Wednesday, September 30, 2009

Mengapa FAHIMA ZAHRAA?


N3 nie ekin nak kupas kenapa ekin pilih nama Fahima Zahraa? Sebab ada gak yg ckp nama xglamer..macam nama lama jer..huhu..bukanla org lain - anak sedara ekin yg kecik2 lagi tp dah pandai mengomen jer..nak jadi juri lak..tp,Anakku Sayang..percayalah setiap ibu+bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak mereka.

Tapi ntahla..waktu mengandung,ekin nie mmgla asyik mengadap internet dan boleh dikatakan waktu start preggy lagi,,ekin dah mula cari nama untuk baby dalam kandungan. Nama lelaki+ perempuan..dah standby awal2..hihi..Dan ada list 2,3 nama..cuma lom pilih betul2.Abang pun mulanya ekin xkasi chance pun utk pilih nama anak..hihi..tp kami selalu discuss gak..ekin pilih nama atas persetujuan bersama jugak..

Dalam membelek2 nama, menterjah blog,satu hari ekin terbaca dlm satu blog seorg ibu ni yang menamakan anaknya Fahima Az Zahraa..dan mengupas nama tersebut..Bila tertgk jer ekin dah rasa tertarik sangat nak namakan Fahima Zahraa..cuma xletak Az.. Fahima bermaksud Yang Memahami dan Zahraa adalah sejenis bunga (Juga Panggilan Nabi Muhammad kepada Puterinya Fatimah Az-Zahraa). Dan bila ekin letakkan nama Fahima, mak-mak sedara ekin pun terus kata 'hang amik nama ustazah Arab yang bagi ceramah kat TV tu ka?' Ustazah Fatma El Zahraa..hmmm..kebetulan nama nyer sama..Tp yang pasti..ekin berkenan sungguh ngan nama tu..xtahu naper..walau dok tgk nama2 lain,.last2 yg itu jugak yg ekin tertarik.. Ya..Doa ibu+bapa Moga Fahima kelak akan mencontohi Ustazah Fatma..Moga Akhlak n peribadimu seperti Fatimah Al Zahraa..Dan ibu sedar tanggungjawab bagi menuju ke arah itu,adalah di bahu ibu+bapa dalam mendidikmu..


1st Day

28hb September-Tarikh hari pertama ekin hantar Fahima ke nursery..Amat sedih untuk tinggalkan Fahima kat Nursery..Dalam hati ekin cuma berharap Fahima leh biasakan diri dengan pengasuh.. Yela dari mula lahir sehingga ke hari ni..ekin jer yang menjaga Fahima..Jarang orang lain pegang Fahima..harap2 Fahima faham..yang ibu terpaksa berkerja untuk kehidupan keluarga kita..Sedikit sebanyak dapat membantu Bapa gak..huhuh..gpun ibu kene bayar hutang pitihpitihNNNN tu..banyak nak bayar NAk oiii..hihi...

Kul 11-ekin col Nursery tanya perkembangan Fahima..OLoh..luruh hati nie dgr Fahima menangis xbenti..dari pagi lagi..tp dia baru jer tido sebab terlalu letih kot..susu pun minum xhabis sebotol..resah gelisah ekin kat ofis nie..nak balik xboleh,jauh..sbb ekin pegi keja sekali ngan abang..huhu..sabar je sampai ke petang..


Xsabar nak ambil Fahima bawak balik umah..Hari kedua Fahima dah boleh masuk dengan Pengasuh..Lega rasa ekin bila Fahima dah xnangis...

Fahima Nangis Maghrib..isk..isk..isk..

Agak resah ekin,mak,ayah bila nak sampai waktu maghrib..
Asalnya Fahima xnangis banyak..cuma di penghujung waktu pantang,dekat jer waktu Maghrib mesti Fahima akan menangis..Tangisnya bukan biasa sih..panjang banget nangisnya..penah satu hari tu..Fahima da mula nangis dari 6.40ptg..sampai ke buka puasa..sampai la ayah ekin balik dari Terawih..
Ya Allah..ketika itu..bingung sekali ekin..apa yg xkena dengan puteri ku ini..sakitkah,laparkah,marah ibu kah..bingungggg....susu dah bagi tp xnak,pampers dah tukar,xdemam,..Ibu amat kasihankan Fahima..muka merah..air mata mengalir.huhu..ibu xsampai hati tgk Fahima nangis mcm tu..


Banyak jugak ikhtiar yang ekin dan mak+ayah buat masa tu..waktu tu Abang xder di kampung..dah balik KL..panggil beberapa org bidan+bomoh..dan dalam masa yang sama ayah ekin akan azankan Fahima bila dia nangis..dan pelbagai lagi cara eg: goreng kulit bawang+cili kering, bacakan yassin,zikir dan byk lagi la..tp xder yang menjadi..Bila diazankan Fahima diam,tp menangis lagi sampaila..nampak dia betul2 letih..barula terus tido..


Hampir setiap hari Fahima tetap nangis..yang peliknya bila jam dekat pukul 7ptg..Ekin percaya jugak Fahima mungkin ternampak benda2 ghaib..Maklum bayi kecil.. bukannya dia boleh bgtau apa yg dia rasa..Tp,percayalah Fahima..ibu mmg betul2 resah waktu tu..Ya Allah..selamatkan anakku..Ekin sampai menangis2 waktu Fahima nangis.. Ekin takut dek terlalu kuat menangis Fahima boleh kena sawan..


Ramai gak yg bagi feedback..ada yg ckp suh tukar nama,Fahima kena sawan nangis..ekin ckp menangis xder kena mengena kat nama,ekin jadi cukup sensitif waktu nie bila ada ckp mcm2.. bagi ekin Anak kecil mmg biasa menangis..cuma mungkin ada yg xkena mungkin sebab tu Fahima nangis..


Tp, Alhamdulillah bila ekin habis berpantang dan balik ke Rawang..rumah baru kami..Fahima dah xnangis waktu Maghrib..So,Amazing..Kuasa Allah..sebelum balik ke Rawang..ekin dah ckp kat Abang..kalu la Fahima still nangis..ekin akan tinggal di kampung jer..Yela, di Rawang.kami xder sesaper..kalu la apa2 terjadi, ekin xtahu nak buat apa2..


Syukur sangat2..bila dah mula kerja ekin hantar Fahima ke Taska Nur Zaheera..dekat2 ngan nama Fahima Zahraa kan..hihi..fahima dengan mudah leh adopt jer kat nursery.. Bermula episod baru Fahima di Nursery..

Ramadhan Menjelma...

Actually, ekin sempat menghabiskan pantang sebelum bulan puasa..cuma di awal2 Ramadhan,2 hari ekin xpuasa..sbb masih menyusu badan waktu tu.. Dan hari ketiga Ramadhan,ekin decide nak puasa..bila dah start puasa..rupanya air susu ekin dah mula berkurangan..Huhu..ekin betul2 rasa ralat sikit,sebab xpikir panjang..terus bagi susu tepung kat Fahima..Dah Fahima asyik nangis macam xkenyang..dan org2 keliling pun asyik suh bagi susu tepung..hmmm..

Apapun skrg ekin try jugak ambil pil fenugreek untuk tambahkan susu badan..sekurang-kurangnya xbyk sikit ekin nak gak bagi Fahima susu badan..try link kat sini..ekin pun order pil nie lepas terjah ke blog2 org yang dah ambil pil nih..Apapun resultnyer ekin xsure lagi..sebab ekin dah agak lama stop susukan fahima..huhu..


Cukur Rambut,Aqiqah & Majlis Berendoi

Kelahiran Fahima Zahraa dalam kehidupan ekin ngan abg..memberi byk makna dalam hidup kami sebenarnya,.Yela, dekat setahun gak kawen baru ekin pregnant..tp sebenarnya ok gakla..ekin n abang lebih bersedia..mental n fizikal..


Jadi untuk anak sulung kami nih..mmgla bersemangat bukan main..semuanya akan ibu + bapa lakukan untuk Fahima..selagi ibu +bapa berkemampuan..1st of all..tali pusat Fahima jatuh betul2 hari ke 7 kelahirannya..dan hari tu jugakla luka EPI ekin terbuka..(so,kalu nak diikutkan dah panggil bidan untuk cukur rambut fahima hari tu.Tp,ekin kene g hospital..cancel la dulu ..postpone besoknyer..) Asalnya perancangan awal nak buat Majlis Berendoi sekali cukur rambut..sebab teramat kesiankan fahima yg amat lebat rambutnya..habis kepala fahima naik ruam+merah+berpeluh.. So,kitaorg decide cukur rambut jer dulu sebab ekin pun still sakit br kene jahit semula..


Then,pada 1hb Ogos 2009, nenda Fahima (ibu kepada bapa) nak sponsor untuk buat Aqiqah kat Fahima..Kebetulan sepupu ekin buat Aqiqah sekor lembu..so,kitaorg join sekali,,Hmm..lega bila Fahima dah settle pasal Aqiqah.. Kemudiannya pada 8 Ogos 2009 , Ekin dan Abang adakan Majlis Berendoi untuk Fahima Zahraa..genap Umor FAhima 30hari waktu tu...


So..layan jela picture yang ekin sempat snap waktu majlis berendoi berlangsung...Teramatlah simple majlisnyer...






Elok jer Fahima tido walau 1st time diletakkan dalam buaian.






Dimaniskan mulut dengan kurma



Kumpulan Marhaban

Citer Sedih

Tempoh berpantang ekin sama jer cam org lain..biasa jer..minggu2 pertama ekin mmg xbyk bergerak sgt..
just tido..susukan Fahima,bertungku.. Makan pun cuma sup ikan haruan dan sayur sawi..mmg itu jer makanan ekin selama 45 hari..


Tapi ada satu cerita yang kalu diingatkan mmg mengerikan..Kisahnyer..pada hari ke 7 berpantang..disebabkan ekin ni ikut jer petua orang2 lama..katanya kalu nak cepat sembuh untuk luka EPI..basuhla dengan air asam gelugor...nah,asam gelugor itu kan asid dong..sebelum2 tu ekin cuma basuh dengan air suam atau air daun sirih jer...hmmm.nak tahu apa yg terjadi pada ekin keesokkan harinyer?


Luka EPI terbuka..aduii..ramai lak marahkan ekin naper basuh ngan air asam,..tp yela..untuk makluman,ada sesetengah org kulitnyer xsensitif..basuhlah dengan apapun..xder masalah..tp bagi yng kulit sensitif macam ekin..inilah padahnyer..hmm..benda dah jadi..apa lagi ekin nak buat..masa tu xterasa sakit pun walaupun jahitan terbuka..n bila nurse dtg check ekin terpaksa g ke hospital untuk dijahit semula..bila mengenangkan kembali detik dijahit semula tu,xdpt digambarkan sakitnya..lebih sakit dari waktu bersalin..walaupun dibius..


Hmmm..Dahler..xnak cita lagi..rasa nak nangis bila dikenangkan..jadi bertambah sakit walaupun sebenarnya luka ekin dah nak sembuh ..tp terbuka semula..huahuahuaaaa...Fahima lak masa tu kuning tinggi..nyaris kene tahan di wad..catitan 296.. tempoh berpantang ekin 3 minggu awal dilalui dengan penuh kesabaran..huhuhuhu.. 





Berpantang

Hmm..akhirnya ekin selamat melahirkan seorang puteri yang kami sepakat namakan Fahima Zahraa Binti Mohamad Fadhil pada 10 Julai 2009 tepat jam 1.11am pagi Jumaat secara normal dengan berat 3.45kg. Ekin bersyukur sgt2 sebab sakit bersalin yang ditakdirkan untuk ekin hanya sekejap..kalu lagi lama sakit ekin xdapat bayangkan camna ekin akan hadapi..

Syukurlah semuanya selamat..11hb Julai adalah Hari Lahir Ayahanda ekin yg tercinta..ayah ada gak cakap.suh sabar jap..nanti sama tarikh ngan Tok Ayah..tp Fahima dah nak kuar awal sehari..hihi..After 24hour kena tahan kat wad..keesokkannya ekin dah boleh kuar hospital..dan Abang sampai jer rumah terus keluar..rupanya abang g beli KFC ngan kek Hari Lahir untuk Ayah..sambut Hari Lahir Fahima sekali jugak..hmm..ekin hanya mampu memandang diaorg makan KFC ngan kek itew..telan air liur jela..padahal sebelum bersalin pun leh kata kerap sungguh makan KFC..hmm..nasiblah..bila berpantang nih,mmgla macam2 teringin..

keyla..sekarang layan jer..picture masa Fahima pas lahir..















Tok Ayah dikerumuni cucu2 yg xsabar2 nak makan kek...

Tuesday, September 29, 2009

Asal-Usul

salam...akhirnya ekin curik2 masa untuk buat blog nie after start keja selepas berpantang..Ekin baru jer start keja 28 Oktober 2009..Mula bercuti untuk bersalin pada 3hb Julai 2009. Hmmm,walaupun xla pandai sgt tp try n error jerk..Actually,dah lama sign in dlm blog..tp xreti nak citer2..so,asyik copy paste jer..sebab rasa byk nak dikongsikan..at least apa yang berlaku dalam kehidupan ekin seharian dapat disimpan di sini..dan moga2 boleh menjadi wasiat untuk keturunan ku nanti..hihihi..nanti mesti cucu cicit akan kata canggih manggih betul moyang diaorg..awal2 lagi dah tahu asal-usul generasi..sebab xperlu tanya dah ngan orang lain..moyang dah citer awal2 kt sini...hihihihi...tahu xper...:-)

Nie ler wajah moyang2 masa muder ek..jgn xkenal moyang lakssss...



Monday, July 6, 2009

Solat dan Sains : Rahsia Solat Di Awal Waktu


Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam merencanakan kerja dan mengendalikan event dan sebagainya ….ketahuai lah apakah rahsianya solat di awal waktu …amalkan wahai ibu-ibu sekaliannya ….semoga ibu-ibu berolah kesejahteraan dan keselamatan dunia dan akhirat, dari umpatan dan kejian daripada syaitan manusia…….

 Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.


Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

 
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?



Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita


Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la ...) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Waktu inilah fenomena buta ayam terjadi. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

 Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.


Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.








Sunday, June 7, 2009

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W.

BIODATA RASULULLAH SAW



Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571. Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf..
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).


USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.


USIA 6 TAHUN
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.


USIA 8 TAHUN
Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.


USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.


USIA 20 TAHUN
Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ', jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk member pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.


USIA 25 TAHUN
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.


USIA 35 TAHUN
Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.


USIA 40 TAHUN
Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.


USIA 53 TAHUN
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M..


USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.


ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
· Khadijah Binti Khuwailid.
· Saudah Binti Zam'ah.
· Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
· Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
· Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
· Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
· Zainab Binti Jahsy.
· Maimunah Binti Harith.
· Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
· Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).


ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahi
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '


ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda)..

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW
IBU SUSUAN: Thuwaibah
SAUDARA SUSUAN:
1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

IBU SUSUAN: Halimah Al-Saidiyyah
SAUDARA SUSUAN :
1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza


BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***
*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.


Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku.
Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga."


(Riwayat Al-Sajary daripada Anas )


NABI MUHAMMAD SAW - MANUSIA AGUNG. KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal Baginda,  sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda..


Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:


· Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
· Aku melihat cahaya dari lidahnya
· Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
· Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
· Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
· Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
· Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
· Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona...
· Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
· Wajahnya seperti bulan purnama.
· Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
· Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
. Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang..
· Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
· Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
· Mulut baginda sederhana luas dan cantik..
· Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
· Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
· Janggutnya penuh dan tebal menawan...
· Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak,  
  sangat indah.
· Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
· Rambutnya sedikit ikal. Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
  bahu tapi disisir rapi. Rambutnya terbelah di tengah.
· Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
· Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
· Seimbang antara kedua bahunya.
· Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
. Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
· Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
· Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
· Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
· Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih. Warna putihnya lebih 
  banyak.
· Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
· Warna kulitnya putih tapi sihat.
· Kulitnya putih lagi bercahaya.
· Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
· Badannya tidak gemuk. Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi  k
  kacak.
· Perutnya tidak buncit. Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda
  kelihatan lebih tinggi drpd mereka.


KESIMPULAN :

Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman..
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

wallahualam. ..





Tuesday, April 21, 2009

Mengapa Yahudi Bijak..??

Hmmm..dalam mengira usia kandungan yang dah 5 bulan skrg nie..Artikel ni mmg banyak membantu.. Walaupun Artikel ni amalan Yahudi. Rasanya xsalahkan kalau diamalkan sebab dalam Al-Quran sendiri ada menyatakan bahawa didiklah anak2 sedari dalam kandungan. Sains dan Teknologi juga tidak mengiyakannya. Asalkan sebagai Muslim,kita tetap berpegang kepada Ajaran Islam dan Sunnah Rasullullah S.A.W.Jadi, ekin ada gak praktikkan..yang baik kita jadikan pengajaran..yang buruk kita abaikan..Mungkin betul gak apa yg terkandung dalam artikel nie. Dari usia kandungan 3 bulan lagi,ekin dah mula dengarkan bacaan Ayat-Ayat suci Al-Quran..Antaranya Surah Yassin,Surah Maryam-untuk memudahkan proses bersalin, Surah Yusuff-Untuk kecantikan/kesempurnaan anak yang bakal lahir, Surah Taubah, Surah Al-Baqarah,dan Surah An-Nisa'. Boleh dikatakan setiap malam ekin akan dengarkan pada bayi dalam kandungan nie..Moga menjadi anak yang solehah..InsyaAllah. Dan sesudah solat,surah2 ini juga ekin selalu amalkan. Selain itu,ekin buat jugak latihan math..kuiz sudoku dan juga mengamalkan makan buah kismis dan kurma setiap hari. Ekin hanya berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk bayi dalam kandungan nie. Moga diberkati Allah S.W.T.

Artikel ni adalah tesis yang dibuat oleh seorg hamba Allah..Ekin pun cuma dpt dr kawan.:



Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan,
perfileman di Hollywood dan sebagainya.



Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana?Seperti kilang pengeluaran?



Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.



Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikannya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau,adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ya, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.





Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau,sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu ,dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam  kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.



Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.



Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka,dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.



Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan  menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut  saintis di  Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)



Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka,Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam,diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever)  Didalam pengamatan  saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan.



Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.  Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.



Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak-anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! ! Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping
mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara. 



Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti. Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan.Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.



Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satucaranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!



Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika  mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan  memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa  faedah, barulah  saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.



Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan  keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan  masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsistendisamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik ,sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak  anak mencerdaskan  otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.



Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah  tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun2005 amat memeranjatkan sekali, di sini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti  Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka  hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak nstitusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!



Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan nerasi goblok, saya elah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran,teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orangberapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.



 Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!



Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak danbersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.



Dr. Stephen Carr Leon

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails