan histeria kepada pelajar lain dengan memperdengarkan hilaian dan jeritannya sudah gagal. Kalau tidak ada bilik yang terasing jauh dari pelajar lain, mungkin membawa balik dan mencutikan pelajar ini adalah satu pilihan yang wajar. Namun satu perkara yang perlu dingat ialah tenaga orang yang kerasukan walaupun sekadar wanita yang bertubuh kecil adalah menyamai 8 orang lelaki.


Tiba-tiba satu pelajar bernama Anis mencelah “encik, padanlah kat sekolah saya dulu, ada seorang pelajar tu kerap kena histeria. Bila dibawa ke bilik sakit dia akan aman dan pulih sendiri dari kesan gangguan histeria. Bilik sakit ini kebetulan jauh dari pelajar lain.”. Gembira hati saya menerima komen sedemikian dari pelajar ini kerana ini menunjukkan beliau jelas faham tentang apa yang saya telah jelaskan.


Merawat pelajar yang histeria sebenarnya tidak begitu penting. Kurung mereka dalam bilik stor yang berjauhan daripada pelajar lain sudah mencukupi untuk merawat atau hanya sekadar menjauhkan pelajar lain dari gangguan gelagat dan hilai jeritannya. Apa yang paling penting ialah memulihkan pelajar bermasalah ini secara total sehingga beliau tidak akan menjadi bahan permainan syaitan pada masa akan datang. Jalan penyelesaiannya tidak ada dua dan hanya satu iaitu bersihkan tangkal dari tubuh, persekitaran dan rumah dari segala tangkal, azimat, gambar binatang dan manusia dan seterusanya mengisi ilmu tauhid sehingga pelajar ini benar-benar mantap. Apabila pelajar ini mula mengenali konsep tauhid, insya-Allah akan dapat dilihat perkembangan pelajar ini berubah tabiaatnya dan tidak lagi menjadi mangsa histeria. Ingatlah bahawa Islam tidak boleh diwarisi dan ianya hanya boleh dipelajari.


Anis menambah lagi “kesian pelajar yang kerap histeria di sekolah saya tu. Akhirnya dia kena buang dari sekolah. Barulah aman sekolah tu”. Begitulah sedihnya mengenangkan seorang wanita Melayu diberhentikan sekolah kerana kerap menggangu pelajar lain dengan gangguan histerianya. Pastinya ibu bapa pelajar ini telah banyak berusaha dan berhabis ribuan RM untuk memulihkan anak perempuannya namun di Malaysia ini, kebanyakan ibu bapa pelajar seperti ini hanya akan menambahkan kesesatan dengan bertemu pelbagai bomoh yang sekadar menambah koleksi tangkal dan azimat serta air jampi. Bagaimana Allah akan memberikan rahmatNya apabila usaha yang dilakukan ibu bapa seperti ini bukan ke arah tauhid Islam yang lurus tetapi semakin sesat bertemu bomoh. Situasi ini semakin amat merbahaya kerana ramai bomoh sesat ini bertopengkan “PENGAMAL PERUBATAN ISLAM DENGAN PELBAGAI IKLAN DI MAJALAH DAN AKHBAR TABLOID TERTENTU SERTA INTERNET DAN SETENGAHNYA BERTITLEKAN USTAZ, HAJI DAN PROFESOR TERMASUK PUSAT RAWATAN ISLAM D**** ****".


Kalau ibu bapa mangsa histeria mengambil wudhu dan terus bersolat hajat secara bersungguh mohon rahmat dari Allah insya-Allah gejala seperti ini dapat dibasmikan.


Perbincangan saya dengan pelajar ini tamat pada pukul 12.40 tgh jauh melewati masa tamat sepatutnya iaitu 11.50 pagi. Sedih meninggalkan mereka namun itulah asam garam kehidupan, berjumpa bakal berpisah.


Sekian untuk kali ini wassalam wallahualam.



Saturday, January 23, 2010

Busen2.....

Kene ke sekolah arini..hmmm...amik masa singgah blog jap baru siapkan list nama utk ahli KRS kat skolah..;-) Fahima pun lom bangun tido lagi tuh..nyenyaknyer tido..yela semalam xbpe lena..mungkin xselesa..bernafas pun berbunyik..still mucous..Hmm..agaknya itulah rasanya bila dah ada anak nie..Kdg2 rasa cam nak marah jer sbb asyik menangis..bagi apa pun xnak..Tp bila difikir balik..napela nak marahkan anak..dia xkan nangis kalu xder sebab..Mcm Fahima boleh dikatakan every month mesti kene ke klinik..Kalu xflu,fever..kalu xfever..cirit... Atau pun sebab xbfkan dia..Cian fahima..Ibulah yang salah dalam hal nie..huhuhu..

okess..harus benti di sini..byk keja menantiku...kemas umah..b'fast lom disediakan..sebelum kul 12 harus diberesi...:-)

Thursday, January 21, 2010

Taraaaaaaaaaaaaa.........

Kembali berblogginggggg....hihi..
Masa kini amat terhad sebenarnya nak berblogging..Jika ada masa InsyaAllah pasti akan update..Cam dah sebati jer..Lama xbuka blog..rasa cam ada yang xkena lak..Ini pun curik2 masa bila Fahima da tidor..Cedeh sikit ..Fahima not very well..She got fever..38.3c ...Hhmm..dgn flu+cough+diarrhoea...Cian kat dia..But,she's very good gurl..sikitpun xmeragam..:-)

Ekin lak bz ngan program kat sekolah..Amatlah kena bersabar dengan karenah murid..Berkali2 beristiqfar..hehe..Tp biasalah..ada yang menyeronokkan ada yang memeningkan..But nevermind..new experience..Hari Sabtu ni pun kene bekerja coz sekolah berganti untuk Tahun Baru Cina..Woww..Cuti seminggu TBC..Hmm..Haruslah balik ke kampung...dah lama xbalik..rindu bangat dengan mak,ayah+Family..

Saturday, January 16, 2010

hrrrmmmmm..........

Lamanya xjenguk blog neh..dah bersawang ler... Dah xboleh nak updated selalu..pa papun..ekin still cuba update gak story morry terbaru..
Perkembangan Fahima..dah mula nak memanjat tangga sekrg..adui..ntah dah berapa kali dia terjatuh..hmm.sekejap sgt..sedar2 dah ada bawah meja..dan dah ada kat atas anak tangga yang pertama.. Ligatnya fahima skrg..kene selalu memerhatikan dia..Gambar2 nanti2la updated..hihi...

Monday, January 4, 2010

2010

Kejap jer akhirnya dah masuk pun 2010..Alhamdulillah..tahun baru ini ekin ingin melakukan perubahan dalam hidup dan kerjaya..Dan amat mengejutkan juga..Ekin telah memberi notis 24hours kepada majikan..Ya..I'm resigning..Sukar jugak nak buat keputusan untuk berhenti..Disebabkan komitmen kepada rumahtangga, anak, rumah, kereta..walau tanggungjawab suami, Tapi untuk hidup di ibu kota..semuanya memerlukan duwettt..hehehe..

Tetapi apapun..Ekin dah berfikir lama..aku kena lakukan perubahan..Dan akhirnya ekin terima untuk tawaran GSTT.. Bolehke aku jadi cekgu..Bolehkerr??? Ekin tetap cuba buat yang terbaik..Dan harini 4 Januari 2010..Ekin akan melaporkan diri di Sek.Men.Keb di taman perumahan yang ekin duduki skrg... Semuanya terlalu pantas..menyebabkan majikan pun terkejut..Ekin pun terkejut gak sebenarnya..Dapat panggilan berjaya pada hari rabu..Khamis bagi notis..dan jumaat dah cuti tahun baru...Mak aii..terpaksala kene cover lu semua keja2 yang tertunggak... Buat semua staff maafkan ekin sebab terpaksa buat keputusan mendadak..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails