Wednesday, November 30, 2016

Sinki Dapur Tersumbat..


Assalamualaikum wbt,

Nak dijadikan cerita, satu hari tu,, tetiba sinki kat dapur dah nampak cam tersumbat,, air lambat je keluar.. buat xreti lagi.. masuk hari ke 3, dah macam xbergerak langung dah air.. haduii.. rimas giler,

Bgtau husband suruh pam.. tp tetap xjadi apa.. sangat la rimas, nak basuh pinggan pun susah. tepaksa ulang alik basuh di toilet.

Google punya google ada yg ckp letak asid utk paip, soda bikarbonat, baking powder , garam kasar. semua kami cuba tp xjadi jugak.. sebenarnya dah masuk minggu ke 3 paip tersumbat.

masa tu hari sabtu, aku nekad nak buat gak utk bagi paip tu ok..mula nye, kami  sumbat paip air biasa sampai ke dalam yang boleh..untuk tolak apa yg tersumbat . tp xjadi..  pastu aku try bukak air, dengan harapan boleh tolak.. air keluar balik.. habis basah kuyop baju..

tp try lagi, kali ni aku sumbat dengan kain, supaya air xkeluar balik.. dalam masa sama, husband di luar mainhole duk korek2 bagi kuar segala lemak2 tepu..

Akhirnya,, dengan xdisangka2.. paip air yang dibuka td berjalan laju je..bermaksud, air tu dah berjaya tolak lemak2 yang terkumpul dalam paip.. Ya Allah, meloncat kami suka..bila tgk kat mainhole luar, berkelodak hah lemak2 .. bau jangan ckp la.. patutle haiii...aku punya sinki tersumbat.. secara tidak sengaja husband ckp 'bolehla jadi plumber utk sape2 yg jadi macam kami'.. hahah.. tak bertauliah namanye.. main bedal..asal jadik.. duk berkira2 nak panggil plumber, mau terbang rm300-rm400 gak ni...

itu rupanya saki baki minyak, makanan yg yang dicuci lama dalam tu.. dah berkumpul jd lemas yang agak keras.. patutla.. air xbergerak.. dan bila duk korek punya korek mcam2 la keluar dari paip.. haha..

Alhamdulilah, akhirnya sinki dah ok semula,, pasni jgn lupa sekali sekala kena la siram ngan air panas,supaya sinki xtersumbat lagi..







Wednesday, June 29, 2016

Siapalah Kita Disisi ALLAH YG MAHA BESAR



Ya Allah, kecilnya aku di sisimu..



Betapa besar kekuasaanMu.. sedangkan kami hanya hambamu yang sangat2 lemah..













Friday, June 10, 2016

Sopak Garam

Penah dengar ke sopak garam?
bila jadi kat anak yg kecik camni.. lain betui rupa.. 
balik dari rumah pengasuh ok lagi. bila dkt malam, uwais dah tergaru-garu, makin lama makin bengkak muka dan badan

huhu.. ibu  lak tengah keja time tu,, balik lambat..
kul 10.30pm baru balik terus bawak uwais g klinik.. effection apa2 la ni..lepas makan ubat bengkak dah makin surut.. Alhamdulillah..

sayang uwais..

Tuesday, May 12, 2015

We Are Happy Family..



Penuhnya rasa gambar ni..Nampak sangat rakyat dah bertambah.. Hehe..
 
Alhamdulillah Syukur Ke Hadrat Allah S.W.T dengan kurniaaNya ini..
Moga Kebahagiaan ini berkekalan hendaknya..
 
Hidup ini pendek dan sangat indah sebenarnya.. Jika kita menghargai apa yang ada di sekeliling kita..
 
 
 
 




Wednesday, March 5, 2014

Affiliate Junction Pilihan Kami..

As salam. ..

Alhamdulilah..dalam tercari2 peluang perniagaan yg dapat diterima oleh 'my big boss' aka husband ni bukannya mudah.macam kena buat proposal ..ditelek2..dekat sebulan gakla utk tackle hati dia dan akhirnya bersetuju utk menerima cabaran dan menyambut sahutan sebagai usahawan.. 

Di zaman skrg ni walaupun husband n wife bekerja tambahan lg hidup di bandar pendapatan 2 org pun belum tentu mencukupi.Dan salah satu jalan penyelesaiannya dengan buat part time @ bisnes. alhamdulilah kami dipertemukan dengan perniagaan Affiliate Marketing iaitu Affiliate Junction.. berkembangnya teknologi pd hari ini..semuanya semudah ABC..

Apa yang membuatkan kami tertarik dengan perniagaan ni???

Just using your mykad...

Bila orang berbelanja , kami akan dapat komisyen...

Pendapatan yang berterusan dan boleh diwarisi.. Bagaimana dan kenapa yer???

Kerana manusia tidak akan berhenti berbelanja..selagi rakyat Malaysia berbelanja.. itulah pendapatan kami..

jom.. keluar dari kepompong dan rintihan seperti ini..

kalau nak mengetahui dengan lebih lanjut bagaimna perniagaan ni.. just pm 0134430850 @ 0123661292



Wednesday, October 2, 2013

Putaran kehidupan...



Melihat wajah anak2 yg semakin membesar membuatkan diri rasa betapa cptnya masa berlalu..kalau dulu waktu kecil terfikir mcmna kehidupan bila da dewasa..bila nak besar..tp skrg mcm sumanya terlalu pantas berjalan..dr baru berkahwin, anak sorg..dah jadi dua..dr bayi..kemudian dah leh merangkak ,jalan.. bcakap..skrg dah boleh dibuat kawan.. hummm.. cepatnya suma berlalu.. dan pasti mengingatkan bahawasanya sy pun dah smakin tua.. dah separuh abad..hehe..

pastinya ingin membuat perubahan yang besar dalam diri..ingin menjadi isteri dan ibu yang lebih baik dr hari ke hari..hamba yang lebih bertaqwa kpd penciptaNya...semakin bertambah usia bermaksud semakin pendek usia di dunia..perlu memikirkan pada bila masa2 saja akan dipanggil ke 'sana'.. gerun mmg gerun.. 


Ya Allah..permudahkanlah segala urusan dunia dan akhiratku..matikanlah aku dalam keadaan bertaqwa dan dalam keadaan mengingatiMu...jadikanlah zuriat2ku sentiasa berada di landasan Agama Mu.. 


Friday, June 14, 2013

selamat Hari Bapa...

terima kasih Ya Allah ats nikmatMu..Syukur Alhamdulilah..
trharu kerana bagi diri sy amat bertuah memilikinya..masuk ke thn 6 thn hidup bersama..susah n senang tempoh sama2....dia la yg menjadi pemberi semangat,dorongan,kawan baik,teman gurau, tempat bemanja,kawan gaduh.. segala-galanya dia.. hmmm..syg sgt kat encik somi..

bertuahnya jika setiap mlm xlupa utk selimutkan sy n anak2..dan ringan tulang utk bantu keja2 rumah...jarang dgr rungutan n leterannya.. andai nya salah seorg dr kami yg demam..terharu sgt..dia xlupa utk ambil ubat n suapkan tiap kali waktu mkn ubt...xpenah hanya fikirkan dirinya,yg lebih penting keperluan isteri n anak2..jarang sekali permintaan kami ditolak jika kena dgn kemampuannya..sentiasa melayan  karenah sy...terima kasih atas segala2nya..bertuahnya sy n anak2...

buat suamiku...Selamat Hari Bapa..terima kasih atas segala2nya..tidak dapat dibayangkan hidup ku tanpa adanya kamu...moga ikatan  ini akan terus utuh hingga ke Jannah..ekin sayang abang sgt..

                                    


sob2..sob...sobbbb....
    

Monday, April 1, 2013

lari dr kesibukan kota...cuti-cuti ..


disebabkan uzayr pun dah besar sikit...tetiba je rasa nak pi cameron highland..2 hari je pun...
unplanned programme...


kami somi isteri yg selalu wat last minute plan.. bila dah otak stress n penat fikir..caranya bawak diri ke tmpat yg jauh sikit..n peaceful ..ngan anak2...mmg sgt hepi..jauh dr pikir psl keja ..hanya kami berempat...very luv this moment...

my lil hero n heroin...













my loving husband..luv u till end...tiada galang ganti...hihi..


Saturday, January 26, 2013

Kenduri kendara....

penatnya..seharian kena  mendokong Muhammad Firas Uzayr..kenduri jiran di sebelah rumah kami..
camnila bila dah ada anak kecik...mmg xjadi keja lain..huhuk..maafla tuan rumah,walaupun saya ni dilantik jadi ajk utk kenduri tapi xbyk leh nolong..dek anak2 kecik ni...

cuaca panas Alhamdulilah semua berjalan dgn lancar..ada lak artis undangan kalu penah dengan Alina Hassan.. lain betoi bila tgk sndirik..kecik je orgnya..ni masa utk baring2.. sbb dr semlm rumah kami pun mcm kenduri jugakla...sebab umah pun xbesarmana...jd tlg menolongla sesama jiran..:-) nk tnggu knduri kawen ank kami...
lmbt lagila...haha...








Friday, January 25, 2013

SALAM MAULIDUR RASUL


Salam Pagi Jumaat..;-)

Semalam ada cuti Maulidur Rasul dan kebetulan di perumahan saya ada ceramah sempena Maulidur Rasul. Sekadar nak luahkan apa yang terbuku di hati...Tetapi hampanya penceramahan yang amat hebat dan penuh pengisian tetapi sedikit hambar dengan bilangan hadirin yang datang. 

Mungkin juga dek hujan renyai dan cuti panjang , ramai jiran tetangga yang pulang ke kampung. Walaubagaimanapun terdengar juga isu lain puncanya.. Entahla apa yang yang xkena..Saya paling XSUKA bila isu yang satu ini dicampuradukkan dengan kehidupan bermasyarakat dan beragama.. Pecah belahkan masyarakat dan boleh merosakkan hubungan sesama Islam , MELAYU khususnya..Sanggup cipta pelbagai alasan hanya kerana berbeza ideologi.

Asalnya dulu rasa seronok bila ada aktiviti yang dijalankan.. sambutan ramai.. semuanya boleh bergurau, bersembang.. Sedara sedarah sedaging boleh bermusuhan apatah lagi jika hanya jira-jiran tetangga.. Dah xingat dah siapa yang menolong waktu susah, siapa yang selalu membantu waktu  ada masalah.. Nak harapkan sedara mara jauh , yang terdekat siapa?? mestilah jiran2...Bila nak dekat2 Pilihanraya semua jadi berubah.. Saya juga ada pilihan sendiri tetapi pilihan itu hanya pada hari mengundi.. Selebihnya, saya boleh je join anjuran mana2 parti..Tiada kompromi dalam beragama, Tiada agama yang menggalakkan penganutnya berpecahbelah, saling menyalahkan dan menuduh sesama sendiri.. siapa yang akan rugi????

Berfikir dengan rasional.... Kita diberikan akal untuk berfikir.. xkanla apa saja yang dicakapkan oleh pemimpin parti semua nya kena ikut.. Mereka pun manusia biasa, bukan semua betul.. Di sini gunanya peranan akal fikiran.. Asalkan kita berpegang Al Quran dan Sunnah Rasullullah .. In Shaa Allah kita boleh membezakan mana yang betul dan salah.. 

Salam Maulidur Rasul ..

** Xsuka situasi camni.. kenapala xboleh berbaik2.. inilah akibatnya bila AGAMA DIPOLITIKKAN....






Tuesday, January 22, 2013

DEmi Masa - Part II


 Tahun 2013 ---  Umur saya dah 30 tahun..

Pantas , cepatnya masa berlalu.. masih teringat-ingat lagi zaman kecil, tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, alam remaja, di IPT, berkahwin, ada anak.. dan inilah saya sekarang.. macam xpercaya...

DAN entah berapa lama usia yang masih tinggal di muka bumi ALLAH ini.. Maha Besar Allah Tuhan yang menciptakan seluruh alam.. Semuanya telah ditetapkan olehNya... Entah sempat atau tidak untuk melihat anak-anak membesar, bekerja dan berkahwin.. yang pastinya Dunia ini hanyalah persinggahan sementara...



Di ibaratkan...

Umur kita ni ibarat seguni pasir dengan lubang kecil di bawahnya. Pasirnya akan jatuh sedikit demi sedikit hingga menjadi kosong. Ini bermakna, setiap kali kita menyambut hari kelahiran, kita sebenarnya juga kian menghampiri saat kematian, yang semua orang tidak akan berupaya untuk menolaknya. Subhanallah.

Orang2 soleh sangat berhati2 dalam memanfaatkan umur mereka. Mereka berkata," usia itu pendek, maka jangan dipendekkan lagi dengan kelalaian".

Setiap dari kita akan ditanya umurnya dihabiskan (sedarlah wahai diri!!!). Rasulullah saw telah bersabda yang maksudnya, "Tidak akan berganjak kedua kaki manusia pada hari Kiamat sampai selesai ditanya tentang 4 perkara, iaitu tentang umurnya, untuk apa ia dihabiskan, tentang masa mudanya untuk apa ia dipergunakan, tentang hartanya di mana ia memperolehi dan untuk apa ia dibelanjakan, dan tentang ilmunya apakah sudah diamalkan". (HR Tarmidzi)

Dalam satu hadis lain yang maksudnya, "Sebaik2 manusia di antara kalian ialah orang yang panjang umurnya dan baik pula amalannya. (HR Tarmidzi).


 Sekadar Renungan ...





Penabungan melalui SSPN-i

Entry kali ni nak cakap pasal penabungan anak-anak la.. ;-) sejak anak dah masuk 2 ni mmg terasa sangat la kekangan ekonomi tu..hahah.. al maklum semuanya perlukan uwang..
Kadang-kadang terfikir susahnya ayah dulu2 nak besarkan kami 7 beradik.. Emak xkerja, sururumah tangga sepenuh masa. Jadi sedikit sebanyak beban kewangan tu mmg di bahu ayah seorang.. HMMMMM... tak terbalas pengorbanan mereka.. Inila masanya nak membalas jasa mak+ayah dan dalam masa sama merasai apa yang mereka rasai dulu waktu besarkan kami 7 beradik... sedey jerkkkk...

Berbalik bab penabungan lak la.. yela kita ni bukan kaya - raya sgt.. Jadi nak tak nak kena ada plan untuk masa depan.. Jadi salah satu plan yang paling baik sekarang ni adalah penabungan dalam SSPN-i. Ramai yang xnampak kelebihan SSPN-i ni. Walaupun dividen tidak tinggi hanya sekitar 2-4% setahun tetapi SSPN-I lebih fokuskan kepada tuntutan insurans RM-RM.. faham tak apa maksudnya .. In case kalu sesuatu terjadi pada pendeposit, atau penerima manfaat (cth kematian atau keilatan kekal) berapa yang ada dalam akaun pada waktu itu akan dapat amount yang sama. Asalkan baki simpanan pada waktu itu adalah RM1000 ke atas. Itu yang paling utama sbb saya pilih SSPNi. tak caya???..percayalah... kihkih....

Boleh view kat sini http://www.ptptn.gov.my/web/guest/simpanan/istimewa juger...
  1. Layak memohon pembiayaan pendidikan PTPTN;
  2. Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM6,000.00 setahun;
  3. Perlindungan Takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000.00 dan ke atas*;
  4. Pemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000.00 untuk satu keluarga yang layak**;
  5. Simpanan serendah RM20.00 pada bila-bila masa dan dijamin oleh Kerajaan;dan;
  6. Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan;

* Perlindungan insurans berupa manfaat dan/atau khairat kematian hanya layak untuk pendeposit yang berumur 18 hingga 65 tahun. Sementara penerima manfaat yang berumur 1 hari hingga 28 tahun hanya layak mendapat khairat kematian jika berlaku kematian keatasnya. Walau bagaimanapun, ia tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan.

** Keluarga yang berpendapatan bulanan (gaji pokok) tidak melebihi RM2,000 sebulan layak dipertimbangkan pemberian Geran Sepadan apabila anak diterima dan mendaftar masuk ke IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan.
 
MEH  RAMAI-RAMAI BUKAK AKAUN SSPN UTK ANAK-ANAK ....;-)






Sunday, November 11, 2012

Jalan2 melaka


Wahhhhh....rindu nyer no blogging balik.... Dari anak sorang Dah dapat lg sorang hero br nak jenguk blog sye yg McM   hidup Segan  mati xmahu ni...hihieeeeeeeee

 fahimazahraa Dah besar Dan Adik..Muhammad firas uzayr....

1st time bawa Muhammad firas uzayr jalan2....kirjauh jauh sikit la...Cuti2 Melaka.....Kebetulan cuti sempena Deepavali dan Awal Muharram....







Friday, June 3, 2011

lamanya xupdate..

salam semua..
lamanya xjenguk blog..

fahima pun dah nak sampai 2tahun..dah makin besar,dah makin banyak ragamnyer..
dan dah makin bijak..hihi..mish u bebe..bebe..






fahima dah besar ni, ramai lak tanya bila nak tambah sorang lagi..bila ekk,,bila ekk..
InsyaAllah..mmg berniat nak tambah akan tiba masanya nanti...mmg nak seramai mungkin..
Aminnnn... ;-) moga dapat membimbing zuriatku ke jalan yang diredhai Allah.,..



Sunday, December 19, 2010

isteri: di rumah vs kerja???

Isu ni rasanya mmg dah byk kali ramai org becakap..
iya..zaman dulu betul isteri tempatnya di rumah,kata org tua2 dulu, walau belajar setinggi mana pun tempat org perempuan tetap di dapur..tp zaman skrg da berubah,'perumpaan' itu dah xsesuai..skrg ni kalu belajar tinggi,xbelajar tinggi pun perempuan xnak terperuk di dapur jer..setuju tak???

reason yg plg UTAMA sbb kekangan kewangan...

kalu la dah berkawen dengan jutawan xperla kot,tp kalu yg cukup2 aja..pasti timbul masalah..sbb tu byk penceraian berlaku kot..faktor utama mmg kewangan, sbb skrg ni apa2pun WANG...xcukup dengan hanya CINTA & SAYANG..sanggup hidup bersama walau susah atau Senang..susah dah nak jupa..

jadi bebalik pada isunya..duduk rumah atau bekerja,hangin betoi bila ada segelintir hamba Allah suka mmbezakan antara isterinya yg bekerja atau tak..iya,msg2 akan menegakkan ego masing2..

bekerja (+)
1. bantu suami utk perbelanjaan harian
2. ada duit poket sendirik-xyah tunggu duit bulanan suami
3. xkan hanya terperuk di rumah(boleh blur otak)
4. jupa lebih ramai org (bkn hanya di rumah jaga anak

bekerja (-)
1. kurang quality time utk anak n suami n uruskan rumahtangga
2. mungkin stress di ofis

tidak bekerja (+)
Mestilah kontra dr jawapan di atas.. tambah sendirik yer..hik3..

tp yg pastinya bg aku kedua2nya ada kelebihan..xsalah bekerja asal pandai bahagikan masa..dan xsalah duduk di rumah asalkan perbelanjaan rumah berjalan lancar..

tp xperlu bandingkan dgn org lain yg bila dah tahu isteri xbekerja tp bole ckp lak,xper isteri di rumah anak2 xyah pakai pampers, leh pakai lampin kain jer..susu tepung xyah beli, ada susu badan.. jadi save budget..compare isteri bekerja, susu+pampers+pengasuh sah2 la pakai lagi byk wang..

tepuk dada tanya selera!!!



Sunday, November 14, 2010

hari minggu di opis..

ada masa sedikit yg terluang utk jenguk blog..tika ini masih berada di opis..hari ni ahad..niat di hati nak g jalan2 ngan fahima n suami..tp xkesampaian bila diarahkan untk bekerja pada hari sabtu dan ahad..gara2 minggu depan untuk Raya Haji Aidiladha mungkin ramai yg bercuti..

tp untuk bercuti pun belum tentu dapat..nampak gayanya beraya di rawang sahaja..huhu..sedey22..

sepanjang minggu ni rasanya hampir 90% masa hanya di opis..kuar umah kul 7pg balik rumah dah kul 9..utk ulang alik rawang-KL sampai rumah pun dah dkt kul 11..hampir setiap hari..hmmm..task force..cmnila rutin harian nampaknya..

yang sedeynya kesian kat fahima la..hampir seminggu ni pagi tgh tido dah angkat dia hantar ke nursery..dan mlam bila sampai rumah fahima dah tidor..alahai kesiannya anak ibu..=(




Monday, August 2, 2010

Fahima 1 Year++..


Dah lama nak upload video Fahima ni kat blog , tp xder button video,skrg dah upgrade blog, jadi baru leh insert video..:-)

Mmg xdinafikan dlm thumdrive,dlm pc & byk keping CD asyik burn photo n video fahima jer dari mula lahir sampai skrg..Alhamdulillah, melihat perkembangan anak sehari2 adalah pengalaman paling bermakna dalam kehidupan seorang Ibu..

Fahima leh meniarap - 4bulan, merangkak & duduk -6 bulan, berdiri sendiri - 8 bulan, berjalan di usianya 10 bulan 2minggu..so,watch out!!




Thursday, July 29, 2010

Jangan Tangisi Apa Yang Bukan Milikmu



Dalam meniti liku-liku kehidupan ini, kita seringkali berasa kecewa. Kecewa kerana sesuatu yang terlepas dari genggaman tangan, keinginan yang tidak kesampaian, kenyataan yang tidak dapat diterima dan akhirnya ia mengakibatkan sesuatu yang mengganggu jiwa dan perasaan

Hidup ini ibarat sebuah belantara. Tempat kita mengejar segala keinginan dan sememangnya manusia diciptakan-Nya mempunyai kehendak dan keinginan. Namun, tidak semua yang kita inginkan akan tercapai, tidak setiap yang kita idamkan mampu menjadi realiti. Dan, bukan sesuatu yang mudah untuk menyedari dan menerima kenyataan bahawa apa yang bukan menjadi milik kita tidak perlu kita tangisi. Ramai orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: mesti berjaya, mesti bahagia atau yang lainnya.

Berapa ramai orang yang berjaya tetapi lupa bahawa segalanya adalah pemberian Allah yang Maha Pemurah sehingga kejayaan itu membuatnya sombong dan bertindak mengikut nasfsunya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan tenang dan sabar sedangkan dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi hak kita di dunia, pasti akan Allah tunaikan. Namun apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan mungkin kita miliki, walaupun ia mungkin telah menghampiri kita, walaupun kita telah bermati-matian mengusahakannya. Seorang mukmin tidak akan bersedih ketika ditimpa musibah, malapetaka, dan sebagainya. Tetapi dia bersyukur kepada Allah dan menjadikan musibah itu sebagai peringatan dari Allah terhadap dirinya. Oleh itu, bila seorang mukmin merasa sedih ketika ditimpa musibah, maka dia bukan mukmin sejati.


Sebab, apa pun musibah yang menimpa seorang mukmin, selalu menguntungkan dirinya, sebagaimana sabda Rasulullah dalam sebuah hadis: Sungguh menakjubkan! Urusan orang mukmin selalu menjadi hal yang menguntungkan bagi dirinya. Dan yang demikian itu hanyalah dialami oleh seorang mukmin.

Seorang mukmin bila ditimpa kesusahan, dan dia mengingat Allah, dengan jalan itu itulah dia akan memperoleh jalan penyelesaian yan terbaik. Dia tidak merasa tekanan batin dalam bentuk apapun, kerana penderitaan yang paling berat sekalipun, pasti ada jalan penyelesaiannya. Seorang mukmin adalah selalu mengingat Allah dalam keadaan ditimpa penderitaan yang amat sangat sekalipun, baik dengan mengucapkan tasbih, takbir, istighfar, doa mahupun dengan membaca Al-Quran, sehingga membuat jiwanya bersih, bening, perasaannya tenang dan tenteram.

Rasulullah pun bersabda: Ingat akan Allah adalah penawar kalbu, diriwayatkan oleh Ad-Dailami oleh Anas.

Maka wahai jiwa yang sedang gundah berduka lara, dengarkan firman Allah SWT; ....Boleh jadi kalian membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kalian. Dan boleh jadi kalian mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian. Allah Maha Mengetahui kalian tidak mengetahui. (QS. Al-Baqarah 216)

Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam dalam nestapa yang berpanjangan terhadap apa-apa yang terlepas dari genggamanmu, dari dakapanmu. Kita lihat di sekeliling kita, kemudian cerminlah diri sendiri andai kita tidak kenal siapa yang ada di dalam cermin itu, mulai hari ini ada baiknya kita mulakan mencari diri sendiri!

Manusia yang mulia adalah yang menyedari dengan sepenuh hati bahawa dia hanyalah hamba, benar-benar hamba, dalam pengertian hamba yang sebenar-benarnya, baik secara teori mahupun praktikal. Dia hanya berfikir bagaimana memberikan yang terbaik bagi kehidupan ini, semata-mata mengharap cinta-Nya, keredhaan-Nya, dan lebih dari itu kerana dia mencintai Allah, terpesona kepada keindahan Maha Pencipta, mabuk kepayang dengan kecantikan Maha Pemurah.

Andai ternyata keinginannya tidak selari dengan keinginan Allah SWT, ternyata apa yang diharapkannya esok hari tidak menjadi nyata, malah yang terjadi adalah sesuatu yang sebaliknya, maka kita mesti tetap ikhlas! Kita menerima semuanya dengan senyum yang mengembang, dengan redha yang tidak terhitung. Hidupnya hanya untuk-Nya. DIA-lah tujuan hidup, sebaik-baik tujuan hidup! Sedang yang lainnya adalah wasilah, alat, bekal, modal untuk mencapai keredhaan Allah SWT.

Maka, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu! Kerana, ia memang bukan milikmu! Maka, bersihkan hatimu, ikhlaslah....redha dengan ketentuan-Nya. Kerana, kita ini adalah sebenar-benar hamba! Moga kita lebih kuat dan dekat kepada-Nya..InsyaAllah[-O<

Sunday, July 4, 2010

J2CM..Serina punya pasal..

Dah lama dok ngidam Ikan Bakar Cicah Air Asamm..PERGGGHHH..mmg xtahan..dok tgk dalam J2CM la..sedap jer nampak serina makan..

Arini ada masa pe lagi,paksa gak hubby turun KL semata2 nak g makan Ikan bakar kat Kg. Baru..Gerai no 21..alang2 g servis keta..(kalu tak xkuasa nak ikut menunggu utk servis keta)..

Dalam kul 12 sampai orang dah beratur panjang giler menunggu nak amik makanan..kami cuma amik ikan pari+ikan kembong ja..tp tu pun kenyang teramat..RM20 ja,..rasanya murah gak kan..pergghhh mmg terangkat la..ikan bakar+ulaman+sambal belacan+air asam+sirap limau..





Thursday, July 1, 2010

Menjadi Isteri Solehah

Menjadi seorang wanita sebenarnya amat mudah untuk memperolehi pahala,tetapi mudah juga untuk menndapat dosa...Dan salah satunya apabila mendapat keredhaan suaminya..Aku ni xperfect pun.tapi seboleh2nya..merajuk camna pun,bergaduh camna pun,sebelum masuk tido mesti mintak ampun lu ngan suami..Suamiku seorang yang sensitif, tapi amat bertanggungjawab..pada ibunya,isteri dan anaknya..Tima kasih Abang...:-)


Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:“Apabila seseorang isteri meninggal dunia dan suaminya redha kepadanya, maka ia akan masuk syurga.” Riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah

Huraian

Pengajaran Hadis:

i) Islam telah menggariskan peranan suami dan isteri dengan jelas di mana suami mestilah bersedia untuk mentadbir rumah tangga dan isteri pula mestilah bersedia untuk mentaati perintah suami.

ii) Syurga anak adalah di telapak kaki ibunya manakala syurga isteri adalah apabila taatkan suaminya. Taat di sini bererti patuh kepada perintah dan kehendak suami kecuali apabila suami menyuruh melakukan dosa. Ia menduduki tempat kedua selepas taat kepada Allah dan Rasul.

iii) Ketaatan isteri berkait rapat dengan keperibadian suami di mana kuasa suami bukan terletak pada kekuatan fizikalnya tetapi terletak pada iman, ilmu dan kesabarannya. Dengan demikian barulah kepimpinannya menjadi lebih mantap dan dihormati isteri.

iv) Kunci kerukunan rumah tangga adalah persefahaman antara suami isteri. Oleh itu Islam telah menyarankan bahawa dalam mencari isteri idaman hendaklah dari kalangan wanita yang mempunyai empat ciri seperti berketurunan baik, elok paras rupanya, berharta, dan kuat pegangan agamanya. Namun yang perlu diutamakan adalah yang solehah (beriman) agar mudah untuk dididik dan beberapa masalah rumah tangga dapat dielakkan seperti isteri nusyuz dan sebagainya.

v) Setiap wanita Islam hendaklah menyedari tentang hak-haknya yang telah digariskan oleh syarak agar tidak berlaku kekeliruan dalam mentaati suami sehingga menjadi mangsa penderaan oleh suami yang tidak bertanggungjwab. Oleh itu seorang isteri yang solehah adalah yang mencakupi erti kata wanita yang berilmu dan beriman. Dengan demikian rumah tangga akan sentiasa aman dan bahagia.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


Wednesday, June 30, 2010

SI MANJAKU SEMAKIN MEMBESAR...

FAHIMA DAH NAK MENCAPAI USIA SETAHUN LAGI SEPULUH HARI JER..TARGET UNTUK FAHIMA AKAN BOLEH MEMBACA SEBELUM USIANYA 4 TAHUN..INSYA'ALLAH..

Kanak-kanak akan mula menjelajah dunia pada peringkat awal dalam hidup mereka. Secara intuitif, mereka akan tahu untuk mengambil objek yang paling kecil atau membuat pemerhatian dan menukarnya kepada suatu pengalaman yang bermakna.

Kanak-kanak kecil akan melalui suatu fasa di mana mereka akan banyak bertanya. Mereka ingin mengetahui ‘siapa, apa, mana, bila, bagaimana dan mengapa’. Contohnya, bagaimana ayam berketak atau mengapa langit berwarna biru?

Pertanyaan yang tidak berhenti-henti ini mungkin akan menjengkelkan tetapi mereka melakukannya kerana ingin belajar. Ini adalah sebahagian penting di dalam proses pembelajaran mereka.

Prasekolah yang biasanya bermula apabila kanak-kanak berusia 4 tahun berperanan membantu untuk terus memperkukuh dan menghalusi perkembangan awal dan pengalaman pembelajaran mereka. Sebagai contoh, dengan mewarna dan melukis, kanak-kanak akan belajar menguasai otot otot jari dan koordinasi tangan-mata mereka. Menerusi bermain bersama kanak-kanak lain dan mematuhi peraturan-peraturan bilik darjah pula, mereka belajar tentang kemahiran sosial. Dan sudah tentunya terdapat pelbagai pengajaran lain untuk perkembangan pemikiran, komunikasi dan kemahiran penyelesaian masalah.

Semua ini akan dicapai dengan keseronokan tetapi di dalam persekitaran prasekolah yang berstruktur. Walau bagaimanapun, masih terdapat banyak ruang bagi ibu bapa untuk mengoptimum kemajuan anak-anak mereka dengan terus mengajar, mementor dan melatih mereka di rumah dengan cara yang bebas tekanan, menyeronokkan dan bersesuaian dengan usia mereka.

Dimensi Pembelajaran Awal

Apa yang dipelajari oleh kanak-kanak di prasekolah adalah penting untuk menyediakan asas yang baik, bukan sahaja untuk persekolahan formal malah untuk pembelajaran sepanjang hayat.

Kemahiran Fizikal
Prasekolah membantu kanak-kanak menguasai kemahiran motor halus dan motor kasar. Kemahiran motor halus membabitkan pergerakan kecil seperti mencapai sesuatu dengan ibu jari dan jari telunjuk. Aktiviti yang mengasah kemahiran motor halus membabitkan aktiviti memotong, menampal dan melukis. Kemahiran motor kasar pula diasah dengan aktiviti yang membabitkan pergerakan lebih besar seperti berlari, melontar, memanjat dan menari.

Kemahiran Intelektual
Terdapat banyak peluang untuk si manja membina kemahiran seperti mengira, mengukur, menyisih, memadan, memerhati dan membentuk hipotesis. Kemahiran membaca dan menulis berputik apabila si manja melihat buku, membaca dengan kuat dan menulis nota.

Kemahiran Sosio-emosi
Prasekolah membantu kanak-kanak menyesuaikan diri dalam komuniti dan belajar menghormati diri sendiri dan juga orang lain. Mereka bukan sahaja akan belajar berkongsi mainan, tetapi juga perbualan dan snek. Mereka diajar untuk mengambil giliran, melibatkan orang lain dalam permainan dan belajar ‘tatatertib’ bermain apabila berdepan dengan situasi baru. Di samping itu, mereka juga akan belajar mengawal perasaan dan mengelak daripada emosi yang kurang elok. Prasekolah juga merupakan masa bagi kanak-kanak mempelajari nilai-nilai moral untuk membentuk perwatakan yang baik.
Tahukah anda?

Bermain adalah sebahagian penting proses pembelajaran bagi kanak-kanak. Ini membolehkan mereka menggunakan kemahiran dan belajar tentang konsep baru dengan menyentuh, merasa, mendengar, bercakap dan menghidu. Cara terbaik untuk menggalakkan si manja prasekolah belajar ialah dengan menggabungkan permainan dengan unsur akademik.

Pelajaran Dalam Pembelajaran

Cara terbaik untuk si manja belajar ialah dalam persekitaran rumah yang menggalakkan penerokaan, pemikiran kreatif dan kebebasan. Ciri-ciri ini membolehkan kanak-kanak untuk menyiasat dan melakukan tugas yang mencabar daya fikir. Ini merupakan rahsia pencapaian dalam sekolah dan untuk seterusnya.

Proses mempelajari tentang cara sesuatu benda berfungsi adalah perjalanan yang perlu dilalui oleh si manja sendiri. Kehadiran orang dewasa sekadar untuk menggalakkan, mencabar dan membantu perkembangan mereka.

Manfaat Proses Pembelajaran Awal

* Minat untuk menimba pengetahuan disemai melalui keyakinan dan kebebasan dalam pembelajaran.
* Sifat ingin tahu dalam diri si manja menggalakkan penerokaan dan penghargaan pengetahuan.
* Sikap yang betul untuk bertanya soalan, menyelesaikan masalah dan berkongsi idea. Pembelajaran menjadi pengalaman yang menyeronokkan.

Bagaimana Anda Boleh Membantu Sebagai Ibu Bapa
Kanak-kanak yang membesar dalam persekitaran pembelajaran yang baik di rumah membolehkan mereka maju dalam prasekolah. Berikut adalah tip-tip untuk anda.

Berkongsi minat anda sendiri untuk belajar
Anda merupakan guru pertama anak anda. Jika anda mahu dia belajar, anda perlu terlebih dahulu mengambil inisiatif untuk belajar dan dia akan mengikut jejak anda.

Beri sokongan dan penerimaan
Bila anda menggalak dan mengalu-alukan ideanya, si manja akan merasa cukup selesa untuk menyuarakan idea tanpa takut membuat kesilapan. Jika dia membuat kesilapan sekalipun, anda tidak perlu memarahinya atau memberi jawapan yang betul dengan serta-merta. Sebaliknya, gunakan peluang itu untuk mengajarnya mencari jawapan. Ini menggalakkan pembelajaran secara lebih berdikari pada masa hadapan.

Sediakan peluang pembelajaran
Pengalaman pembelajaran boleh didapati daripada buku, alat permainan dan barang lain yang terdapat dalam rumah. Bersiar-siar dan berbual-bual juga akan menambah perspektif dan pemahaman si manja. Berhati-hati agar anda tidak keterlaluan. Pastikan segalanya berada dalam tahap yang sesuai untuk usia mereka.
Senarai semak apa yang anda
boleh lakukan sebagai ibu bapa

* Tanya soalan yang baik dan jangan bataskan soalannya.
* Tunjukkan bagaimana kita boleh belajar daripada perkara yang mudah dan kesilapan kecil.
* Galakkan si manja berdikari.
* Beri pilihan kepada si manja.
* Beri perhatian kepada persekitaran sekelilingnya.
* Jadikan waktu membaca sebagai rutin tetap.













Monday, May 24, 2010

Mak Kandung vs Mak Mertua..

Kadang2 rasa confuse la nak puaskan hati yang mana satu..Bila dah kawen, kita perlu utamakan mak mertua dulu ker? Tapi camna ngan mak yang lahirkan kita..

Contohnya skrg kami sekeluarga tinggal di Selangor..Dan masing2 berasal dari daerah yang sama di P.Pinang. Jadi bila sekali sekala balik ke kampung..xtahu nak balik yang mana satu dulu..Selalunya, mestila ikut umah suami dulu. Lagipun,mak mertua tinggal sorang2.dah xder sapa di rumah. Tp, mak sendiri pun terasa gak, anknya duduk jauh dan bila balik kampung xsempat jupa mak dah kene g umah mak mertua lak.. Huhu..sedih2..

Dan,kdg2 lebih menyayat hati bila sanak sedara pun dok kata xpenah g jejalan rumah mereka..Tp,yela Kalu Hari Raya aku pi aper..hihi..Cmner nak pi,balik selalu 2 hari jer sabtu ahad..nak lepaskan rindu pada keluarga sendiri la yg paling utama.. Wahai,sanak saudaraku..fahamila situasiku..huhu..

Nie, aku dok pening kepala dok pikir sebab minggu depan coti sekolah dah bermulaaa...huwaaaaa...

Sunday, May 23, 2010

HURU HARA HARI KIAMAT

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

Surah al-Takwir ini termasuk dalam kategori surah Makkiah. Ia berjumlah 29 ayat dan diturunkan selepas surah al-Masad. Hubungan surah ini dengan surah Abasa yang terdahulu ialah kedua-duanya menceritakan peristiwa hari kiamat dan bala bencananya.

Imam Ahmad, al-Tirmizi dan al-Hakim meriwayatkan hadis daripada sahabat Umar r.a yang mengatakan bahawa: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang ingin melihat hari kiamat yang seolah-olah dia melihat dengan mata kepalanya, maka bacalah: Idhashshamsu kuwwirat, idhassama'un fatarat dan idhassama'un shaqqat".

Firman Allah SWT: Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap).

Al-Maraghi berkata: Tanda-tanda datangnya hari Kiamat ialah ketika matahari digulung, cahayanya pudar dan hilang ketika dunia mengalami kehancuran sehingga tidak ada satu pun benda di alam lain yang boleh menggantikan benda-benda itu.

Firman Allah SWT: Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak.

Syed Qutb berkata: Gugurnya bintang dimaksudkan ia kelak akan terjatuh bertaburan dari sistem yang mengikatnya dan akan padam cahayanya. Allah SWT sahaja yang tahu bintang manakah yang akan jatuh bertaburan.

Adakah kumpulan bintang-bintang yang dekat dengan kita atau galaksi yang terdiri dari ratusan juta bintang atau seluruh bintang yang tidak diketahui bilangannya melainkan Allah SWT.

Namun, yang pastinya ada bintang-bintang yang akan gugur bertaburan pada hari kiamat sebagaimana yang telah dijelaskan oleh berita yang benar ini. Tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Allah SWT sahaja.

Firman Allah SWT: Dan apabila gunung-ganang diterbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu)

Al-Maraghi berkata: Sehingga ikatannya terlepas dan terhempas di padang sahara dan terbang dibawa awan di atas kepala.

Firman Allah SWT: Dan apabila unta-unta yang bunting terbiar.

Menurut al-Qurtubi bahawa tidak terurusnya unta bunting pada saat itu hanyalah sebagai perlambangan sahaja. Ini disebabkan pada hari kiamat sudah tidak ditemui unta bunting.

Tuhan menggambarkan huru-hara hari Kiamat bagaikan satu keadaan di mana seseorang berangan-angan mempunyai unta bunting 10 bulan yang nescaya unta itu akan dibiarkan sahaja kerana amat sibuk menjaga urusan dirinya sendiri yang lebih kritikal itu.

Firman Allah SWT: Dan apabila binatang-binatang liar dihimpunkan.

Ibn kathir berkata: Dan umat manusia telah mengabaikan unta-unta pilihannya yang sedang bunting serta mengabaikan urusan kebajikannya sedangkan sebelum ini binatang itulah yang disayangi.

Ini kerana mereka disibukkan dengan hal yang lebih utama tanpa memikirkan kewujudan hari kiamat dan peristiwa lain yang akan berlaku.

Firman Allah SWT: Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur.

Al-Maraghi berkata: Ia juga bermaksud laut meluap. Perkara ini disebabkan airnya bergelombang bagaikan lautan api kerana di dalam perut bumi terdapat magma yang dapat menggegarkan permukaan bumi.

Pada ketika itu air mendidih dan terus berwap sehingga yang tinggal hanya bara api sahaja. Kajian saintifik telah menetapkan bahawa di perut bumi terdapat gunung-gunung berapi yang selalu bergejolak dan menimbulkan gempa bumi yang hebat boleh menghancurkan dataran bumi dan gunung-ganang di beberapa daerah.

Contohnya gempa bumi yang telah terjadi di Nessina, Itali pada tahun 1909 dan kemudian di Jepun. Dalam beberapa hadis disebutkan: "Bahawa laut itu adalah penutup neraka jahanam".

Firman Allah SWT: Dan apabila tiap-tiap diri disatukan dengan pasangannya.

Iaitu ketika jiwa itu kembali kepada jasadnya ketika memasuki awal kehidupan akhirat. Pendapat ini daripada Ikrimah, al-Dahhak dan al-Sya'bi.

Firman Allah SWT: Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup: ditanya, dengan dosa apakah ia dibunuh?

Syed Qutb berkata: Kerendahan jiwa manusia di zaman jahiliah mengakibatkan tersebarnya adat menanam anak perempuan hidup-hidup kerana takut malu dan miskin. Adat ini telah diceritakan oleh al-Quran sebagai merakamkan keburukan zaman jahiliah. Ketika inilah Islam datang menyelamatkan umat arab dari jurangnya yang dalam dan mengangkat darjat manusia seluruhnya.

Firman Allah SWT: Dan apabila surat-surat amal dibentangkan.

Ibn Kathir berkata: Oleh yang demikian, hendaklah seseorang memperhatikan dengan apa dia mengisi lembaran catatannya.

Mujahid berkata: Iaitu ditarik. Sedangkan al-Suddi berkata: Iaitu dibuka dan al-Dahhak mengemukakan: Mengelupas dan kemudian menghilang.

Firman Allah SWT: Dan apabila langit ditanggalkan dari tempatnya.

Al-Maraghi berkata: Ketika langit sudah terbuka secara keseluruhan sehingga tidak ada lagi apa yang dikatakan atas dan bawah.

Firman Allah SWT: Dan apabila neraka dinyalakan menjulang.

Al-Qatadah berkata: Neraka itu dinyalakan oleh murka Allah SWT dan pelbagai kesalahan anak cucu Adam a.s.

Firman Allah SWT: Dan apabila syurga didekatkan.

Al-Dahhak, Abu Malik, al-Qatadah dan al-Rabi' bin Khaitsam berkata: Iaitu mendekati para penghuninya.

Firman Allah SWT: (setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui tentang amal yang telah dibawanya.

Al-Maraghi berkata: Pada saat seluruh kejadian yang telah diterangkan di atas berlaku, barulah setiap orang mengetahui amalannya yang diterima dan yang ditolak.

Kebanyakan manusia yang sewaktu hidupnya di dunia ini tertipu oleh pujuk rayu syaitan, pada hari kiamat kelak akan mendapati amalan-amalan mereka itu ditolak dan tidak dihargai Allah SWT. Bahkan amalan itu dijauhkan daripada Allah SWT serta dia mendapat kemurkaan-Nya.

Orang yang melakukan amalannya dengan riak untuk dilihat oleh orang ramai, maka amalannya itu hanya dianggap usaha yang sia-sia sahaja dan tidak diterima oleh Allah SWT.

Oleh sebab itu, kita wajib memandang perbuatan kita dengan kacamata Islam dan menimbangnya dengan timbangan yang benar. Allah SWT hanya menerima amalan yang lahir daripada hati yang berisi keimanan, penuh cinta dan mengharapkan keredaan-Nya serta melakukan kewajipan-Nya dengan bersungguh-sungguh.

Semoga kita bertambah keimanan berkenaan dengan hari kiamat dan seterusnya menjadikan kita golongan yang mendapat keredaan daripada-Nya. Amin.



Sunday, May 16, 2010

Baju Kurung Hand-Made

Kisahnya bermula sembang2 jer ngan kakak..sembang pasal apa yang boleh dibuat untuk isi masa lapang. Aku ni mmg minat gak bab masak resepi2 baru, bab menjahit pun minat gak..cuma kadang2 bila malas melanda diri,mmg semuanya xkan menjadi..:-)

Dulu2 masa cuti semester ker,apa ker asyik dok cakap nak g belajar menjahit,belajar masak..tp xder menjadiknya.. last2 cuti semester berlalu cmtu jer,sbb masa tu kalu cuti semester jer mesti keje kat supermarket ka,kat kilang ka..janji poket masyukkkk..

Tup..tup..dah kawen,dah beranak pun..skrg ni baru rasa keperluan utk belajar semua perkara2 tu..yg dulunya xambil kisah sgt.. Kalu ckp pasal masakan, mmg nak belajar jer masak,yela perut encek suami kene jaga ler..dan bila ckp pasal menjahit lak, bila dah ada rumah sendiri kene fikir kain langsirnya, dan barang hiasan rumah..dan bila dah ada anak lak,terpikir syoknyer kalu pakaian anak & suami aku leh buat sendirik jer..xyah upah orang..

alangkah ruginya dulu2 aku xg belajar masa kat kampung..banyak jer program KEMAS..free jer g belajar tuh..

Jadi,bila kakak sebut pasal pakaian anak jer terus terasa nak try wat baju kurung kat Fahima.. Lantas, pegi terjah nagoya beli kain..kain murah jer,sbb baru nak cuba2..hehe..tgh bersemangat betul nak wat baju kat Fahima..



Jangan xtahu, baju ni jahit ngan tangan jer..sebab mesin jahit xder..mahu kebas jari dok jahit sehelai baju ni pun..Almaklum bukan profesional.. cuma teringat2 cara mak dok wat baju aku dulu.. jadi aplikasikan la kat anak sendirik la skrg..

Apapun..mmg puashati sebab dpt gak jahit sendiri untuk anak..walaupun xla kemas sgt jahitannyer..ada rupa baju dah ler..hehe..HENTAM SAJALA LAbU.....:-)


Saturday, May 1, 2010

Cuppies and Cake For Makan2..

Mood rajin untuk wat kek datang balik..huahuahua..jadik sepanjang minggu ni asyik wat kek ngan muffin jer..

so, last Thursday ada wat jamuan makan2 skit..Ekin wat kek coklat ngan blueberry cuppies.. Sebab nak siapkan kek ngan muffin nie..order last minute dari K Ani mmg xsempat nak buat..Maaf yer K Ani, Ekin nie bukan professional jadi bahan2 kek beli sikit2 jer ikut keperluan..Kang beli banyak2 xguna lak..:-)

Hahaha..kali petama nie deco atas kek..mmg banyak kekurangannya dan tak santek pun..tp kalu makan ok kot..hahaha..puji sendirik...


Pe pun..jamuan hari tu mmg enjoy...!!!!!


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails